Thursday, February 17, 2011

JEMPUTAN ...




JEMPUTAN / MAKLUMAN

MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT
SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA P.182 PENSIANGAN
Pada : 27hb Februari 2011, bersamaa hari Ahad
Mula : Jam 11.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Masyarakat Kg.Ansip Tengah, Keningau.
Dirasmikan oleh : YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap
Ahli Parlimen 182 Pensiangan / Presiden PBRS

Turut mengundang : AJK Pelaksana Majlis Pemimpin Bersama Rakyat / Badan JKKK Kg.Ansip Tengah / Kapitan Wong Su Fah / Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan.
Pelbagai acara menarik disediakan pihak penganjur.
Selamat Datang.






Program Maulidur Rasul Pergerakan EXCO Wanita PBRS

Wakil Rakyat Sook , YB Datuk Ellron Angin beri ucapan
sebahagian yang hadir

Memasak pun gotong royong...


Bertempat di Surau Al Imran Kg.Penagatan Ulu, Keningau. Program yang dilaksanakan sempena Maulidur Rasul ini ialah gotong royong bersihkan kawasan dan bangunan surau.

Program ini adalah program yang biasa dilakukan oleh Pergerakan Wanita PBRS bagi memantapkan silaturahim selain bersama-sama dengan ahli-ahli PBRS di sesebuah kawasan.

Program ini dilaksanakan pada 15hb Februari, pada jam 1.00pm. Bersempena dengan program ini juga EXCO Wanita PBRS turut menyumbangkan kain sejadah dan biku buku agama kepada Surau Al Imran sebagai tanda kenang kenangan.
Turut sama menziarahi program ini ialah YB Datuk Ellron Angin yang juga ADUN N.37 sook merangkap Timbalan Presiden PBRS.
Terima kasih kepada Pergerakan Wanita PBRS yang turut memberi sokongan padu kepada program ini iaitu , Pn.Norfadillah Abdullah @ Caroline Udang (Ketua Wanita PBRS N.34 Liawan) serta ahli-ahlinya, selain kehadiran EXco Wanita PBRS dari Tambunan, Sook dan Kota Kinabalu.










EXCO Wanita PBRS turun padang lawat surau al imran ,keningau

kain rentang mengenai program Maulidur Rasul Pergerakan Wanita EXCo PBRS
meninjau sekitar bangunan surau Al Imran oleh pengerusi penganjur, Pn.Zainon Hj.Kayum.

EXCO Wanita PBRS bersama jemaah wanita surau al-imran kg penagatan ulu.

Program gotong royong membersihkan surau sempena Maulidur Rasul ini dipengerusikan oleh Pn.Zainon Hj.Kayum merangkap Exco Wanita PBRS Pusat. Ianya melibatkan pergerakan Wanita PBRS Pusat dan Pergerakan Wanita N.37 Sook serta jemaah di surau Al Imran, Kg.Penagatan Ulu, Keningau.
Rombongan dari EXCO Wanita PBRS Pusat iaitu, Puan Zainon Hj.Kayum, Pn.Yusinah Kuntagil dan Cik Rozie Jumat telah melawat surau Al Imran dan menemui wakil wanita di surau itu pada 12hb Februari yang lalu. Kita juga sempat bertukar tukar pandangan dan wanita di kawasan ini sangat mengalu alukan program murni seumpama ini.

RMT akan kembali seperti sedia kala : MP

MP Pensiangan disambut ketika tiba di Kg.Tonomon, Sepulut.

Nabawan : Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata, beliau mengambil berat rungutan yang disampaikan oleh ibubapa mengenai hanya pelajar yang berdaftar dengan e-kasih layak mendapat program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) di kawasan Pensiangan.

Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, wakil rakyat tidak dapat menerima perkembangan tersebut kerana di kawasan Pensiangan, hampir semua pelajarnya adalah layak menerima program tersebut. Masalah itu juga menjadi rungutan di seluruh negeri.

Menurut Kurup satu mesyuarat telah diadakan dan ketetapan itu telah ditarik balik. Dan tidak lama lagi pelajar di pedalaman akan layak menerima program RMT seperti biasa sebelumnya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Rumah Budaya Kg.Tonomon,Mukim Sepulut. Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian UMNO P.182 Pensiangan.

Isu mengenai program RMT hangat diperkatakan di kawasan pedalaman.

Sementara itu Kurup yang menerima borang keahlian sebanyak 130 orang berkata, penyertaan itu memberi kekuatan tambahan kepadanya selaku wakil rakyat yang juga merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

“Kita sentiasa berusaha memaju dan membangunkan kawasan ini dan mahu dipacu dengan cepat demi rakyat kita disini,” kata Kurup.

Sementara itu Timbalan Ketua Bahagian UMNO P.182 Pensiangan , Ahuar Rasam berkata, rakyat di kawasan itu berterima kasih diatas kepimpinan Ahli Parlimen, kerana telah banyak melakukan perubahan yang ketara termasuklah pembaikan rumah-rumah panjang .

Beliau berkata, masyarakat Murut harus bersedia dengan pembangunan kerana jika tidak mereka akan keliru dan ketinggalan.

“Jika kita bergaduh dengan pembangunan maka kita akan ketinggalan. Kita mahukan bangsa kita membangun,” kata Ahuar.

KIRT ucap terima kasih dapat rumah PBR‏

Thien

Keningau : Seorang Ketua Isi Rumah Termiskin (KIRT) berbangsa Tioungha , Thien Tse Vun, 52 dari Kampung Pangas Ulu disini menyampaikan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi bantuan Program Bantuan Rumah (PBR) yang dahulunya dikenali sebagai PPRT. Menurut Thien, seorang petani, beliau dan keluarganya tinggal di rumah bambu dalam keadaan serba daif dan kurang menyelesakan.
Namun katanya, hidupnya kini berubah dan bertambah positif kerana kerajaan telah membantunya dengan memberikan bantuan sebuah rumah yang kini didiami oleh keluarganya.
"Terus terang saya katakan sejak dari bujang hinggalah berkeluarga sekarang, sudah banyak parti bergilir gilir mentadbir kerajaan, namun kerajaan (Barisan Nasional ) banyak membantu seperti bantuan PPRT dan anak saya sendiri mendapat bantuan am," kata Thien.
Beliau yang mempunyai empat orang anak itu berkata beliau telah mendaftar untuk memohon rumah PBR pada tahun 2009 dan pada tahun lalu rumah itu telah diserahkan kepadanya.
"Kerajaan tidak pilih kasih , nama saya nama Cina tetapi mereka (kerajaan) tolong saya juga. Ini membuktikan kerajaan tidak meminggirkan mana-mana kaum kerana rakyat adalah keutamaan," kata Thien yang hampir menitiskan airmatanya ketika ditanya tentang latarbelakang keluarganya.
Oleh itu kata Thien, tujuan beliau untuk menemui akhbar adalah bertujuan untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang benar-benar berusaha membasmi kemiskinan terutamanya penduduk di kawasan luar bandar sepertinya.
"Saya benar-benar merasakan pertolongan itu, dan saya juga ingin memberitahu kepada orang tiounghua yang serba kekurangan seperti saya, kerajaan sentiasa membantu tanpa pilih kasih, oleh itu ambillah peluang ini untuk hidup yang lebih positif." kata Thien.
Kata Thien, bantuan rumah itu memberi perubahan besar dalam hidup mereka sekeluarga, kerana sebelum ini mereka tinggal dalam rumah bambu dan rasa rendah diri bergaul dengan orang ramai.
"Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu saya sehinggalah mendapat rumah ini , termasuklah kepada ketua kampung dan pengerusi jawatan kuasa keselamatan kampung yang prihatin kepada keluarga saya," kata Thien

Suang Lotud kunjungi Asrama Butitin


Kasih sayang tidak bersempadanan...ini dibuktikan Persatuan Suang Lotud Sabah dari Tuaran melalui Biro Kebajikannya, yang diketuai oleh Puan Rubiah Ayid berkesempatan melawat Asrama Butitin di Nabawan. Dalam kesempatan itu, Persatuan ini turut memberi sumbangan berupa pakaian dan juga keperluan tuala wanita sambil beramah mesra dan berkenalan dengan penghuni asrama tersebut.
Ketua Asrama Wanita, Efta Bernadus berkata kebanyakan penghuni Asrama Butitin adalah pelajar yang datang jauh dari daerah Nabawan termasuklah dari Pensiangan. Asrama itu dibawah jagaan gereja Roman Katolik dengan 62 orang penghuni.
Sementara itu Rubiah Ayid berkata, selepas membuat kunjungan ke Asrama Butitin beliau dan persatuan itu akan datang sekali lagi untuk menghantar sumbangan berupa bibit ikan untuk dilepaskan di kolam ikan milik asrama itu.
"Sebuah kolam sedang diperbaiki pada masa ini dan elok juga kita bantu mereka dengan bibit ikan ," kata Rubiah. Turut bersama dengannya Pegawai Perhubungan (media) Parlimen Pensiangan yang juga EXCO Wanita PBRS, Rozie Jumat.
Kata Rubiah, sudah tentu aktiviti seumpama itu (memelihara ikan) dapat menjamin bekalan makanan penghuni itu secara berpanjangan.

Seluas 6111 tanah dibubar jabatan hutan‏

YB Tan Sri Joseph Kurup bersama jabatan -jabatan kerajaan yang hadir di Kg.Masusun,Sook.

Keningau : Penduduk di Sook diberitahu bahawa seluas 6111 hektar tanah di kawasan Hutan Simpan Sook Plain telah dibubarkan dan kini diwartakan sebagai tanah kerajaan. Sebelum ini tanah tersebut berstatuskan hutan simpan kelas ke empat melibatkan beberapa perkampungan yang antaranya didiami sejak tahun 1970an.
Jabatan Hutan Sook yang diwakili oleh pegawainya Johnny Raymond berkata, dengan pembubaran hutan simpan itu di Dewan, jabatan itu kini hanya mempunyai 2 ribu lebih hektar tanah di kawasan tersebut iaitu bagi tujuan Pusat Penyelidikan Hutan dan KM Hibrid Plantation. Tanah itu berkeluasan 9 ribu hektar sebelum dibubar kepada tanah kerajaan.
JR berkata demikian di majlis sesi dialog sempena majlis pemimpin bersama rakyat di Kg Masusun bertempat di rumah en.Paulus Anip, yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan. Turut hadir ADUN Sook, Datuk Ellron Angin serta jabatan-jabatan berkaitan dari pejabat daerah kecil Sook yang terlibat dalam sesi dialog sempena majlis tersebut.
Kurup dalam ucapannya berkata, perkampungan yang telah lama ‘terperangkap ‘ di dalam tanah hutan simpan yang kini telah diwartakan itu harus diberi keutamaan begitu juga dengan permohonan-permohonan tanah yang sudah bertahun tahun lamanya tidak mendapat kelepasan kerana status tanah itu sebelum ini.
“Keutamaan Jabatan Tanah dan Ukur haruslah diberikan kepada tanah-tanah yang telah diteroka dan telah didiami,” ujar Kurup.
Kg Masusun ialah nama baru bagi Kampung Sunsuron Baru yang dikatakan kebanyakan penduduknya berasal dari Tambunan meneroka tanah di kawasan itu.
Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) juga meminta penduduk di kawasan itu agar menukar status undi mereka ke kawasan Sook, yang memberi banyak kebaikan dan kemudahan kepada mereka sebagai penduduk di kawasan itu.
Di majlis itu juga seramai 113 borang keahlian PBRS diserahkan kepada Presiden.

PBRS sambut baik Klinik Bergerak Hibrid

Keningau : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyambut baik inisiatif kerajaan untuk memperkenalkan klinik bot bergerak hybrid untuk memberikan perkhidmatan kesihatan ke kampong yang dihubungkan melalui sungai di Sabah.

Ketua Penerangan EXCO Wanita PBRS, Rozie Jumat berkata, perkhidmatan seumpama itu sangat diperlukan oleh rakyat di luar Bandar Sabah, terutamanya di Daerah Kecil Pagalungan yang menggunakan sungai sebagai perhubungan utama.

“Beberapa tahun yang lalu pihak Yayasan Sabah menjalankan Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) ke kampong-kampung terpencil di Daerah Kecil Pagalungan, ramai penduduk di kawasan ini seperti Kg.Kabu, kg.Bantul, Kg.Saliliran mendapat manfaatnya, namun operasinya telah dihentikan.

Katanya, dengan bentuk muka bumi Daerah Kecil Pagalungan yang berbukit bukau, perhubungan melalui sungai adalah penting. Namun ada beberapa kawasan perkampungan yang bertaburan dan jauh antara satu sama yang lain memerlukan perkhidmatan seperti klinik bot bergerak yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri.

“Sebagai contohnya, Kg.Saliliran dan Kg.Kabu, kakitangan Klinik Kesihatan Pensiangan adalah yang terdekat, tetapi mereka memerlukan sehari perjalanan ke Kg.Saliliran dari Kg.Kuala Sinapar (menaiki bot dari Klinik Kesihatan Pensiangan). Disini ramai penduduk yang memerlukan perkhidmatan perubatan,” kata Rozie yang juga Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan.

Katanya, tahap kesihatan penduduk di kawasan tersebut juga adalah berada di tahap sederhana. Memandangkan kos perbelanjaan yang besar untuk ke klinik berdekatan, pesakit hanya menahan penyakit dan berserah.

“Bagaimana mereka boleh meningkatkan taraf hidup jika keadaan mereka tidak mempunyai kesihatan yang baik, oleh itu Klinik Bot Bergerak Hibrid ini adalah amat dialu alukan kerana ia menunjukkan keprihatinan kerajaan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri terhadap penduduk di kawasan luar Bandar yang serba kekurangan,” kata Rozie.

Menurutnya , Parti PBRS dan Mercy Malaysia pernah membuat program perkhidmatan perubatan di Pekan Pagalungan tahun lalu yang mendapat sambutan diluar dugaan di kalangan masyarakat setempat.

Daerah Kecil Pagalungan mempunyai dua buah klinik kesihatan bertempat di Pagalungan dan Pensiangan. Namun petugas-petugas di klinik ini perlu menaiki bot dan berjalan kaki untuk masuk ke kampung-kampung.

Najib baru-baru ini dalam laman blog 1Malaysia menyatakan adalah menjadi impiannya agar semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan, tanpa mengira dimana mereka tinggal.

Pengumuman YAB Perdana Menteri itu kata Rozie, adalah sangat dinanti-nantikan oleh rakyat pedalaman, dan kami (PBRS) yakin kemudahan itu dapat memastikan rakyat dapat menikmati kesihatan lebih baik dan menerima pemeriksaan perubatan.

PBRS juga kata Rozie menyambut baik usaha kerajaan melalui Kementerian Kesihatan seperti mana yang diumumkan oleh Timbalannya, Datuk Rosnah Shirlin akan menghidupkan semula perkhidmatan perubatan melalui udara ke kawasan pedalaman.

“Banyak kawasan di P.182 Pensiangan juga memerlukan perkhidmatan doctor udara kerana kawasan ini berbukit bukau dan berjauhan antara satu dengan yang lain, apatah lagi untuk ke klinik berdekatan,”.

Oleh itu kata Rozie, usaha untuk menghidupkan semula perkhidmatan itu sangat penting dan amat bermanfaat kepada rakyat.