Saturday, April 25, 2009

Warga Emas 80 tahun dapat bantuan rumah





Keningau : Seorang warga emas, Siningga Sibah, 80 tahun yang tinggal bersendirian di rumah yang diperbuat dari bambo mendapat kelulusan serta merta sebuah rumah melalui Projek Bantuan Rumah Persekutuan.



Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup yang melawat sendiri Sinninga Sibah dirumahnya di Kampung Tinagalan sempena majlis Pemimpin bersama rakyat dan penyerahan 85 keping borang keahlian PBRS, berkata, wanita itu juga turut dibantu agar menerima bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan melalui Projek Cari.



Siningga, yang mengenali Kurup berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membantunya dengan pembinaan sebuah rumah yang memberi keselesaannya yang sakit-sakit.



Dalam pada itu Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, kerjasama dari pemimpin di peringkat akar umbi adalah amat penting agar sasaran kerajaan mencapai matlamatnya.

" Tolong hantar maklumat mengenai sasaran kita agar mendapat bantuan dari kerajaan," kata Kurup.

beliau juga berkata, beliau masih kurang berpuas hati dengan jumlah penerima bantuan melalui Projek Cari di kawasan Pensiangan.

" Masih ramai yang belum mendaftar dan kita harus membantu mereka ini. Pemimpin diperingkat akar umbi harus mainkan peranan," kata Kurup memberitahu media.
Turut menyertai Kurup ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook, Peter Beaty dan Ketua Daerah Sook, Yunus Kimin.

No comments: