Friday, September 24, 2010

Perlawanan bola sepak persahabatan Pemuda PBRS Sook dan Pemuda UPKO Nabawan

Ketua Pemuda PBRS Sook, Kahirin Bador menyerahkan cenderakenangan dari pergerakan pemudanya sempena perlawanan persahabatan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UPKO Nabawan, Jekerson Kilan.

Keningau : Bekas pemain bola sepak negeri yang dahulunya mencipta sejarah sebagai pasukan yang digeruni, masih terus aktif di kawasan dimana mereka berada. Bahkan mereka juga aktif membimbing anak-anak muda di pedalaman dimana kawasan ini adalah 'kilang' yang mempunyai ramai bakat dilapangan bola sepak.

Sebagai contohnya, Matusin Bowie dan Jekerson Kilan yang dahulunya memakai jersi pasukan negeri Sabah, selain sibuk dengan kerjaya masing-masing,masih aktif bersukan.Pertemuan dua bekas kawan lama ini direalitikan dalam satu perlawanan persahabatan bola sepak di Komplek Sukan Keningau petang jumaat.

Dimana Matusin Bowie merupakan Timbalan Ketua Pemuda EXCO Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) manakala Jekerson Kilan , adalah Ketua Pemuda UPKO N.38 Nabawan dimana mereka mengadakan perlawanan persahabatan bersama ahli masing-masing.

Kehadiran mereka juga amat dinanti-nantikan oleh para peminat yang masih merindukan gelagat mereka di padang.

Sementara itu Ketua Pemuda PBRS N.37 Sook selaku penganjur perlawanan itu, Kahirin Bador berkata, perlawanan persahabatan yang diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi ukuwah antara ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) di kawasan P182 Pensiangan.

"Pihak kami (PBRS Pemuda Sook ) sebelum ini telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pergerakan Pemuda UMNO P.182 Pensiangan, dan ianya satu aktiviti yang positif di mana para pemimpin kami mahu program seumpama ini dilakukan kerana ianya mempereratkan dan memantapkan lagi BN di kawasan ini," kata Kahirin.

Sempena perlawanan persahabatan itu, Pemuda PBRS N.37 Sook yang turut disertai oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Charles Ikang, ketua Bahagian PBRS Bingkor, Paul Mansiw mengalahkan pasukan UPKO Nabawan dengan kiraan 6-5.

No comments: