Tuesday, October 26, 2010

TANAM GETAH DI TANAH BERGERAN


Keningau : Rakyat di kawasan Pensiangan dinasihatkan agar menanam getah di kawasan yang mempunyai geran agar tidak memberi masalah kepada mereka di masa akan datang. Dimana banyak pengalaman yang berlaku di kawasan itu berkaitan dengan penanaman getah berlaku di kawasan tanah hutan simpan.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, beliau sentiasa menggalakkan rakyat di kawasan itu untuk menanam getah, kerana ianya bukan sahaja menjana ekonomi rakyat tetapi turut membantu memulihkan alam sekitar, namun katanya, adalah lebih baik jika tanah yang digunakan untuk tujuan tersebut haruslah yang tidak membawa masalah kepada mereka.
Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata demikian di Majlis Penyerahan Bibit Getah anggota RELA Daerah Nabawan di Kampung Empat disini. Turut hadir bersama ialah Pegawai Daerah,Bubudan Ot Majalu dan Major Rela En. Salevistere.
Kata Kurup, berdasarkan kepada pengalaman beliau di masa masa yang lalu, banyak masalah timbul disebabkan getah di tanam di tanah yang bermasalah seperti di kawasan tanah hutan simpan yang dilarang oleh kerajaan.
Oleh itu kata Kurup rakyat harus menanam getah mereka di tempat yang teratur dan jauh dari sebarang masalah, dan tidak menganggu tanah hutan simpan.
“Kita juga senang memantau melihat perkembangan usaha-usaha yang dilakukan oleh rakyat, sebagai wakil rakyat saya bangga melihat kejayaan dan usaha mereka yang berjaya diatas bantuan kerajaan,” kata Kurup.
Selain membantu bekalan bibit getah, Pejabat Parlimen Pensiangan juga mengagihkan bantuan berupa bibit buah-buahan yang bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.

BADMINTON PERSAHABATAN PEMUDA PBRS SOOK


Keningau : Pergerkan Pemuda N.37 Sook terus bergiat aktif dengan kegiatan riadah yang bermanfaat. Pergerakan Pemuda yang diketuai oleh Kahirin Bador telah selain aktif mengadakan perlawanan persahabatan dengan kumpulan-kumpulan belia di daerah ini , terbaru telah mengadakan perlawanan persahabatn badminton dengan kelab badminton Sook.
Kahirin berkata, aktiviti riadah pergerakan pemuda itu dengan bersukan bersama kumpulan-kumpulan sukan atau belia adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak, disamping usaha parti untuk terus dampingi rakyat pelbagai golongan.
“Dengan mengaakan program-program seumpana ini menunjukkan tekad dan usaha kami untuk terus mendampingi rakyat melalui aktiviti kesukanan,” kata Kahirin. Dimana baru-baru ini juga pergerakan pemuda telah bekerjasama Dengan Jabatan Belia dan Sukan menganjurkan sukan futsal 1Malaysia di peringkat parlimen Pensiangan.
Dalam pada itu Kahirin juga menegaskan , selain mendampingi dan mengeratkan silaturahim dengan rakyat serta golongan belia di kawasan ini, Kahirin juga berkata ia adalah bertujuan untuk memertabatkan bidang sukan seperti badminton sebagai satu aktiviti yang menyihatkan.
Beliau juga berharap Kelab Badminton Sook yang diterajui oleh En Musini Sidek akan terus mempergiatkan usaha untuk memartabatkan sukan badminton di peringkat sook.

PBRS N.47 Kuamut terus bekerja untuk rakyat

Sandakan : Penubuhan sebuah lagi bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di N.47 Kuamut disini memberi petanda bahawa parti itu terus mendapat sokongan rakyat dalam memperjuangkan nasib mereka dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN), khususnya di kawasan luar bandar yang memerlukan pembelaan dan pembangunan.
Naib Presiden PBRS, Vincent Lee berkata, selepas pelancaran bahagian parti berkenan baru-baru ini, PBRS Bahagian N.47 Kuamut telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama bersama Bahagian, Pemuda dan Wanita di Dewan Masyarakat Sandakan disini.
Vincent yang juga Ketua Pemuda PBRS Pusat merangkap Naib Pengerusi Pergerakan Pemuda BN Pusat berkata, dengan penubuhan parti tersebut di bahagian Kuamut , menunjukkan parti tersebut mempunyai pengaruh yang kuat dalam memperjuangkan nasib rakyat.
Beliau yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, penubuhan bahagian PBRS di Kuamut adalah satu permulaan yang cukup baik, dan rakyat di kawasan itu juga menerima konsep serta perjuangan yang dibawakan oleh parti itu.
Bahagian PBRS N.47 Kuamut diketuai oleh Dasim Jikah.
“PBRS di Kuamut juga memainkan peranan penting mereka dan sama-sama membantu rakan-rakan komponen dalam menghadapi cabaran-cabaran di masa yang akan datang,” kata Vincent
Sementara itu Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dalam perutusannya berkata, kekuatan yang dicapai oleh PBRS pada masa kini bergantung kepada sokongan dan perpaduan semua lapisan rakyat untuk menyahut seruan pembangunan yang telah dicapai oleh negara.“Kehadiran PBRS di Kuamut dapat mempertahankan kemantapannya sebagai institusi politik yang dapat mengubah taraf sosio ekonomi rakyat dan menyatupadukan masyarakat,” kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia

Sunday, October 24, 2010

PBRS ingatkan lori kelapa sawit guna jaring

Keningau : Pemandu adalah diingatkan agar tidak menganggap remeh kepada biji-biji sawit yang bertaburan di atas jalan raya. Ini kerana biji-biji sawit yang bertaburan diatas lantai jalan mengundang bahaya dan boleh membawa kepada kemalangan yang tidak dijangka.
Ketua Penerangan Wanita PBRS Pusat yang juga AJK Wanita PBRS N.37 Sook, Rozie Jumat berkata, pada 23hb Oktober yang lalu, sebuah kereta nasional terbuang ke tebing di jalan Kg.Mapila disebabkan oleh biji-biji sawit yang bertaburan di atas jalan.
“Nasib beliau baik kerana mungkin beliau memandu laju disebabkan jalan ini adalah lebuh raya , beliau tidak termasuk ke dalam longkang atau terlanggar kayu semasa dalam kejadian itu, kata Rozie yang juga Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan.
Tambahnya kereta tersebut terbang melintas sebuah longkang yang kemudiannya terbabas di sebuah kawasan lapang di tebing jalan raya. Bagaimanapun pemandu kereta itu selamat.
Kata Rozie, rombongan dari Pejabat Parlimen Pensiangan menyaksikan kejadian itu selewat jam 9.00 kelmarin (sabtu) ketika dalam perjalanan untuk lawatan rasmi ke Daerah Kecil Pagalungan, Nabawan.
Beliau seterusnya meminta pihak kerajaan agar mengambil tindakan terhadap pembawa-pembawa biji kelapa sawit agar mengenakan piawaian keselamatan dengan mengenakan jaring semasa mengangkut kelapa sawit ke kilang-kilang berdekatan.
“Kita sentiasa melihat biji-biji sawit yang bertaburan di lantai jalan disebabkan oleh sikap pembawa hasil sawit yang tidak bertanggungjawab. Kita kesal dengan sikap mereka yang tidak mengendahkan keselamatan orang lain.Kita mahu pihak berkuasa agar sentiasa memantau jalan Sook –Nabawan dan mungkin juga berlaku di kawasan lain,” Kata Rozie.
“Saman dan dakwa pembawa lori kelapa sawit yang tidak mengenakan jaring kerana mereka memberi ancaman kepada pengguna lain” katanya.
Katanya, kejadian yang berlaku kepada pemandu di Sook itu harus jadi peringatan kepada semua.

PBRS TUMPUKAN BASMI KEMISKINAN DAN PERUBAHAN DI PENSIANGAN


Nabawan : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) telah merangka agenda pembangunan dan pembasmian kemiskinan di kawasan Pensiangan sebagai agenda utama parti itu untuk membasmi kemiskinan. Oleh sebab itulah parti itu telah merangka pelan perancangan (Blue Print) dimana pelbagai usaha telah dan dirancang untuk tujuan tersebut.
Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup berkata, usaha PBRS untuk membasmi kemiskinan di kawasan luar Bandar adalah agenda utamanya, dimana diantara projek yang bakal dilaksana di kawasan itu yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan ialah projek agropolitan di Sumatalun dan projek Fast Track.
“PBRS dan BN di kawasan ini mempunyai pelan jangka tindakan 5 tahun yang kita rancang dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke – 10 (RMK10) untuk membasmi kemiskinan dan pembangunan di kawasan ini “ kata Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Dialog K3 Mukim Pensiangan dan Mukim Pegalungan di Balai Budaya, Pekan Pagalungan, Daerah Kecil Pagalungan disini. Turut hadir sama Pegawai Daerah, Bubudan Majalu, Penolong Pegawai Daerah, Sukiang Esing, Ketua Pemuda PBRS Pusat, Vincent Lee dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBRS , Empir Andingos yang juga Timbalan Ketua Penerangan PBRS N.38 Nabawan.
Kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, PBRS telah menekankan kepada pimpinan kerajaan pusat dan negeri bahawa, kawasan ini harus diberi tumpuan dalam memastikan usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan mencapai sasarannya.
“Saya mempunyai keyakinan kita mampu mengubah dan membuat pembaharuan,” ujar Kurup. Dimana kata Kurup agenda pembangunan pembasmian kemiskinan itu terdiri dari perancangan jangka panjang dengan pendekatan yang mengubah taraf hidup rakyat.
Beliau turut memuji sokongan rakyat di kawasan itu terhadap projek agropolitan dan Fast Track yang bakal dilaksana tidak lama lagi.
“Dengan sokongan berterusan dari rakyat di kawasan ini, kita akan berubah. Jika kita tidak faham sesuatu isu, kita akan selesaikannya” kata Kurup. Beliau seterusnya menyeru agar parti itu terus menambah keahlian di kawasan itu.
“Kesungguhan perjuangan parti ini wajar bagi kita untuk menambah keahlian,” kata Kurup.
Semasa lawatan beliau ke kawasan itu, Kurup turut menyampaikan simbolik penyerahan kunci rumah Program Bantuan Rumah (PBR) kepada 40 penerima, membuat lawatan ke Kg. Sumaralang yang menghadapi ancaman hakisan serta melawat sebuah jambatan besi di Kg.Silungai disertai oleh pengerusi JKKK masing-masing.
Sementara itu seorang penduduk, Sakampung Dawalis berkata, mereka mempunyai sokongan dan keyakinan yang tinggi terhadap presiden PBRS untuk terus menerajui Pensiangan di peringkat persekutuan.
“Kami melihat banyak projek pembangunan diberikan oleh wakil rakyat Parlimen kami, dan kami mahu itu berterusan, dengan adanya hubungan baik pemimpin kami dengan pemimpin atasan BN akan memberi manfaat kepada rakyat di kawasan ulu seperti Pensiangan ,” kata Dawalis yang juga Pengerusi JKKK Kg.Sinikauluan.

Sunday, October 17, 2010

ADUN Sook agihkan bantuan bibit getah

Ellron sampaikan bantuan bibit getah kepada salah seorang penerima , disaksikan PKR Sook, Charles Ikang.


Keningau : Lima buah kampung dan sebuah koperasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook menerima bantuan bibit getah dari wakil rakyat tersebut.
Bantuan bibit getah itu melibatkan 96 penerima dengan agihan 9610 bibit getah.
Majlis penyerahan itu diadakan di perkarangan Pejabat Daerah Kecil Sook yang turut sampaikan sendiri wakil rakyatnya, Datuk Ellron Angin. Turut sama dengan beliau wakil dari Pejabat Daerah Kecil Sook, Chong Man Loi dan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sook, Charles Ikang.
Menurut Ellron yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, bantuan bibit itu adalah bantuan dari tabung ADUN , sebagai satu usaha untuk membasmi kemiskinan di kawasan itu secara berperingkat melalui penanaman getah.
"Bantuan ini adalah untuk setiap tahun dan diharap penerimanya memanfaatkan bantuan ini dengan baik," kata Ellron. Beliau menegaskan bahawa bantuan itu adalah untuk semua yang telah memohon dan layak menerimanya.
"Tidak ada istilah bantuan tidak adil , kerana kita memberi bantuan seumpama ini setiap tahun ," kata Ellron.JPenerima bantuan itu ialah Koperasi di Kg.Bomboi serta lima buah kampung iaitu Kg.Keranaan Baru, Kabuan, Binuwou Tengah, Johan Jaya, Terelebou.
Pegawai di Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat, Ramian Ayub berkata, bagi mereka yang mahu membuat permohonan bibit getah melalui DUN Sook boleh mendapatkan borang di pejabat berkenan