Wednesday, September 23, 2009

Katherdal St Farncis Xavier , Keningau dapat 2 buah motor
















Keningau : Katherdal St Francis Xavier disini menerima dua buah motorsikal jenis Modenas sumbangan dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) melalui Presidennya Tan Sri Joseph Kurup yang juga merupakan Ahli Parlimen Pensiangan dan juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar .
Di majlis penyerahan , Kurup berkata sumbangan dua buah motor itu akan digunakan untuk tujuan pelayanan gereja itu.
Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata, kerajaan sentiasa memberikan bantuan kepada badan bukan Islam seperti gereja Katolik. Bagaimanapun katanya, setiap peruntukan itu ada proses dan mengambil masa.
“ Sebagai umat inilah tanggungjawab kita kepada pelayanan gereja, membantu orang kita,” kata Kurup merujuk kepada ketikis-ketikis di kawasan luar Bandar yang memerlukan pengangkutan bagi tujuan berkhidmat kepada rakyat.
Sumbangan itu diterima oleh Uskup Datuk Cornelius Piong dan dihadiri oleh ahli Majlis Pastoral yang diketuai oleh Maria Kuntiou , Timbalannya Mathius Manang.

( kelihatan dalam gambar ) Bishop Keningau, Datuk Cornelius Piong melihat motorsikal yang disumbangkan oleh Kurup terhadap Katherdal St Franxis Xavies disini.

Komitmen di Persekutuan Tidak Ganggu Prestasi Saya di kawasan : Kurup

Keningau : Komitmen kerja di Persekutuan tidak menghalang dan mengganggu wakil rakyat untuk menemui dan menjalankan tanggungjawab kepada rakyat di kawasan, sebaliknya merupakan agenda utama kerajaan.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, setiap hujung minggu beliau memperuntukkan masa melawat dan menemui rakyat di kawasan Pensiangan, selain menghadiri majlis atau mesyuarat rasmi yang menjadi keutamaannya seperti mesyuarat mengenai tanah dan tindakan daerah.
“ Dengan kawasan Pensiangan yang cukup luas , sudah tentulah saya harus membahagikan masa untuk menemui rakyat, namun komitmen terhadap rakyat adalah keutamaan saya,” kata Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Kurup berkata demikian di Majlis Perasmian Program Info Bestari bersempena Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Magatang dalam Mukim Pegalan disini. Turut hadir Pemimpin Kemajuan Rakyat Sook, Charles Ikang. Di majlis itu seramai 100 ketua keluarga diberikan bantuan zink.
Kata Kurup , rakyat Pensiangan juga mempunyai kedudukan yang baik di peringkat Persekutuan kerana wakil rakyat mereka dilantik sebagai timbalan menteri yang boleh membawa masalah rakyat di peringkat atasan secara terus.
“ Memang terdapat menteri atau timbalan menteri yang tidak dapat melawat rakyat dan kawasan mereka kerana tuntutan kerja di peringkat Persekutuan. Tetapi bagi saya komitmen saya di kementerian tidak mengganggu prestasi saya di kawasan…ada atau tiada pilihanraya kita akan tetap melihat rakyat,” kata Kurup.
Katanya beliau sentiasa merindukan rakyat di kawasan Pensiangan, dan bukan sahaja mahu membawa perubahan serta kemudahan, tetapi berusaha mencari jalan penyelesaian terutamanya kedudukan penduduk di kawasan hutan simpan.