Friday, July 22, 2011

8 BUAH SEKOLAH DI KAWASAN PENSIANGAN TERLIBAT PROGRAM FLAGSHIP SEKOLAH LESTARI

Sebanyak 8 buah sekolah terlibat di dalam program flagship Sekolah Lestari di bawah Program Rakan Alam Sekitar seperti berikut:

1) SK Salinatan
2) SMK Nabawan II
3) SK Ambual
4) SMK Tulid
5) SMK Sook
6) SK Sinaron Tengah
7) SJKC Cheng Ming
8) SK Binakaan

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan secara hands-on kepada guru-guru yang terlibat secara langsung di dalam melaksanakan program Sekolah Lestari di sekolah masing-masing.

Bengkel Rakan Alam Sekitar (Training For Trainers) Parlimen Pensiangan merupakan aktiviti perintis di bawah kendalian Rakan Alam Sekitar (RAS) yang berlandaskan kepada usaha untuk menangani isu pencemaran dan kerosakan alam sekitar.

INFO MENGENAI RAKAN ALAM SEKITAR

Rakan Alam Sekitar (RAS)
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Alam Sekitar di akhir Rancangan Malaysia Kesembilan telah memperkenalkan program kesedaran alam sekitar yang baru iaitu Program Rakan Alam Sekitar (RAS) yang dilancarkan pada 4 Jun 2009 sebagai satu usaha menangani isu pencemaran dan kerosakan alam sekitar. Antara program/ aktiviti yang dilaksanakan di bawah Program RAS ialah:
· pembersihan pantai;
· kitar semula buangan (termasuk E-waste);
· menanam pokok, membuat baja kompos;
· menghasilkan produk kraftangan dari bahan buangan;
· River Rangers;
· penggunaan EM (effective microorganism);
· kitar buangan minyak masak kepada sabun;
· Kem Kesedaran Alam Sekitar untuk ahli RAS dan;
· lain-lain program kesedaran dan pendidikan alam sekitar yang dijalankan oleh agensi-agensi di bawah NRE.

Mulai tahun 2011 di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar akan dijadikan sebagai program ‘flagship’ dalam melaksanakan Program RAS di peringkat sekolah. Program ini akan dilaksanakan mengikut kawasan Parlimen di seluruh Malaysia. Di dalam program ini, satu (1) hingga empat (4) buah sekolah yang terpilih dari setiap kawasan Parlimen akan diberi peruntukan. Pemilihan sekolah adalah berdasarkan kepada kertas kerja aktiviti atau projek pemuliharaan alam sekitar yang disediakan oleh pihak sekolah.
Sehingga ke hari ini, seramai 34,000 orang telah berdaftar sebagai ahli Rakan Alam Sekitar. Pelaksanaan program/aktiviti untuk ahli RAS akan dijalankan dengan member fokus kepada 6 buah negeri yang mempunyai kelompok keahlian RAS yang ramai iaitu di Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, Perak, Sabah dan Sarawak .Penyertaan Rakan Alam Sekitar adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia. Sesiapa yang berminat menjadi Rakan Alam Sekitar boleh mendaftar secara online di www.doe.gov.my/ras.

TEKS UCAPAN YB Tan Sri sempena Penutupan Bengkel RAS Peringkat P.182 Pensiangan

TEKS UCAPAN
YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMAJOSEPH KURUP
TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL RAKAN ALAM SEKITAR PENSIANGAN
22 JULAI 2011 (JUMAAT)
HOTEL JUTA, KENINGAU

Terima kasih saudara/i Pengacara Majlis

Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia,

Pertamanya saya berasa syukur dan berterima kasih kerana berpeluang untuk bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan sekalian pagi ini. Program ini sangat bermakna bagi saya kerana ia merupakan suatu usaha yang sebenarnya for the future atau untuk masa depan. Ini kerana hasil program ini bukanlah sesuatu yang boleh diperoleh secara serta merta, esok, mahupun minggu depan. Namun ia sesuatu yang penting dan perlu dibuat demi untuk kesejahteraan generasi akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Seperti yang kita semua sudah maklum sekarang, Program Rakan Alam Sekitar(RAS)ini merupakan salah satu daripada inisiatif Kerajaan yang secara amnya bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap isu-isu alam sekitar.

Sememangnya terdapat pelbagai strategi untuk mencapai sasaran ini, namun kita di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitarpercaya bahawa laluan terbaik adalah dengan memberikan perhatian yang lebih terhadap golongan muda, khususnya para pelajar sekolah, di sekolah rendah mahupun menengah.

Ini kerana kita menyedari bahawa tahap keperihatinan (awareness) dan sifat ingin tahu dikalangan kanak-kanak dan remaja terhadap keadaan sekeliling mereka adalah sangat tinggi berbanding dengan kita yang sudah berumur ini. Maka sifat ingin tahu atau curiousity dan awareness inilah yang perlu digilap, dibimbing dan digunakan dengan baik dan positif.

Sering kali, orang dewasa kurang peka kepada apa yang sedang berlaku di persekitaran kita mungkin kerana terlalu sibuk bekerja, menguruskan rumahtangga, perniagaan dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita dapati orang dewasa sering terlepas pandang atau “tak perasan”. Lebih buruk lagi, ramai yang mengambil sikap “tidak apa”. Saya bukanlah mahumenyalahkan sesiapa tetapi harus mengakui bahawa kadang-kadang ramai antara kita yang bimbang dilihat sebagai “suka menyibuk” sehingga kita tidak mengambil tahu langsung apa yang berlaku di sekeliling kita.

Lebih buruk lagi, ada juga orang yang sengaja mengada-adakan cerita, mendakwa itu ini dan secara langsung menuduh pihak-pihak tertentu membuat sesuatu yang menyalahi undang-undang kerana mereka ini mempunyai agenda tertentu.

Tetapi bukan kanak-kanak atau pelajar sekolah. Jika sesuatu laporan atau makluman disampaikan oleh anak-anak kita. Ia lebih mudah dipercayai kerana semestinya mereka ini tiada agenda jahat. Tidak diwarnai fahaman politik dan sebagainya. Cuma apa yang boleh dipertikaikan adalah tahap pengetahuan mereka. Sama ada mereka faham yang mereka lihat, dengar atau rasa.

Maka, oleh kerana itulah kita memilih untuk meningkatkan fokus kita terhadap para pelajar sekolah dengan cara menyampaikan kepada kumpulan ini ilmu dan pengetahuan yang betul. Supaya mereka tahu apa yang dilihat, tahu apa tindakan yang betul, bagaimana untuk membuat laporan dan sebagainya.

Menyedari hakikat ini, kita sedar bahawa orang yang paling dekat dengan para pelajar, selain dari keluarga mereka sendiri, adalah guru-guru sekolah mereka. Sebab itulah saya telah meminta supaya diadakan suatu kursus atau bengkel khas diberikan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian supaya tujuan dan mekanisme program ini lebih jelas dan seterusnya membantu kita mencapai sasaran-sasaran tadi dengan cepat dan berkesan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya juga sedar bahawa tugas serta tanggungjawab sebagai guru pada masa sekarang pun merupakan sesuatu yang kompleks, berat lagi rumit. Kita bukanlah mahu menambah tekanan atau beban kerja guru-guru sekalian.

Sebenarnya banyak komponen program ini yang boleh dijadikan sebahagian dari bahan untuk mengajar juga. Dalam program ini, para pelajar juga secara langsung didedahkan dengan elemen sains, biologi, kimia, skil menulis laporan, keushawanan dan lain-lain lagi.

Tidak kurang pentingnya, ia juga menuntut supaya para pelajar bekerja sebagai satu pasukan bagi mencapai sasaran-sasaran yang ditetapkan. Pendek kata, mereka didedahkan dengan aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan, bahkan mampu memupuk semangat kepimpinan, berdikari, dan kreativiti.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya berasa yakin tuan-tuan dan puan-puan akan mampu mempraktikkan apa yang dipelajari sepanjang bengkel ini. Saya mengucapkan terima kasih dan syabas atas komitmen semua yang terbabit termasuklah kepada para pegawai dari Semenanjung yang datang menjayakan program kita ini.

Saya ingin nyatakan disini bahawa ini bukanlah kali terakhir mereka akan datang. Pada masa akan datang, kita akan melawat pula ke sekolah tuan-tuan dan puan-puan. Saya mahu meninjau sejauh mana minat dan kreativiti semua peserta. Saya pasti tuan-tuan dan puan-puan akan menunjukkan komitmen yang membanggakan.

Tidak lupa juga penghargaan saya kepada pihak Chemical Company of Malaysia (CCM) atas sokongan, dan penglibatan aktifnya dalam Program RAS khususnya bagi kawasan Parlimen P.182 Pensiangan. Sesungguhnya sumbangan pihak CCM merupakan contoh tauladan yang baik kepada lain-lain badan korporat.

Dengan itu, saya dengan sukacitanya menutup Bengkel Training-for- Trainers Rakan Alam Sekitar Parlimen Pensiangan, pagi ini.

Sekian, terima kasih.

Usaha berterusan majukan kawasan pedalaman : Ahli Parlimen































Nabawan : Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutamakan keperluan rakyat dan prihatin kepada mereka meskipun jauh di ulu pedalaman.
Ahli Parlimen Pensiangan , Tan Sri Joseph Kurup berkata, beliau bersama sama dengan wakil-wakil rakyat Adun di kawasan itu sentiasa turun padang melihat rakyat.
“Kami prihatin dengan permintaan penduduk di kawasang terpencil, meskipun jauh tidak pernah ketinggalan dan kita berusaha memenuhi permintaan mereka ,” kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.
Kurup berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Perasmian Rumah Budaya Kg.Salinatan, Pensiangan.
Turut sama dalam majlis itu ialah Adun Nabawan, Datuk Bobbey Suan yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Ellron Angin yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Mantan Menteri Kebudayaan , Belia dan Sukan Sabah, Datuk Kadoh Agundong.
Kata Kurup banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan terutamannya mengenai keperluan asas penduduk. Beliau turut memuji hasil kerja pembinaan Rumah Budaya yang cantik dan terjaga.
Beliau yang juga Presiden PBRS berkata usaha bersungguh-sungguh Barisan Nasional memajukan kawasan Pensiangan itu adalah dengan adanya Pelan Tindakan Pembangunan selari dengan RMK9 yang antara lainnya bertujuan mengeluarkan rakyat dari kemiskinan.
“Kita mahu membangun ekonomi rakyat dan pelbagai usaha kita lakukan untuk mencapai matlamat ini.
Semasa lawatan itu beliau turut meninjau masalah jambatan rosak yang disebabkan oleh banjir. Semasa lawatan beliau sebelum ini Kurup telah meluluskan pembinaan Rumah Budaya dan memberikan gilingan padi kepada kaum ibu.
Sementara itu Adun Nabawan, Datuk Bobbey Suan berkata beliau berbangga dengan pencapaian kampong tersebut, yang meskipun jauh ke ulu tetapi merupakan sebuah perkampungan yang terkenal kerana usaha sekolah tersebut yang menjaga alam sekitar dan dikenali sebagai Sekolah Pelancongan.

Isteri Ahli Parlimen 182 Pensiangan tekad bantu pelajar cemerlang melalui Bakti Siswa

Puan Sri Melinda Kurup (kanan sekali) bersama YB Tan Sri Joseph Kurup, Ahli Parlimen Pensiangan bergambar dengan Penerima Bakti Siswa Tahun 2011 dari Isteri Ahli Parlimen Pensiangan.



Keningau : Pelajar cemerlang di kawasan Parlimen 182 Pensiangan terus dibantu melalui sumbangan kewangan Bakti Siswa yang disalurkan oleh isteri Kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Puan Sri Melinda Kurup. Tahun ini adalah tahun ke 4 isteri Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup memberikan sumbangan itu kepada pelajar yang dipilih dari Kawasan N.37 Sook dan N.38 Nabawan.
Setiap pelajar diberi RM600 setahun dan sekiranya mereka menunjukkan prestasi yang lebih baik, sumbangan kewangan bagi galakan pembelajaran itu akan diteruskan.
"Ini adalah cabaran kita kepada pelajar pelajar yang terpilih dari kalangan yang mempunyai keputusan akademik yang baik tetapi serba kekurangan ," kata Melinda yang juga Ketua Wanita Bahagian PBRS N.37 Sook.
Beliau berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan derma siswa bakti yang diadakan di Pejabat Daerah Kecil Sook disini.
Namun katanya, pemilihan untuk mendapatkan Derma Siswa Bakti itu semakin sengit berikutan prestasi akademik dikalangan pelajar di kawasan Pensiangan yang semakin meningkat.
Sumbangan Derma Siswa itu terbuka untuk dipohon dari kalangan pelajar di kawasan P182 Pensiangan yang mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan PMR dan SPM.
Pemohon boleh menghubungi Pejabat Parlimen Pensiangan untuk keterangan lanjut.

PBRS wants a crack at the SAPP seats (July 21 2011 Daily Express )

Suasana sebelum sidang akhbar dimulakan oleh Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup bersama AJK PBRS Karambunai, Dr.Zamree Ibni Ghulam Rasul



Kota Kinabalu: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) has joined the bandwagon in staking a claim on opposition-held Sepanggar seat for the 13th General Election with the launch of its 28th division, PBRS Karambunai, Wednesday.
President Tan Sri Joseph Kurup believed there is nothing wrong for PBRS, as a Barisan Nasional (BN) component, to stake its claim on a seat that is being held by the opposition.
Other BN component parties that had openly expressed interest in the Sepanggar Parliamentary seat held by the Sabah Progressive Party (SAPP) were Umno and Parti Bersatu Sabah (PBS).
The Liberal Democratic Party (LDP) has yet to state its interest but recently opened its Karambunai division.
"We are burying the seed but we will not be able to bury the seed if we don't have like what the Prime Minister says, a winnable candidate," Kurup said after officiating at the launch of the PBRS Karambunai protem division at Shangri-La Hotel.
On what other seats PBRS would be eyeing, Kurup who is also Deputy Natural Resources and Environment Minister, said they were looking at all the seats currently held by the opposition.
"As you know PBRS only has Pensiangan and Sook...but this is also up to the Prime Minister and Chief Minister as the bottom line is that the candidate must be winnable."
He believed the make-up of the PBRS Karambunai division protem committee consisting of professionals and qualified personnel as well as with the programmes already implemented by them even before their application to join PBRS was accepted would be a plus point.
Earlier, about 400 people led by protem chairman, Dr Zhamriee Ibni Gulam Rasul handed over the application forms to Kurup, who was accompanied by Deputy President Datuk Ellron Angin.
PBRS claimed it has 95,000 members throughout Sabah.
In his speech, Kurup said PBRS had been dubbed a small party by many but he was rest assured the BN top leadership had made it clear that PBRS is given an equal voice as the other bigger component parties.
PBRS is also in the process of injecting new blood into the party and Kurup announced that his two sons, Arthur and Ryan, were also assisting the party.
"Under the current political landscape we need new approaches to face challenges now and in the future," he said.
Kurup added that PBRS being among the most senior parties in the BN should not have its loyalty questioned.
"PBRS was formed with the main belief that Sabah must be under the BN umbrella as only through BN can the people and State enjoy development.
This was proven when the party (PBS) that had objected to the entry of BN (Umno) before had now returned to the coalition's fold," he said.
He said PBRS in its history had faced more bitter than sweet experiences.
"There were people who joined the party but once they could not get what they wanted, because they don't understand what the struggle of the party is all about, they left," he said.
"What is important is our sincerity in joining the party and PBRS had never attempted to confuse the people of Sabah. We use fairness and justice to fight for the rakyat," he said.
Also present were Sec-Gen. Dr Johnson Tee and Supreme Council members.

8 sekolah di P182 Pensiangan dipilih program sekolah lestari

Kurup menyampaikan kit pemeriksaan air kepada peserta Bengkel Rakan AlamTraining For Trainers bagi sekolah yang terpilih sebagai galakan untuk menjalankan River Rangers di sekolah masing-masing. Turut kelihatan Abdul Razak Manaf, Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Sabah.



Keningau : Sebanyak lapan buah sekolah di kawasan P.182 Pensiangan terlibat dengan Program flagship Sekolah lestari di bawah Program Rakan Alam Sekitar (RAS) anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar disini. Program tersebut merupakan satu usaha masa depan yang sangat penting dan inisiatif kerajaan bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap isu-isu alam sekitar.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Tan Sri Joseph Kurup berkata, untuk mencapai sasaran tersebut kerajaan percaya bahawa laluan terbaik adalah dengan memberikan perhatian kepada golongan muda khsuusnya dikalangan pelajar sekolah rendah dan menengah

Beliau berkata demikian di majlis Perasmian Penutupan Bengkel Training-for- Trainers Rakan Alam Sekitar Peringkat P.182 Pensiangan yang dihadiri oleh guru-guru dari lapan buah sekolah yang terpilih. Bengkel Rakan Alam Sekitar (Training For Trainers) Parlimen Pensiangan merupakan aktiviti perintis di bawah kendalian Rakan Alam Sekitar (RAS) yang berlandaskan kepada usaha untuk menangani isu pencemaran dan kerosakan alam sekitar

“Golongan muda mempunyai tahap keprihatinan dan sifat ingin tahu yang tinggi terhadap keadaan sekeliling inilah yang perlu digilap, dibimbing dan digunakan dengan baik dan positif,” kata Kurup yang juga Ahli Parlimen 182 Pensiangan.

Namun kata Kurup, program itu bukanlah bertujuan untuk menambah tekanan atau bebanan kepada tugas dan tanggungjawab seorang guru pada masa kini.

Ini kerana kata Kurup banyak komponen dari program itu boleh dijadikan sebahagian dari bahan mengajar yang secara tidak langsung didedahkan dengan elemen sains, biologi, kimia, skil menulis laporan dan keusahawanan.

Objektif utama bengkel tersebut adalah untuk memberi pendedahan secara hands-on kepada guru-guru yang terlibat secara langsung di dalam melaksanakan program Sekolah Lestari di sekolah masing-masing

Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan kerjasama Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) di bawah program Corporate Responsibility (CR) mereka.

Bengkel selama 2 hari itu juga turut berkongsi pengalaman kejayaan daripada pemenang Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar Malaysia dari Pengetua Cemerlang SM St. Micheal (Penampang), demonstrasi membuat enzim dan aktiviti lapangan Hands on River Rangers di Sungai Ambual.

Lapan buah sekolah di kawasan Pensiangan yang terlibat dengan program itu ialah SK Salinatan, SMK Nabawan II ,SK Ambual,SMK Tulid, SMK Sook, SK Sinaron Tengah, SJKC Cheng Ming dan SK Binakaan. Lapan buah sekolah ini juga turut menerima sumbangan cek sebanyak RM2,500 bagi setiap sekolah untuk menjalankan aktiviti kesedaran dan pendidikan alam sekitar di sekolah masing-masing.