Thursday, August 26, 2010

Rakyat alukan Projek pembangunan di Mukim Pagalungan




Nabawan : Hasrat kerajaan untuk mentramfomasikan rakyat luar Bandar dari kepompong kemiskinan harus mendapat sokongan dari golongan sasaran. Usaha tersebut bertujuan untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup dan melepaskan akronim ‘miskin tegar’.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Rakyat sabah (PBRS) yang juga Penolong Ketua Penerangan PBRS N.38 Nabawan, Simpil Andingos berkata, sebarang kemuskilan rakyat harus dikemukakan kepada kerajaan dan penerangan dan rakyat sendiri amat mengalu-alukan pembangunan bagi menjana ekonomi di kawasan itu.

Simpil yang juga Pegawai Perhubungan di Pejabat Parlimen Pensiangan berkata,rakyat di kawasan empat buah kampung yang terlibat dengan projek agropolitan amat mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk membangunkan tanah mereka. Kampung tersebut, Kg.Sosondukan, Kg.Sumatalun, Kg.sibuah dan Kg.saliku dalam daerah Kecil Pagalungan yang kebanyakannya tergolong sebagai miskin tegar ( tidak mempunyai sumber pendapatan).

Kata Simpil, Projek agropolitan di Sumatalun adalah hasrat besar Ahli Parlimen Pensiangan, Tan sri Joseph Kurup yang mahu melihat pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat di kawasan itu. Dimana rancangan tersebut telah dikemukakan semasa ahli parlimen itu menjawat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia.

Simpil berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi rombongan kakitangan Sawit Kinabalu yang membuat tinjauan tapak serta mengambil analisis kesuburan tanah di kawasan yang hendak dibangunkan bagi tujuan agropolitan.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana bukan sahaja projek agropolitan dirancang tetapi turut menyediakan 600 buah rumah kepada peserta di Mukim Pagalungan, tetapi kita juga diberi projek Fast Track . Projek ini mampu mengubah hidup rakyat disini,” kata Simpil yang turut memperkenalkan rombongan Sawit Kinabalu kepada wakil-wakil masyarakat di kawasan terbabit di Balai Budaya Kg.Sosondukan.

katanya perancangan kerajaan untuk membangunkan rakyat harus mendapat sokongan kerana rakyat sendiri yang menerima kebaikan dan manfaat , selain memberikan landasan yang kukuh kepada generasi yang akan datang. Dan secara tidak langsung pembangunan atau projek seumpama itu mampu mengubah kawasan luar Bandar yang terletak di sempadan Malaysia –Indonesia itu membangun, dan mampu menjadi transit atau pusat ekonomi di kawasan itu di masa hadapan.

Projek Agropolitan melibatkan 6500 ekar tanah sementara Projek Fast Track seluas 3000 ekar.

Saturday, August 7, 2010

Paul Mansiw ketuai PBRS N33 Bingkor

Paul Mansiw

Paul , bersama ahli- ahli PBRS Bahagian N.33 Bingkor dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT)


Keningau : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.33 Bingkor kini diketuai oleh Paul Mansiw, hasil keputusan dalam satu mesyuarat menggabungkan AJK Bahagian, Pemuda dan Wanita disini. Ketua Bahagian PBRS Bingkor kosong berikutan mantan ketua bahagiannya telah meletakkan jawatan .

Dalam perjumpaan dengan Presiden parti sebelum ini, AJK Bahagian telah diberi mandat oleh Presiden PBRS untuk membuat keputusan memilih siapa yang mengetuai bahagian tersebut. PBRS Bahagian Bingkor mempunyai keahlian parti seramai 6*** dan pernah diwakili oleh Presiden Parti sebagai Adun dilantik.

Meskipun parti itu ditinggalkan oleh mantan ketua bahagiannya, ahli-ahli parti itu terus menyatakan sokongan padu kepada parti itu malahan keahlian parti itu semakin bertambah .Hanya tiga orang ahli jawatan kuasa bahagian yang menyertai tindakan mantan ketua bahagian itu.

Pemilihan Paul Mansiw, 40 adalah mengikut perlembagaan parti artikel 37 yang dipersetujui oleh semua ahli yang hadir. Turut dilantik ialah Joseph Sundang, seorang pesara guru sebagai setiausaha bahagian.

Turut hadir memerhati ialah ahli Majlis Tertinggi (AMT) , Justin Majiun, Christopher Musa, Rayner Udong, Simpil Andingos ,Vincent Lee dan EXCO Wanita Pusat, Rozie Jumat.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Paul Mansiw.

Dalam ucapannya selepas pemilihan itu Paul, seorang ahli perniagaan berkata, beliau berterima kasih diatas kepercayaan yang diberikan oleh para ahli yang memberi mandat terhadap beliau untuk menerajui bahagian itu.

EXCO Pergerakan Pemuda Pusat PBRS itu berkata, beliau dan rakan-rakan dalam barisan bahagian akan meneruskan kesinambungan perjuangan parti itu di Bingkor.

“Kita akan menambah lebih banyak keahlian , menarik lebih ramai belia dan aktiviti turun padang yang lebih kerap,” kata Paul.

Kata Paul , sokongan dan kerjasama dari semua ahli PBRS di Bingkor adalah amat penting untuk memastikan parti itu terus relevan kepada masyarakat di kawasan itu.

Tuesday, August 3, 2010

Belia, Guru sertai PBRS di pedalaman




Keningau : Pada 1 Ogos 2010 , Ketua Pemuda PBRS N.37 Sook , Kahirin Bador menerima borang keahlian dari kalangan belia sebanyak 110 orang.

Sementara pada 31 Julai , Presiden PBRS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup telah menerima keahlian parti dari kalangan guru -guru sebanyak 60 keping borang. Penyerahan ini dilakukan oleh seorang wakil guru , Azman Antaim sempena Mesyuarat Perwakilan Tahunan N.37 Sook di Dewan Masyarakat Sook.

PBRS sentiasa menerima keahlian di kawasan pedalaman, dan ini membuktikan parti ini sentiasa mendapat tempat di hati rakyat.




Lagi aduan butiran dalam KP tidak lengkap diberi JPN



Keningau : Seorang lagi penduduk tulen negara ini mengadu tidak mendapat layanan yang sepatutnya kerana butiran dalam kad pengenalan beliau tidak lengkap. Dominick, 31 tahun dari Kg.Nandangan, dalam Daerah Kecil Sook berkata, segalanya susah bagi beliau.
"Apa bentuk urusan pun yang melibatkan kad pengenalan amat sukar bagi saya untuk menyelesaikannya kerana hanya nama saya tanpa nama bapa dalam kad pengenalan saya," kata Dominick.
Dominick berkata, beliau tidak dapat membuka akaun bank kerana butiran dalam kad pengenalan beliau tidak lengkap, malahan kad pengenalan beliau juga dicurigai.
"Semasa saya mengambil kad pengenalan ini, ia memang begini dan saya juga sudah bosan membuat urusan bagi memperbaharui butiran, kerana pihak berkenan tidak bersungguh-sungguh membantu," kata Dominick.
Katanya, adakalanya surat beranak lebih penting dari kad pengenalan kerana kad tersebut dipandang sinis semasa membuat sebarang pengurusan.
Penolong Pegawai Pendaftar Suruhanjaya Pilihanraya, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) , Robert Lunau berkata, setakat ini pihak beliau telah mengesan sebanyak 3 orang yang menghadapi masalah yang sama.
"Kesemua mereka berhadapan dengan masalah kad pengenalan dicurigai , dan mereka tidak mendapat layanan yang baik dari mana-mana pihak meskipun dari jabatan kerajaan sendiri apabila berurusan," .
Lebih sedih kata Robert, mereka ini tidak berpeluang untuk membuat permohonan tanah, membuat akaun bank malahan sukar untuk bersaing dalam membuat permohonan pekerjaan.
Namun katanya, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Kinabalu ada menghubunginya agar penama atau mereka yang menghadapi masalah itu direkodkan , kemudian pihak mereka dari Kota KInabalu akan turun ke Keningau bagi menyelesaikan masalah itu secara khusus.
"Sehubungan dengan itu saya meminta kepada mana-mana pihak yang berhadapan dengan masalah seumpama ini agar datang ke Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan untuk kami merekodkan masalah ini sebelum kita panggil JPN kesini," kata Robert.

Monday, August 2, 2010

PBRS N.33 Bingkor masih kukuh, hanya kehilangan ketua

Kurup menerima borang keahlian dari Sylvester Kondu,
dari Mukim Apin Apin menandakan parti itu terus mantap di kawasan Bingkor.


Keningau : Barisan Ahli Jawatan Kuasa Induk, Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.33 Bingkor masih kukuh dan terus kekal setia bersama dengan parti. Dalam satu perjumpaan bersama dengan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup disini, ahli-ahli PBRS di kawasan itu melalui wakil mereka Petrus Mukilin berkata, akan terus setia dan berjuang bersama dalam PBRS kerana parti itu telah sebati dan mereka juga sayangkan parti itu meskipun tidak mempunyai kedudukan di kawasan berkenan.
Petrus berkata, ahli PBRS di Bingkor adalah seramai 6978 orang , dan mereka berpendapat tidak ada sebab untuk mereka meninggalkan parti itu , kerana bilangan mereka masih ramai yang taat setia kepada parti itu.
Bagaimanapun katanya, berikutan dengan perletakan jawatan mantan ketua bahagian Bingkor, pihak mereka menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan siapa yang mengetuai bahagian berkenan.
Sementara itu seorang yang didakwa keluar parti dan meletakkan jawatan, Gipin Intang menafikan beliau meninggalkan PBRS.
"Pada hari ini saya, dan dua orang wanita yang didakwa meninggalkan parti menyertai tindakan mantan ketua bahagian berada disini, kami masih bersama dengan PBRS ," kata Gipin.
Perjumpaan ahli-ahli AJK bahagian , Pemuda dan Wanita itu diselaraskan oleh Naib Presiden PBRS, Vincent Lee setelah ditemui oleh beberapa pemimpin bahagian yang mahu masalah itu diselesaikan dengan segera.
Sementara itu Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup berkata, PBRS akan teruskan perjuangan di Bingkor, kerana sudah menjadi kebiasaan dalam politik, pemimpin datang dan pergi dan silih berganti.
"Untuk menjadi seorang pemimpin adalah satu perjuangan, kita kena berkorban dengan masa kita sendiri. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada mantan ketua bahagian (Puan Jailin Lian) kerana bersama kami selama bertahun-tahun, semoga beliau sukses dalam apa juga bidang atau perjuangan yang dilakukannya di hadapan. All the best for you " kata Kurup.
Kata Kurup, hanya tiga orang AJK yang menyertai perletakan jawatan dan keluar dari PBRS.
"N33 Bingkor masih kuat dan bulat, hanya kehilangan ketua. Kita tidak tergugat dengan isu itu kerana keahlian kita sendiri bertambah," kata Kurup.
Dalam pada itu spekulasi mengenai siapa yang akan menerajui kepimpinan bahagian itu kini hangat diperbualkan. Ini disebabkan Timbalan Ketua Bahagian , Paul Mansiw dikatakan enggan memangku jawatan sebagai Ketua Bahagian kerana merasa belum bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut. Antara yang disebut-sebut untuk memiliki kerusi panas itu ialah Ketua Pemuda PBRS, Vincent Lee, seorang peguam, Justinus Baharum dan mantan Pemimpin kemajuan Rakyat (PKR) Jamree Mansiri.


Wanita PBRS mahu isu pembuangan bayi diatasi dengan bijak : Melinda


Keningau : Pergerakan Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.37 Sook melahirkan kebimbangan terhadap isu pembuangan bayi dan mahu satu jalan penyelesaian diambil segera bagi mengelakkan perkara tersebut menjadi satu masalah yang berterusan.

Ketua Wanita Bahagian , Puan Sri Melinda Kurup berkata, wanita PBRS Sook mahu setiap wanita dan keluarga mengambil berat akan hal tersebut, kerana yakin masalah tersebut dapat diatasi sekiranya anak-anak mereka diberi bekalan nilai-nilai moral yang tinggi dari rumah.

“Kes pembuangan anak berleluasa. Ibubapa dan pihak berkuasa harus bertanggungjawab mencari jalan penyelesaian, di zaman kami perkara begini tidak berlaku,” kata Melinda semasa menggulungkan ucapan dasar Ketua Wanita sempena Mesyuarat Perwakilan Tahunan Pergerakan Wanita N.37 Sook disini.

katanya, wanita luar Bandar yakin dengan displin dari rumah yang diterapkan semasa kecil dapat menjadi bekalan kepada anak-anak apabila mereka berada di luar.

“bagaimanapun masih terdapat kebimbangan di kalangan kami (wanita PBRS ) kerana pengaruh media seperti tv dan internet sedikit sebanyak mempengaruhi anak-anak kami dalam soal berpakaian yang mempengaruhi kehidupan seharian remaja masa kini,” kata Melinda.

Katanya yang juga merupakan Penasihat EXCO Wanita PBRS, ibubapa harus melayan anak-anak mereka seperti rakan, yang sentiasa bersikap terbuka dan mendengar masalah mereka.

“Terdapat ibubapa yang ‘kuku besi’ tidak mendengar pendapat anak mereka, malahan sikap ibubapa ini juga menjadi punca kepada anak-anak berasa kurang kasih sayang, pergaduhan di rumah juga menjadi punca anak-anak kita tidak suka berada di rumah,” kata Melinda.

Perbahasan ucapan dasar ketua wanita itu menjadi hangat apabila terdapat seorang perwakilan menuduh internet dan media adalah punca kepada kejatuhan moral di kalangan anak-anak remaja masakini.

Namun wanita PBRS mahu isu mengenai keruntuhan moral dikalangan remaja perempuan ini segera diselesaikan.

“Nilai-nilai murni , kasih sayang keluarga, agama dan adat istiadat yang masih kukuh dikalangan masyarakat kita adalah salah satu factor yang boleh membendung masalah seumpama ini , iaitu pergaulan bebas dikalangan remaja ,” kata Melinda. Turut hadir di mesyuarat itu sebagai pemerhati ialah rombongan Wanita PBRS N.34 Liawan

Sementara itu semasa menutup rasmi mesyuarat tahunan pergerakan wanita dan pemuda secara serentak , Timbalan Presiden PBRS, Datuk Ellron Angin mencabar kedua pergerakan itu untuk merekrut lebih ramai ahli untuk menyertai parti itu.

Katanya parti PBRS adalah sebuah parti yang sentiasa membawa suara rakyat termasuk golongan belia.

Guru di Sook sertai PBRS




Keningau : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menerima seramai 60 keahlian dari kalangan guru dari sekolah di sekitar Sook dalam satu penyerahan disini. Penyerahan borang itu dilakukan sempena majlis penutupan perasmian serentak mesyuarat perwakilan tahunan PBRS N.37 Sook dan N.38 Nabawan di Dewan Masyarakat Sook disini.

Presiden PBRS , Tan Sri Joseph Kurup , berkata penyertaan tersebut menambahkan kekuatan parti itu di kawasan pedalaman dan sememangnya parti itu telah lama memperjuangkan nasib guru-guru di kawasaan luar bandar.

Borang keahlian tersebut adalah diterima dari guru-guru SMK Sook dan SK.Sinulihan.