Saturday, February 20, 2010

PENGUMUMAN

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
YB. Hj.Dr Puad Zarkashi akan membuat lawatan rasmi ke sekolah-sekolah di Kawasan Daerah Kecil Pagalungan, Nabawan mulai 22hb Februari - 25hb Februari 2010.
Beliau dijangka akan membuat lawatan ke:
Sk Kuala Salong
SK. Pekan Pensiangan
SK.Sibanggali
SK . Saliliran ( berjalan kaki sejauh 15km )

Turut mengiringi lawatan itu ialah YB.Datuk Ellron Angin, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah , Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

berita lawatan akan menyusul.

Undang-Undang Kecil daerah Nabawan perlu dikuatkuasa segera : Bobbey




Nabawan : Undang-undang kecil bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah ini perlu diluluskan dengan segera kerana ia merupakan antara halangan yang menyebabkan pekan itu jauh ketinggalan.
Wakil Rakyat Nabawan, Datuk Bobbey Suan berkata, pihak Majlis Daerah Nabawan telah mengemukakan permohonan kelulusan peraturan perniagaan,pengiklanan, gerai dan anti sampah yang amat penting untuk dikuatkuasakan di daerah itu.
Bobbey yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata demikian ketika memberi amanat sempena Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Nabawan bagi sesi 2010-2012.
Menurutnya, MDN telah kerugian dari segi pendapatan kerana kekurangan peraturan tempatan tersebut. Malahan kata Bobbey kekurangan peraturan itu juga adalah cabaran yang amat besar bagi MDN dalam melaksana serta mengawal pekan tersebut.
Sebagai contohnya kata Bobbey ialah iklan berupa kain rentang yang dipasang oleh pihak pembangkang di Pekan itu yang memalukan pemimpin kerajaan Pusat harus menjadi pengajaran.
" Kami minta pihak yang berkaitan agar mempercepatkan permohonan undang-undang bagi MDN supaya mereka (MDN) dapat jalankan tugas dengan sempurna dan berkesan," ujar Bobbey.
Dalam pada itu Bobbey juga meminta agar Ahli Majlis Daerah yang dilantik memberikan komitmen serta tanggungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh bagi memajukan pekan tersebut.
Katanya, menangguhkan mesyuarat kerana tidak cukup ahli menganggu tumpuan pembangunan.
Oleh itu kata Bobbey ahli MDN harus memberikan tumpuan dan bekerja dengan bersemangat untuk memajukan Nabawan.
Ahli Majlis Daerah yang dilantik semula ialah Jubilin Kilan, Md.Redzwan Laindon Tangkong, Weleamson Kunum, Ahmad Andini Angilas, Jainip Antaim, Ahuar Rasam, Marutin Ansiung, Veronica @ Likin Sikin, Alix Inulow, Matusin Elloh, Abu Bakar Gait Sarioh, Paul Yambak dan Maturin Hj.Hasbollah. Manakala tiga muka baru terdiri dari Betty Goh (MCA) Stephen Lewin (PBRS) dan Ibrahim Andipoh.
Seramai 18 orang mengangkat sumpah disaksikan Datuk Bobbey Suan, Pegawai Daerah Bubudan OT Majalu dan Pegawai Esekutif MDN, Mumin Kamsah.

Saturday, February 6, 2010

LAWATAN AMAL WANITA PBRS KE HOLY FAMILY RESIDEN
















Papar : Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang hanya tinggal beberapa hari lagi, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) melalui Pergerakan Wanita Exco dan Biro Kebajikan mengadakan satu lawatan amal disini.
Sebagai parti yang mendukung penuh penghayatan konsep 1Malaysia dan parti yang disokong oleh rakyat berbilang kaum, PBRS menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan membuat kunjungan ke Holly Family Resident Papar disini.
Lawatan tersebut diketuai oleh Penasihat Pergerakan Wanita PBRS, Puan Seri Melinda Kurup. Sempena lawatan itu ahli-ahli wanita turut makan bersama dan beramah mesra dengan penghuni warga tua di rumah itu. Turut hadir ialah , Ketua Biro Kebajikan PBRS, Dr.Florentius Banik dan Ketua Wanita PBRS , Rosnie Manain.
Beberapa sumbangan berupa alat mandian, barang makanan,angpau dan buah limau mandarin yang menjadi sinonim kepada perayaan tahun baru Cina turut diberikan kepada penghuni rumah tersebut.
Sister in Charge , Holy Family Resident for Papar Citizen, Sister Clara berkata, terdapat 33 orang penghuni di rumah tersebut yang perbelanjaannya dibiayai oleh pihak gereja dan melalui sumbangan orang ramai.
" Pihak Holy family mengucapkan berbanyak-banyak berterima kasih kepada PBRS kerana memberikan sumbangan berupa barang makanan dan yang lainnya untuk penghuni disini sempena perayaan tahun baru Cina. Sumbangan ini meringankan bebanan pihak kami," kata Sister Clara.
Holy Family Resident terletak di Kampung Purak, Jalan Papar Lama. Turut berada di majlis itu ialah Father Dapoz yang terkenal dengan gambar-gambar kenangan semasa beliau bekerja sebagai seorang paderi di Sabah sejak 1948, dan pernah mengalami pelbagai cabaran sepanjang kerjaya. Kisah beliau terdapat di dalam sebuah buku bertajuk The Last Dinasour.
Beliau kini menetap di Holy Family Residen, yang menjadikanya satu-satunya orang putih yang menetap di rumah tersebut.
Menjelang tahun baru Cina sememangnya turut memberi kesibukan kepada Pergerakan Wanita PBRS dimana Penasihatnya, yang juga isteri kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Puan Sri Melinda Kurup turut menghadiri majlis perasmian tahun baru cina ( perasmian tarian naga) di Keningau pada sabtu, dan diberi penghormatan mengecat mata singa Panglima

Friday, February 5, 2010

Jaga Harta Pemberian Kerajaan Seperti Harta Sendiri : Kurup

Ketua Kampung menerima 1 set mesin rumput dari Kurup
Seramai 23 anggota RELA terima bibit getah masing-masing 100 pokok setiap anggota

Nabawan : Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Nabawan disini mengagihkan bantuan peralatan pertanian kepada pemimpin masyarakat dan pasukan beruniform daerah. Bantuan itu adalah berupa 22 set mesin rumput dan 2,300 pokok bibit getah. Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia mahu penerima bantuan itu menghargai sumbangan yang diberikan oleh kerajaan, dan menjaga dengan baik kemudahan tersebut.


" Sumbangan atau bantuan kerajaan berupa mesin rumput ini haruslah dijaga dengan baik, seperti kita menjaga barang peribadi kita sendiri, kita mahu barang-barang ini bertahan lama dan setiap pemakainya harus bertanggungjawab menjaga keselamatan barang ini," kata Kurup ketika merasmikan majlis penyerahan tersebut.


Turut hadir Pegawai Daerah, Bubudan OT Majalu, Pegawai Penguasa Petanian, Johny Samin, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan, Vincent Lee dan Pegawai RELA, Mejar (Rela) Mohd.Bakry Md.Baily dan Pejabat UPKR N.38 Nabawan.


Kata Kurup, terdapat mentaliti yang melayan barangan ( yang diberikan percuma) terutamanya pemberian tidak dijaga dengan baik. " Barangan yang diberikan itu adalah atas permintaan masyarakat, dan kerajaan memenuhinya. Oleh itu saya mengharapkan agar barangan yang diberikan ini dijaga dengan baik, kerana kita tidak mahu memberikan barangan yang sama setiap kali adanya permintaan," kata Kurup.


Seramai 22 pemimpin masyarakat dari Mukim Nabawan iaitu Ketua Anak Negeri, Wakil -Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua-Ketua Kampung menerima 1 set mesin rumput untuk kegunaan di kampung masing-masing. Sementara seramai 23 anggota RELA daerah turut menerima bantuan 100 pokok bibit getah.


Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan , Vincent Lee berkata, Pihak Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan kini sedang dalam proses untuk memberi bantuan bibit getah kepada penduduk di kawasan itu.

Monday, February 1, 2010

Pengalaman baru pemimpin ketika lawatan sambil belajar








Rozie Jumat
Keningau : Seramai 100 orang pemimpin masyarakat di kawasan DUN Sook menerima pendedahan terbaru mengenai penanaman getah, serta meningkatkan kefahaman mengenai Bornion Timber, syarikat yang membangun tanah kerajaan dengan getah di Sook.
Rombongan itu diketuai oleh Wakil Rakyat Sook, Datuk Ellron Angin dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sook, Charles Ikang disertai oleh ketua daearah, ketua anak negeri , wakil-wakil ketua anak negeri, ketua-ketua kampung dan pengerusi jawatan kuasa keselamatan kampung di kawasan berkenan.
Pemaju Masyarakat UPKR Sook , Ramian Ayub berkata, sempena lawatan sambil belajar itu juga, rombongan melihat sendiri kesungguhan kerajaan membangunkan tanah-tanah terbiar dengan penanaman getah." Kampung -kampung berhampiran juga mendapat manfaat dengan tanah mereka turut dibangun, serta mendapat peluang pekerjaan," kata Ramian.
Rombongan itu juga turut diberi penerangan mengenai cara-cara penanaman getah yang baik dan dibawa melawat ke tapak semaian bibit getah bermutu tinggi yang dihasilkan oleh Bornion Timber.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Angin berkata, pemimpin masyarakat di kawasan itu dibawa untuk melawat ke ladang getah Bornion Timber untuk membuka minda mereka." Dengan adanya pengalaman ini , para pemimpin masyarakat diharap dapat memberi anjakan paradigma kepada masyarakat yang mereka wakili dalam usaha membasmi kemiskinan melalui pertanian," kata Ellron.
Ellron juga memberitahu beliau akan menggunakan peruntukannya untuk mengagihkan bantuan bibit getah kepada pekebun kecil di Sook. Turut menyambut rombongan itu ialah Ketua Pegawai Esekutif Bornion Timber, Encik Yeo dan pegawainya, Phillip Teo.