Monday, November 22, 2010

RM2.3 juta dibelanja perbaiki rumah panjang di Pensiangan

Ahli Parlimen Pensiangan, YB Tan Sri Joseph Kurup disambut penduduk Kg.Solog.
Bangunan berwarna kuning ialah rumah panjang yang dirasmikan oleh YB Tan Sri.
Salah satu rumah panjang yang menerima peruntukan pembaikan di Pensiangan.


Nabawan : Sebanyak RM2.3 juta telah dibelanjakan untuk memperbaiki rumah-rumah panjang di kawasan Parlimen Pensiangan sejak tahun 2009 dan 2010. Namun usaha untuk memperbaiki rumah-rumah panjang masih diteruskan secara berperingkat untuk mensejahterakan keperluan penghuni rumah panjang.
Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata, perancangan pembaikan rumah-rumah panjang di kawasan itu khususnya di pedalaman Pensiangan telah dimulakan ketika beliau menjawat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
“Saya telah melihat dengan sendiri keadaan rumah-rumah panjang di kawasan ini, dan juga tidur di rumah-rumah panjang ini. Kita prihatin dengan keperluan rakyat dan melakukan sesuatu demi melihat perubahan kepada tempat tinggal mereka yang daif dan kurang selesa,” kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Sempena perasmian pembaikan rumah panjang di Kg.Solog disini.
Malahan kata Kurup, beliau sendiri turut membuat lawatan ke Kapit, Sarawak untuk melihat rumah-rumah panjang disana yang turut dibantu oleh kerajaan.
“Rumah panjang disana lebih baik dan moden dibandingkan dengan rumah rumah panjang di kawasan Pensiangan yang dihuni oleh suku kaum Murut. Rumah panjang kita tidak berapa baik,” kata Kurup.
Oleh itu kata Kurup beliau telah membawa masalah itu kepada Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan peruntukan dan meminta kakitangan dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) turun padang ke Pensiangan untuk melihat sendiri keperluan tersebut.
“Saya sangat gembira dan mahu berkongsi kegembiraan ini bersama rakyat bahawa kerajaan sehingga kini telah membelanjakan RM2.3 juta untuk memperbaiki rumah rumah panjang di kawasan ini, rumah mereka kini selesa dan cantik-cantik belaka,” kata Kurup.
Kata Kurup, usaha beliau adalah berterusan untuk melihat kesejahteraan rakyat dan tumpuan pembangunan beliau terdapat dalam Rancangan Lima Tahun Pembangunan (Blueprint).
“Rancangan pembangunan dari pihak saya banyak lagi untuk membantu penduduk di kawasan ini, kita mahu basmi kemiskinan habis-habisan,bukan semata-mata memperbaiki atau membina rumah panjang” kata Kurup. Turut sama dalam majlis itu ialah Naib Presiden Parti Berstau Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Kadoh Agundong.
Sempena majlis itu Kurup menerima 200 keahlian baru yang menyertai Barisan Nasional (BN) melalui PBRS. Dari jumlah itu seramai 28 orang adalah dari ahli parti pembangkang yang mengambil keputusan untuk menyokong kerajaan setelah melihat pembangunan yang dibawakan oleh kerajaan di kawasan tersebut.

28 ahli parti pembangkang sertai PBRS di Pensiangan

Kami sayang YB Tan Sri ...kata En.Timpuk dari Kg.Solog.
Sertai PBRS - penyerahan borang oleh En. Johani Libut dari Kg.Sungoi Matoi.

Sebahagian dari 28 orang ahli parti pembangkang menerima bendera PBRS dari Presiden PBRS sebagai simbol penyertaan mereka kepada Barisan Nasional melalui PBRS.


Nabawan : Seramai 28 ahli parti pembangkang disini mengambil keputusan untuk menyertai Barisan Nasional (BN) melalui Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Penyerahan borang itu disampaikan sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena perasmian pembaikan rumah panjang Kg.Solog dan Penyerahan borang keahlian sebanyak 200 orang di Kg.Solog disini.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup mengalu-alukan kemasukan keahlian itu dan menegaskan pilihan mereka adalah amat bertepatan, kerana kerajaan BN mahukan kerjasama berterusan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan di kawasan itu, khususnya di Parlimen Pensiangan.
Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, usaha berterusan kerajaan untuk membangunkan rakyat memerlukan sokongan berterusan.
Menurutnya PBRS telah memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan di kawasan Parlimen Pensiangan, dan banyak perubahan telah dibawakan oleh parti itu dan BN ke kawasan tersebut.
“Usaha kita untuk membasmi kemiskinan dapat dilihat dengan perancangan yang telah dan sedang dilaksana oleh kerajaan, antara lainnya ialah projek agropolitan yang bakal dilaksana di kawasan Pensiangan,” kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Turut sama dalam lawatan itu ialah Naib Presiden PBRS, Datuk Kadoh Agundong dan Ketua Bahagian PBRS N.38 Nabawan, Paul Yambak serta Ahli Majlis Tertinggi PBRS.
Menurut Kurup, walaupun parti itu dianggap kecil tetapi telah membawa peranan yang sangat penting kepada perubahan lanskap di kawasan luar bandar.
Sempena majlis itu sebanyak 200 borang keahlian menyertai PBRS diserahkan melibatkan Kg.Solog (126 borang), Kg Tataluan (16 borang), Kg.Sungoi Matoi (26 borang ) dan Kg.Tompusison (30 borang).
Sikin Ating dari Kg.Tompusison berkata, mereka menyokong kerajaan BN kerana melihat usaha bersungguh-sungguh wakil rakyat yang membawa perubahan kepada rakyat, seperti pembaikan rumah panjang yang memberi harapan baru kepada mereka.

SEKITAR KICK OFF PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH ANJURAN CAWANGAN PBRS KG.KADALAKAN, N.33 LIAWAN

Peserta pertandingan bola sepak wanita dari Kg.Bakiau bersama dengan Exco Wanita PBRS Pusat, Rozie Jumat ; Ketua Wanita Liawan, Pn.Carol @Norfadillah Abdullah dan Ketua Cawangan, Pn.Saliam Tungkuyan.


acara perasmian oleh Naib Presiden PBRS, Vincent Lee.


Perlawanan pemula sama-sama menyaksikan perasmian oleh wakil dari Ibupejabat PBRS



Ketua Wanita PBRS Liawan meluangkan masa dengan ahli-ahlinya.




Pemuda PBRS Sook anjur pertandingan bolasepak 9 sebelah Rebut Piala YB Tan Sri Joseph Kurup

Keningau : Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.37 Sook mengajak pasukan bola sepak di pedalaman untuk bersaing dalam Kejohanan Bola Sepak Terbuka 9 Sebelah merebut Piala YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup Disember ini.
Pengerusi Penganjur, Kahirin Bador berkata, kejohanan itu terbuka kepada mana-mana pasukan bola sepak lelaki di pedalaman yang berminat.
Kejohanan Siri 3 itu juga menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi kepada para pemenang.
Kahirin yang juga Ketua Pemuda PBRS Sook berkata, perlawanan itu akan diadakan pada 4-5 Disember 2010 bertempat di Padang Penjara, Keningau.
Kejohanan Siri ke-3 kali ini menawarkan Johan : Piala Pusingan, Piala Iringan, Medal, Wang Tunai RM800, Kedua: Piala Iringan, Medal, Wang Tunai RM600, Ketiga : Piala Iringan, Medal, wang tunai RM300, sementara tempat ke empat wang tunai RM100.00.
Turut dinilai sempena kejohanan itu ialah Pasukan Terbaik, Penjaring Terbanyak dan Pemain Tropi.
Menurut Kahirin, sistem permainan kejohanan itu bergantung kepada jumlah penyertaan pasukan dan menggunakan Undang-Undang FAM serta FIFA.
Pasukan yang berminat bolehlah mendapatkan borang penyertaan di Pejabat UPKR (Ramian Ayub) dan Robert Lunau (Pejabat Parlimen Pensiangan). Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi, Kahirin (013 8685004), Ramian (0195338240), Jubilin (019 8690656), Linus (017 8335369), Rahiman (0148627610) atau Robert ( 0198729656)..
Cabut undi akan diadakan pada 3 Disember 2010 (Jumaat) bersamaan hari Jumaat jam 2.00 petang di Pejabat UPKR N.37 Sook.
Tambah Kahirin, objektif pertandingan itu ialah untuk membudayakan sukan bola sepak dan asas perpaduan, selain sebagai aktiviti tahunan pergerakan tersebut.

Banyak perubahan berlaku di Sook : Kurup


Keningau : Rakyat di kawasan luar Bandar harus yakin kepada kerajaan sedia ada kerana telah banyak membawa perubahan kepada rakyat. Perubahan tersebut juga telah membawa kebaikan kepada rakyat.
Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata, sokongan dari rakyat adalah kekuatan kepada kerajaan untuk membawa lebih banyak perubahan di kawasan itu.
“Yakinlah bahawa apa juga yang kita rancang pasti akan tiba datang juga akhirnya ,” kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kurup berucap demikian ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama rakyat di Kg.Tulid, Daerah Kecil Sook disini.
Katanya projek jalan raya yang menghubungkan Pekan Sook akan dinaiktaraf secara berfasa sehingga ke Sinua. Sementara Bekalan Elektrik Luar Bandar juga kini telah sampai di kawasan Kg.Mempisas.
“Semua itu akan tiba akhirnya kita hanya memerlukan kesabaran,” kata Kurup.
Kata Kurup, rakyat harus sedar bahawa mereka pernah berada dalam kem pembangkang yang tidak dapat membangun rakyat.
Sehubungan dengan itu kata Kurup, rakyat haruslah terus member keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kesinambungan perancangan

PBRS Semporna rayu jambatan Pulau Bum Bum diteruskan


Semporna : Rakyat di kawasan Pulau Bum Bum merayu kepada kerajaan pusat untuk meneruskan perancangan pembinaan jambatan dari tanah besar ke pulau tersebut. Perancangan jambatan tersebut telah diluluskan untuk dilaksana oleh mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) P189 Semporna, Mohd Seh Hj Abdul Lirih, 53 berkata, jambatan tersebut sangat diperlukan oleh penduduk di kawasan itu, kerana ia boleh menjana ekonomi sosio penduduk di kawasan yang terkenal dengan surga menyelam dasar laut.
“Bagi pihak penduduk di kawasan luar Bandar ini kita merayu kerajaan dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri agar memberi perhatian terhadap rancangan pembinaan jambatan yang telah dibatalkan ini, kerana penduduk disini amat memerlukannya,” kata Mohd Seh.
jambatan sejauh 2km itu telah dicadangkan pada tahun 2005 dan telah diluluskan serta diumumkan oleh mantan Perdana Menteri, yang telah berkunjung ke Pulau Bum Bum sebanyak dua kali sebelum ini.
Rakyat di kawasan itu kata Mohd Seh, mahu perancangan pembinaan jambatan itu diteruskan, kerana ianya sangat penting bagi mereka.
“Tidak benar sama sekali tanggapan bahawa pembinaan jambatan itu tidak memberi pulangan kepada kerajaan, kita sangat berkeyakinan dengan adanya jambatan itu akan mengubah ekonomi rakyat di kawasan ini,” kata Mohd Seh.
Sehubungan dengan itu kata Mohd Seh, Pulau Bum Bum yang terletak di DUN Senalang dalam kawasan Parlimen Semporna , mampu menyajikan pendapatan kepada kerajaan terutamanya dalam sektor pelancongan.
“Kita sangat berkeyakinan dengan keperihatinan dan kepimpinan Ahli Parlimen Semporna, jambatan yang diidam idamkan masyarakat disini dapat direalisasikan,”.
Namun kata Mohd Seh, rakyat terus menunggu pembinaan jambatan tersebut meskipun lima tahun telah berlalu, dan mengharapkan agar kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius terhadap penantian 20,000 orang penduduk di pulau tersebut.
Sebelum ini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Afdal pernah berkata bahawa kerajaan akan meneruskan rancangan untuk membina jambatan yang menghubungkan Semporna dengan Pulau Bum-Bum apabila keadaan ekonomi negara pulih dalam satu program Mesra Rakyat di Kampung Terusan , Pulau Bum Bum baru-baru ini.
Dimana kata Shafie, keadaan kemelesetan ekonomi sekarang menyebabkan projek jambatan berkenaan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Menurut Shafie, beliau menyerahkan kepada agensi berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya untuk menilai semula kos semasa pembinaan jambatan berkenaan.

SK Dalit bakal diguna penggal hadapan : Kahirin

Keningau : Usaha kerajaan membina segera dua bangunan sekolah di SK Dalit membuktikan komitmen kerajaan yang tidak mahu murid di kawasan yang terjejas ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Di mana bangunan sekolah di Daerah Kecil Sook itu terbakar dua bulan yang lalu.
Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.37 Sook , Kahirin Bador berkata, pihak mereka berpuas hati dengan kelancaran kerja pembinaan semula bangunan sekolah tersebut. Dan berkeyakinan pelajar yang menggunakan kolong rumah guru buat sementara ini tidak lama lagi akan menduduki bangunan baru.
"Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membuat tindakan segera membantu, dan sudah tentu ini juga ada campurtangan dari pihak wakil rakyat kami disini yang tidak mahu melihat anak-anak kami ketinggalan," kata Kahirin yang meninjau perkembangan pembinaan sekolah tersebut disini.
"Pemuda PBRS dan Pemuda BN khususnya di kawasan ini amat menititberatkan pembinaan semula sekolah ini, kerana kami percaya pendidikan adalah kunci kepada pembasmian kemiskinan yang masih lagi berlaku di kawasan ini khususnya di P.182 Pensiangan," kata Kahirin.
Beliau juga turut meninjau bilik kelas sementara pelajar yang terletak di kolong rumah guru di sekolah berkenan.
"Kerja-kerja pembinaan ini sudah mencapai 80 peratus, dan kemungkinan bakal digunakan tidak lama lagi. Mudah mudahan dengan adanya bangunan sekolah baru ini menambah semangat anak-anak kita belajar sekaligus melahirkan masyarakat yang berbakti kepada P.182 Pensiangan,"kata Kahirin.

Mukim Dalit terus terima perubahan




Keningau : Pembangunan tanah di Mukim Dalit telah berjaya mengubah taraf hidup rakyat, kerana berkat kerjasama diantara penduduk dan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah(LKTNS), kini para peserta telah mulai menikmati hasilnya.
Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata, usaha pembangunan tanah di Mukim Dalit dalam kawasan Daerah Kecil Sook itu adalah bertujuan untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat di perkampungan mukim tersebut yang dimulakan pada awal tahun 1997. Dimana sehingga setakat ini sebanyak 5000 ekar tanah telah dibangunkan oleh LKTNS dan peserta akan mendapat hasil perkongsian.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia berkata, pada mulanya usaha untuk membangunkan tanah di kawasan itu mendapat tentangan dari penduduk kampung. Bahkan beliau juga merasa sangat khuatir kerana pada ketika pokok sawit dijangka akan berbuah, berlakunya musim kemarau namun setahun selepas itu ia mulai memberi hasil.
Kata Kurup, kejayaan pembangunan kelapa sawit di Dalit Estet adalah contoh salah satu pandangan jauh pemimpin terhadap rakyat di kawasan itu.
Beliau berkata demikian di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat , Hari Pekerja SLDB dan perasmian Balai Raya Kg.Punggol. Turut hadir ADUN Sook yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, pegawai kanan SLDB, Jajuli Sunarto serta Pengurus Wilayah Pantai Barat, Redwan Tangkong.
di majlis itu Kurup juga mengumumkan penaikan taraf jalan raya Ansip-Dalit yang akan dilaksana pada tahun 2011-2012.
“Kemudahan ini akan terus meningkatkan ekonomi rakyat ,” kata Kurup.
Beliau juga meminta peserta atau pekerja tempatan di Estet Dalit itu untuk meningkatkan usaha agar mereka boleh memperolehi hasil yang lebih baik. Sempena majlis itu pihak SLDB telah menyampaikan dividen berjumlah RM557,373,52 kepada peserta.
mengubah taraf hidup rakyat, kerana berkat kerjasama diantara penduduk dan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah(LKTNS), kini para peserta telah mulai menikmati hasilnya.
Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata, usaha pembangunan tanah di Mukim Dalit dalam kawasan Daerah Kecil Sook itu adalah bertujuan untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat di perkampungan mukim tersebut yang dimulakan pada awal tahun 1997. Dimana sehingga setakat ini sebanyak 5000 ekar tanah telah dibangunkan oleh LKTNS dan peserta akan mendapat hasil perkongsian.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia berkata, pada mulanya usaha untuk membangunkan tanah di kawasan itu mendapat tentangan dari penduduk kampung. Bahkan beliau juga merasa sangat khuatir kerana pada ketika pokok sawit dijangka akan berbuah, berlakunya musim kemarau namun setahun selepas itu ia mulai memberi hasil.
Kata Kurup, kejayaan pembangunan kelapa sawit di Dalit Estet adalah contoh salah satu pandangan jauh pemimpin terhadap rakyat di kawasan itu.
Beliau berkata demikian di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat , Hari Pekerja SLDB dan perasmian Balai Raya Kg.Punggol. Turut hadir ADUN Sook yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, pegawai kanan SLDB, Jajuli Sunarto serta Pengurus Wilayah Pantai Barat, Redwan Tangkong.
di majlis itu Kurup juga mengumumkan penaikan taraf jalan raya Ansip-Dalit yang akan dilaksana pada tahun 2011-2012.
“Kemudahan ini akan terus meningkatkan ekonomi rakyat ,” kata Kurup.
Beliau juga meminta peserta atau pekerja tempatan di Estet Dalit itu untuk meningkatkan usaha agar mereka boleh memperolehi hasil yang lebih baik. Sempena majlis itu pihak SLDB telah menyampaikan dividen berjumlah RM557,373,52 kepada peserta.

Monday, November 1, 2010

BAKTI terus bantu pelajar di P182 Pensiangan


Keningau : Seramai 30 pelajar telah mendapat manfaat dan bantuan kewangan sebanyak RM600 seorang melalui Derma Siswa Bakti (Badan Amal dan Tenaga Isteri Isteri) di kawasan Parlimen Pensiangan sejak dua tahun yang lalu. Pelajar yang mendapat bantuan kewangan itu adalah berdasarkan keputusan yang baik dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM).
Ahli BAKTI yang juga isteri kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu Ahli Parlimen Pensiangan, Puan Sri Melinda Kurup berkata, mereka yang layak untuk mendapat bantuan ini adalah pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai prestasi yang baik dalam peperiksaan.
“Kita sentiasa berusaha membantu kerana mereka ini adalah pelajar yang memerlukan sokongan kewangan, saya juga sangat mengharapkan penerima ini dapat meningkatkan lagi prestasi mereka,” kata Melinda yang ditemui di Majlis Penyerahan Bantuan Dermasiswa Bakti di Pejabat Daerah Kecil Sook disini.
Penerima itu terdiri dari pelajar yang berasal dari kawasan pedalaman seperti Daerah Kecil Sook, Daerah Kecil Pagalungan dan Daerah Nabawan.
Hadir di majlis itu ialah Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup yang turut memberikan kata-kata perangsang serta nasihat kepada para penerima.
Kata Kurup, generasi muda di kawasan pedalaman itu adalah modal insan , dan mereka haruslah berusaha agar berjaya meletakkan diri mereka sebagai insan yang berguna kepada masyarakat di masa akan datang.
Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah , Jasli Tindi dan isteri Wakil Rakyat Sook, Datin Maria Angin.
Dalam pada itu Melinda juga menyeru kepada pelajar dari kawasan Pensiangan agar mengemukakan permohonan mereka untuk tahun 2011.
Di majlis itu seramai 13 pelajar menerima bantuan kewangan.
Salah seorang penerima, Jenny Sijuni Pelajar Tingkatan 4, SMK.Sepulut, Nabawan berkata, beliau amat berterima kasih kerana dipilih menerima bantuan kewangan itu.
“Saya akan guna duit ini untuk membeli buku-buku rujukan dan keperluan sekolah ,” kata Jenny.