Saturday, January 1, 2011

PBRS N.34 Liawan lancar FB Aduan Rakyat Liawan

AJK PBRS N.34 Liawan

Keningau : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.34 Liawan melangkah satu lagi fasa untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan pemimpin di kawasan itu dengan program yang bakal diadakan tahun ini. Parti berkenan yang kini diterajui oleh pemimpin muda dari kalangan pemimpin pelapis PBRS sebelum ini bertekad untuk memperkasakan lagi kerjasama dengan parti-parti komponen dan wakil rakyat di kawasan itu.

Ketua Bahagian PBRS N.34 Liawan, S.Cornelius Lasim berkata, parti itu akan terus mempergiatkan kegiatan pergerakan dan pemudanya, menggerakkan parti itu sehingga ke peringkat cawangan dan menambah keahlian melalui pendaftaran pengundi.

Cornelius berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Agung Tahunan parti itu disini.

Sehubungan dengan itu kata Cornelius, penglibatan ahli-ahli parti itu adalah sangat penting. Turut hadir di majlis itu Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBRS, Francis Yantim dan EXCO Wanita, Rohaini Gubat.

Katanya antara usaha PBRS di kawasan itu ialah dengan melancarkan laman sosial Facebook bernama Aduan Rakyat Liawan, sebagai salah satu saluran parti itu mengutarakan keluhan, rintihan atau cadangan rakyat di kawasan itu yang mungkin terlepas pandang.

“PBRS adalah rakan tidak bermusim BN dan laman sosial ini adalah bertujuan untuk menjadi saluran kita untuk memantau rakyat di kawasan ini, membantu pemimpin kita (wakil rakyat) dan mana-mana aduan yang memerlukan perhatian pihak berkenan PBRS akan menyampaikan kepada pihak berkenan,” kata Cornelius.

Katanya, sebagai rakan komponen BN, PBRS juga memainkan peranan penting dan tanggungjawabnya. Oleh itu katanya PBRS akan terus berganding bahu dengan pemimpin di kawasan itu yang diwaklili oleh UMNO, salah satu komponen BN.

“Walaupun kawasan ini tidak diwakili oleh PBRS, tetapi kita (PBRS) terus memperjuangkan aspirasi parti ini dan berterima kasih kepada pemimpin disini kerana ada diantara ahli kami yang mendapat kedudukan dalam kerajaan,” ujar Cornelius yang telah dipilih sebagai Ketua Bahagian Liawan pada tahun 2010.

Cornelius berkata bahawa laman facebook itu adalah salah satu cara terkini yang digunakan secara meluas.

Beliau juga menyarankan ahli-ahli parti itu agar terus merapatkan hubungan dengan rakyat.

“Sahut seruan Perdana Menteri agar kita merapatkan hubungan dengan rakyat dan tidak semata popular di kalangan parti, tetapi sebagai ahli politik yang popular di kalangan rakyat,” kata Cornelius. Turut sama dalam mesyuarat tahunan itu ialah Ketua Wanita, Carol Udang @ Norfadillah Abdullah dan Ketua Pemuda, Dean Miguel Buringkut.

No comments: