Kahirin (kiri) bersama Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup menyiapkan rumah pasangan rumah warga emas di Kg.Kuala Biah, Keningau. Salah satu program pergerakan Pemuda.
Keningau : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian N.37 Sook mencabar Timbalan Ketua Pemuda Umno Pensiangan untuk menunjukkan apa yang telah mereka lakukan terhadap rakyat di kawasan Pensiangan.
Ketua Pemuda PBRS Sook, Kahirin Bador berkata, kenyataan Abi adalah satu penipuan besar yang kemungkinan disertai dengan perasaan cemburu melihat kebolehan PBRS di kawasan itu membantu rakyat.
“PBRS tidak terasa dengan kenyataan tersebut kerana rakyat tahu menilai kami dan kami telah bergerak di kawasan ini. Malahan sokongan terhadap PBRS juga semakin meningkat dengan pertambahan keahlian dan cawangan sama ada di Sook mahupun Nabawan,” kata Kahirin yang juga EXCO Pemuda PBRS.
“Pemuda PBRS menjemput Abi dan menunjukkan apa yang mereka telah lakukan untuk rakyat pensiangan, Pada masa yang sama pemuda PBRS akan menunjukkan apa yang kami telah buat untuk rakyat,” ujar Kahirin.
Katanya adalah satu pembohongan besar jika Timbalan Ketua Pemuda itu itu tidak melihat sumbangan dan peranan yang dilakukan oleh PBRS di kawasan itu. Malahan katanya, aktiviti-aktivti PBRS dan wakil rakyat banyak disalurkan di facebook pbrs sook, unitpemimpinkemajuanrakyat sook dan pensiangan press. Malahan laman web berita tempatan keningaukini juga banyak memaparkan aktiviti PBRS.
Kahirin juga juga menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno dan BN di Pensiangan agar menghentikan pertengkaran dalam akhbar yang hanya memberi ruang kepada pembangkang menghentam BN.
Beliau mengakui bahawa parti PBRS yang bekerja keras di kawasan itu dicemburui oleh rakan komponen sehinggalah mereka sanggup mencabuli semangat permuafakatan yang selama ini terjalin dengan baik.
“ Jika benar hanya Umno dan Bernard Maraat yang kuat sangat bekerja untuk rakyat di Pensiangan, sila tunjukkan bukti jangan cakap sahaja, kami pun ingin tahu juga, sebab adakalanya usaha kami diakui oleh orang lain” ujar Kahirin.
Setakat ini kata Kahirin, semasa kejadian banjir berlaku di Pensiangan , hanya PBRS dan Upko yang turun padang membantu rakyat.
“Setakat ini belum dilihat apa yang Pemuda Umno dan Bernard lakukan di Pensiangan. Malahan Bernard sendiri mempunyai lima tahun sebelum ini sebagai MP tidak membawa perubahan kepada rakyat di kawasan ini semasa mewakili PBRS sebagai Ahli Parlimen,” kata Kahirin.
Oleh itu katanya adalah lebih baik parti-parti komponen mendengar nasihat dan akur kepada amaran Timbalan Perdana Menteri bahawa PRU ke -13 adalah yang sengit , dan jika mereka takut Pensiangan jatuh ke tangan pembangkang maka ada lebih baik parti-parti komponen kembali kepada semangat permuafakatan yang terjalin baik selama ini.
Saturday, May 21, 2011
RM3.75 juta peruntukan jalan sejauh 56km Pengaraan-Karamatoi
Kurup dan Ellron membawa rombongan dari Jabatan Perdana Menteri melihat sendiri jalan yang dipohon oleh wakil rakyat sehingga ke Kg.Lumiri,Sook.
Keningau : Penduduk kampung yang jauh di pedalaman Sook danNabawan kini boleh menarik nafas lega. Ini kerana jalan yang menghubungkan penduduk itu untuk ke pekan berhampiran bakal diperbaiki termasuklah pembinaan jambatan baru.
Ini berikutan usaha Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup yang mengemukakan masalah jalan raya di kawasannya kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Kawasan yang terbabit ialah Kg. Pengaraan-Binanun-Lumiri-Mamagun-Bonor dan Karamatoi bakal berubah wajah apabila jalan raya dinaik taraf (bukan aspal) dan jambatan jambatan akan diperbaiki.Peruntukan itu melibatkan jalan raya sejauh 56km dan 7 buah jambatan.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, yang membuat pemantauan jalan baru-baru ini bersama sama dengan Jabatan Kerja Raya telah menghabiskan masanya meninjau jalan-jalan yang menjadi perhubungan utama penduduk kampung di kawasannya, termasuk membantu sebuah lori dan keluarga yang kandas di tengah hutan akibat jalan yang rosak.
Tidak membuang masa dengan keadaan itu beliau membawa masalah itu kepada Perdana Menteri di Putrajaya. Dan hasilnya sangat memuaskan apabila Perdana Menteri memberi peruntukan kilat untuk memperbaiki jalan-jalan terbabit.
Bagaimanapun, Kurup, tidak menghebahkan peruntukan tersebut sehinggalah rombongan dari Pejabat Perdana Menteri datang bersamanya melawat kampung-kampung yang terlibat.
Baru-baru ini Kurup dan Wakil Rakyat Sook, Datuk Ellron Angin membawa Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hj.Shukry Mohd Salleh dan Dato Ahmad Zaki AnsoreMohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah , Sektor Penyelarasan Projek Khas untuk sama-sama melihat keadaan jalan yang dilapor Ahli Parlimen.
Dalam ucapannya, Shukry mewakili Perdana Menteri mengucapkan syabas atas keprihatinan wakil rakyat membawa masalah rakyat. Beliau juga memuji usaha wakil rakyat di kawasan luar Bandar yang tidak pernah berputus asa mendapatkan peruntukan untuk kemudahan rakyat di kawasan mereka.
Pembaikan jalan serta jambatan itu menelan belanja RM3.75 juta yang akan dilaksana oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) serta merta dan jika tiada masalah cuaca akan siap menjelang Ogos ini.

PBRS telah bawa banyak perubahan di Pensiangan : Ketua Bahagian PBRS Nabawan
Nabawan : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian N.38 Nabawan mendakwa parti itu masih releven di kawasan Parlimen Pensiangan dan telah membawa banyak kemajuan serta pembangunan kepada rakyat.
Ketua Bahagian Paul Yambak berkata, dengan kerja keras parti itu di kawasan itu banyak perubahan berlaku dan parti itu juga mempunyai Pelan Tindakan Pembangunan yang menjurus kepada usaha berterusan pembangunan di kawasan tersebut.
Sehubungan dengan itu kata Paul, parti itu tetap akan mempertahankan kawasan Pensiangan pada masa akan datang.
“PBRS tetap akan mempertahankan kawasan ini dan kami juga menyokong kenyataan Presiden ,” kata Paul yang ditemui di sini. Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sempena perasmian mesyuarat perwakilan Umno P 182 Pensiangan.
Sementara itu, Simpil Andingos, Timbalan Ketua Penerangan PBRS berkata, PBRS selama ini tidak pernah melatah meskipun hanya diberi dua kuota kerusi DUN dan Parlimen.
“Kita meminta kepada rakan rakan komponen kita untuk menghormati kuota yang ada dan berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan,” ujar Simpil.
Kata Simpil, mungkin sesetengah pemimpin Umno mahu memancing undi untuk mempertahankan kedudukan mereka , tetapi mereka haruslah sensitive dengan kenyataan yang mereka keluarkan.
PBS nafi kenyataan ketua cawangan wakili parti, itu pendapat peribadi kata Alexander
Nabawan : Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) N.38 Nabawan menafikan sekeras-kerasnya satu kenyataan yang didakwa mewakili parti berkenan di akhbar rabu yang mendakwa Parti PBRS bukan asset BN.
Alexander Adut, yang ditemui dipejabatnya disini berkata, beliau kesal dengan kenyataan tersebut kerana dibuat tanpa pengetahuan beliau sebagai Ketua Bahagian dan AJK Bahagian.
“Kenyataan itu tiba-tiba keluar dan saya juga menerima banyak panggilan. Ini bukan dari kami, kami tidak terlibat,” kata Alexander.
Beliau yang turut ditemui oleh Penolong Ketua Penerangan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.38 Nabawan merangkap Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Empir Andigos, yang datang meminta penjelasan berkenan dengan kenyataan tersebut di pejabatnya.
“Kenyataan itu adalah kenyataan Jack Sangau sendiri dan pendapat beliau sendiri, Kami tidak pernah membincangkan hal tersebut “ kata Alexander.
Sehubungan dengan itu kata Alexander , apa pun yang diperkatakan dalam kenyataan itu adalah pendapat Jack Sangau sendiri.
Alexander juga memberitahu bahawa antara PBS dan PBRS di kawasan itu tidak ada masalah dan mempunyai hubungan yang baik.
“Kita bekerja dengan baik sebagai parti komponen BN dan kami menghormati parti ini (PBRS),” ujar Alexander.
Sementara itu, Simpil Andigos berkata tujuan parti PBRS menemui PBS adalah untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar berkenan dengan kenyataan Ketua cawangan PBS Kg.Nalasaran, Jack Sanggau.
“Kita tidak mahu keadaan menjadi keruh disebabkan oleh kenyataan oleh seseorang diperalat oleh pihak pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi di Pensiangan,” kata Simpil.
Pemuda, Wanita PBRS Sook pertahankan kenyataan Presiden
Keningau : Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian N.37 Sook yang mengadakan mesyuarat tergempar hari ini sebulat suara menyatakan sokongan penuh dan mempertahankan kenyataan Presiden PBRS,Tan Sri Joseph Kurup berkenan dengan kenyataan terbuka Naib Persiden UMNO Datuk Zahid Hamidi meminta kawasan Parlimen Pensiangan diberikan kepada parti itu (Umno) di masa yang akan datang.
Pengerusi Mesyuarat, Kahirin Bador yang juga ketua Pemuda PBRS N.37 Sook berkata, parti Umno seharusnya menghormati kuota parti komponen BN di kawasan itu dan tidak mencabuli permuafakatan dalam BN dengan kenyataan sedemikian.
“Kami menyokong kenyataan Presiden PBRS yang parti ini tidak memaksakan diri untuk bersama BN jika perjuangan dan kesetiaan parti kami tidak dihargai, ” kata Kahirin. Turut sama dalam mesyuarat tergempar gabungan itu ialah Ketua Pergerakan Wanita, Puan Sri Melinda Kurup.
PBRS diberikan kuota satu kerusi DUN (Sook) dan satu kerusi Parlimen (Pensiangan) namun sempena mesyuarat perwakilan UMNO P.182 Pensiangan yang dirasmikan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Zahid Hamidi secara terbuka meminta kawasan Parlimen Pensiangan diberikan kepada Umno pada pilihanraya yang akan datang.
Malahan kata Kahirin, dengan kenyataan sedemikian, Zahid Hamidi telah memberikan harapan kepada parti itu (umno) dan jika ianya tidak akan menjadi kenyataan tetap akan memberi kesan kepada prestasi calon BN pada pilihanraya yang akan datang.
“Pemuda dan Wanita PBRS kesal dengan kenyataan tersebut kerana secara tidak langsung tindakan itu mengabaikan semangat setiakawan dan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan oleh BN yang kita laungkan selama ini,” kata Kahirin.
Dalam pada itu Kahirin turut mencadangkan agar parti komponen BN di Sabah membentuk satu pakatan bersama (kecuali Umno) bagi membincangkan pendirian parti berkenan dengan tindakan Umno yang menuntut kerusi atau kuota parti lain dalam komponen.
“Non Umno alliance ini berperanan untuk menangkis persepsi rakyat tentang sikap umno yang dilihat seperti membuli parti komponen yang lain atas tindakan mereka yang membelakang dan seakan tidak menghormati parti yang diberi kuota dalam kawasan itu,” ujar Kahirin.
“ Ini menampakkan bukan sahaja PBRS dilihat dibuli oleh Umno dengan kenyataan terbuka meminta kawasan tertentu yang diwakili tetapi terdapat beberapa kawasan yang dimiliki oleh parti lain turut diminta oleh umno, kita tidak mahu ini melemahkan rakyat di kawasan kita” katanya.
Tambah Kahirin, Pendirian Pergerakan Pemuda dan Wanita bertegas mahukan penambahan kerusi bukannya pengurangan kerusi.
“ PilihanRaya Ke 13 mungkin bakal diadakan bila-bila masa. Permintan seumpama ini (secara terbuka meminta kerusi kuota parti komponen) serta harapan yang diberikan oleh pucuk pimpinan umno pusat bakal mencetuskan suasana yang akhirnya merugikan BN di kawasan ini. Sekaligus menjejaskan kapal BN secara keseluruhannya dengan tindakan sabotaj. Sejarah itu kita lihat di semenanjung ,” jelas Kahirin.
“Kami tetap mempertahankan kerusi PBRS yang ada sekarang iaitu DUN Sook dan Parlimen 182 Pensiangan,” tegasnya.
Kata Kahirin, PBRS juga adalah penyumbang sebagai akaun tetap BN di negeri ini.
Sebagai rujukan kata Kahirin, jumlah keahlian PBRS di DUN Sook berjumlah 14 ribu ahli tidak termasuk N.38 Nabawan. Ini bermakna, jumlah keahlian PBRS di Pensiangan lebih ramai berbanding keahlian Umno Pensiangan sebanyak 11 ribu sahaja.
Hati hati isu perkauman : Kurup
Keningau : Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup mengingatkan masyarakat di pedalaman agar berjaga-jaga dengan isu perkauman yang dibawa oleh pihak tertentu untuk memenuhi tuntutan politik mereka semata. Isu tersebut ujar Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, boleh memecahbelahkan perpaduan yang telah terbina sekian lama.
Kurup berkata demikian di majlis perasmian sambutan perayaan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Kecil Sook disini. Turut hadir, Wakil Rakyat Sook yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Pegawai Daerah Nabawan Bubudan OT Majalu dan para pemimpin masyarakat serta kakitangan kerajaan.
"Isu perkauman merosakkan perasaan setiakawan dan lebih banyak mendatangkan kerugian dari kebaikan," kata Kurup.
Beliau juga mengajak rakyat untuk meningkatkan perpaduan persaudaraan dan setiakawan.
"Pesta Kaamatan tempat sebagai gelanggang untuk mewujudkan persefahaman yang lebih erat dan perasan toleransi yang lebih luas lagi diantara semua lapisan masyarakat yang terdapat di daerah ini, " kata Kurup yang merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Beliau juga mengajak rakyat di pedalaman untuk mengukur dan menilai tentang kemajuan yang telah mereka capai pada tahun lepas dan dijadikan pedoman seterusnya ke hadapan.
Mengenai pembangunan di daerah itu ,, Kurup berkata dearah itu telah banyak mengalami perubahan sejak tahun 1985.
"Pelbagai infrastuktur telah dibina termasuk bekalan elektrik namun masih banyak lagi yang perlu diperbaiki,"ujar Kurup.
Usaha-usaha pembangunan Pekan Sook akan terus giat dilakukan.
"berbanding dimasa yang lalu kita tidak dapat menafikan bahawa perbezaan agak ketara di sekeliling kita," kata Kurup.
Tambah Kurup, tentu sekali banyak pembangunan dan banyak keperluan rakyat yang harus dilakukan di Sook namun bukan kesemua permintaan rakyat dapat dilaksana dengan sekelip mata.
Unduk Ngadau Sook 2011
Percubaan kali kedua untuk melangkah masuk pentas Dewan Hongkod Koisaan sempena pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Negeri hujung Mei ini tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai Unduk Ngadau Pesta Kaamatan 2011 peringkat Deaerah Kecil Sook disini. Bekas Naib Johan Unduk Ngadau Sook 2011, Cik Suzilia Amik, 19 dari Kg.Tulid Station diumum sebagai Ratu Unduk Ngadau mengenepikan 12 peserta yang lain untuk meraih gelaran "Ratu Unduk Ngadau".
Sementara itu Naib Juara disandang oleh Cik Wendy Inggu,18 dari Kg.Kawakahan dan Ketiga Avylah Venceslaus, 19 dari Kg.Kepayan. Pemenang lain yang mara ke pusingan akhir ialah Flora Longpin, Celviana John, Marie Catherine Robert dan Aemmy Fabian. Hadiah-hadiah disampaikan oleh isteri kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, Puan Sri Melinda Kurup dan Datin Maria Angin, isteri kepada wakil rakyat Sook yang juga Pembantu Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar.
Hadiah-hadiah lumayan itu disumbangkan oleh isteri wakil rakyat tersebut, penaja Nescafe dan Gaharu Asia sdn.bhd.
Rumah pasangan Andiwal dibina Pemuda PBRS
Keningau : Sepasang warga emas yang tinggal di sebuah rumah usang bakal mendiami rumah mereka tidak lama lagi. Pembinaan rumah konkrit telah disumbangkan oleh Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup kini sedang giat disiapkan melalui aktiviti gotong royong yang dijalankan oleh Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bahagian N.37 Sook.
Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.37 Sook, Kahirin Bador berkata, pasangan Andiwal Iwam,71, dan isterinya, bakal menduduki rumah itu tidak lama lagi.
“Pada ketika ini kami telah menyiapkan 80 peratus binaan rumah ini, kemungkinan dalam masa 8 hari ini rumah itu akan siap dan boleh didiami oleh pasangan tersebut,” kata Kahirin, yang ditemui ketika mengadakan gotong royong menyiapkan rumah di Kg.Kuala Biah disini.
Turut hadir membantu menyiapkan rumah itu ialah Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup, pergerakan pemuda PBRS Sook, Wanita PBRS, anggota RELA dan penduduk kampong yang turun tangan secara sukarela.
Pasangan itu mendapat perhatian Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan ketika mengadakan lawatan ke rumah pasangan itu di kampong tersebut pada Januari lalu.
Rakyat diminta jauhi demontrasi jalanan
Keningau : Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) , Tan Sri Joseph Kurup melahirkan kekhuatirannya dengan tindakan demonstrsi jalanan sebagai satu budaya baru yang dibawa oleh pihak luar, yang jika dibiarkan bakal menjadi gangguan ketenteraman awam dan perbalahan di kalangan berbilang etnik di kawasan pedalaman.
Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Balai Masyarakat Kg.Lintuhun Baru, Sook mengulas tindakan beberapa orang yang telah mengadakan Demonstrasi Jalanan di hadapan Pejabat Daerah Kecil Sook.
“Selama ini, rakyat di kawasan Pedalaman, khususnya Kawasan Sook, hidup dalam keadaan rukun dan damai. Semangat saling hormat menghormati, toleransi dan semangat kekitaan menjadi amalan hidup. Tidak pernah berlaku tindakan tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan walaupun sebesar mana masalah yang dihadapi oleh masyarakat di kampong”. Kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
“Mengambil bahagian di dalam Demonstrasi Jalanan adalah salah di sisi undang-undang. Walaupun Negara kita mengamalkan sistem demokarasi, tetapi jangan guna demokrasi sebagai dalil untuk memecahbelahkan rakyat dan memporakperanda ketenteraman awam. Jika kamu bersubahat dengan mereka yang mempunyai agenda betentangan dengan adat dan budaya kita, ini bermakna kita turut menyumbang kearah memusnahkan perpaduan yang selama ini dipupuk dan dipelihara serta diharapkan oleh kerajaan kita. Jika hal ini terjadi, siapa yang rugi?.” Ujar Kurup.
Ahli Parlimen Pensiangan itu mengingatkan bahawa tindakan tersebut adalah merugikan diri sendiri dan keluarga tetapi masyarakat secara keseuruhannya.
“Walaupun bukan semua masalah dapat diselesaikan dengan serta merta, tetapi dengan keprihatinan kerajaan yang mendahulukan rakyat, pasti ada penyelesaian tetapi memerlukan sedikit kesabaran dan masa. Tindakan menerusi perbincangan dengan semua pihak merupakan pendekatan bagi mencari penyelesaian secara menang-menang dan bukan menerusi Demonstrasi Jalanan”. Katanya.
Kurup berkata, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.
Katanya, beliau meminta kepada pihak yang bertanggungjawab membawa budaya itu supaya “menghentikannya dan membawa balik budaya itu di tempat asalnya”.
Dalam pada itu beliau menyeru kepada masyarakat di kg Lintuhan Baru menggunakan badan JKKK sebagai saluran untuk menyelesaikan masalahmengikut peringkat pentadbiran.
Pastikan jalan raya sentiasa diselenggara : MP
Keningau : Jabatan Kerja Raya dan syarikat Kekal Mewah diminta untuk sentiasa menyelenggara jalan dibawah selian mereka terutama yang berisiko. Ini kerana jalan-jalan tersebut sangat penting sebagai laluan utama para pelajar dan penduduk kampong membawa hasil kebun mereka.
Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata demikian ketika memantau keadaan jalan raya di Kg. Sri Menanti bersama Adun Sook Datuk Ellron Angin, JKR dan Kekal Mewah disini.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kemudiannya membawa masalah mengenai jalan-jalan raya di kawasan Sook di mesyuarat susulan bersama JKR Negeri untuk diambil tindakan.
Sementara itu seorang penduduk Kg. Sri Menanti, Suhaimin Gontorik berkata, mereka sangat berbesar hati dengan lawatan turun padang kedua dua wakil rakyat tersebut walaupun tidak dijemput ke kampong tersebut.
“Inilah pemimpin yang kita mahu kerana melihat rakyat malahan datang mengejut,” kata Suhaimin.
Wednesday, May 4, 2011
Unduk Ngadau Sook sempena Pesta Kaamatan buka penyertaan
Keningau : Sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Sook pada 15 Mei 2011 ini. Ahli Jawatan Kuasa Pengelola Pertandingan Unduk Ngadau mempelawa beliawanis dari sekitar daerah ini untuk menyertai pertandingan unduk ngadau yang merupakan acara penting siginifikan kepada legenda Huminodun.
Setiausaha AJK Penganjur, Noemi Dulau berkata, pertandingan itu dibuka kepada beliawanis yang dilahirkan antara 1 Januari 1986 sehingga 31 Disember 1993.
Katanya, peserta haruslah telah menetap di kawasan pentadbiran Daerah Kecil Sook sekurang-kurangnya enam bulan dan berbangsa Kadazan/Dusun/Murut atau Sino atau bapa berbangsa KDM dan mestilah warganegara.Berketinggian 5' 2 " ( 5 kaki 2 inci)
Borang-borang penyertaan bolehlah diperolehi melalui Cik Noranizah Muhidin (Pekan Sook) No Tel : 0146741613, Cik Noemi Dulau Di Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan No Tel 087-336908 dan Puan Stephanie Imon di Pejabat Daerah Kecil Sook No Tel : 087- 365911/ 087-365912.
Menurut Noemi, raptai penuh akan diadakan pada 9 Mei 2011 (Isnin) bermula jam 9.00 pagi-11 pagi (pendaftaran ) 11.00 pagi-1 petang (raptai) bertempat di Dewan Masyarakat Sook.
Sehubungan dengan itu kata Noemi, borang-borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum 9 Mei ini iaitu sebelum raptai penuh diadakan.

LAGI PERUBAHAN DI KG.SANANG, SOOK.
gereja baru
Kampung Sanang dihuni oleh masyarakat kaum Murut. Sebelum ini perkampungan mereka terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Mandalom. Pernah mendapat notis pengusiran dari Jabatan Hutan dengan alasan kononnya seorang penduduk membina struktur di kawasan perkampungan. Namun hasil campurtangan YB Ahli Parlimen Pensiangan dan dialog bersama Jabatan Hutan di kampung itu telah selesaikan masalah. YB Tan Sri, yang juga seorang peguam berkata, penduduk di kampung itu berhak membina rumah di kawasan dimana mereka dibenarkan dan tidak menyalahi undang-undang.
Kg.Sanang adalah antara kampung yang telah dibubarkan dari status hutan simpan.
Penduduk di kampung ini juga boleh dikatakan sebagai penduduk yang patuh dan warak. Bukan sahaja menghormati undang-undang negara malahan pengikut agama Kristian SIB yang taat.
YB Ahli Parlimen Tan Sri Joseph Kurup telah memberikan peruntukan membina rumah ibadat gereja SIB yang baru. Yang telah dirasmikan pada 1hb Mei 2011.

Teks Ucapan YB Tan Sri Joseph Kurup , Perasmian Program Pemimpin Bersama Penternak & Kempen Belia Akar Umbi
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia merangkap
Ahli Parlimen 182 Pensiangan
Sempena Majlis Perasmian Program Pemimpin Bersama Penternak dan Kempen Belia Akar Umbi anjuran Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah, Pada 29hb April 2011 (Jumaat), di Dewan Kelab Belia KBSS, Nabawan, Sabah.
Tuan Tuan dan Puan puan yang saya hormati sekalian,
Pertama kali , saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput saya untuk bersama-sama dalam majlis yang sangat bermakna ini.
Sememangnya kerajaan begitu memberi perhatian yang begitu istemewa sekali terhadap golongan belia. Belia mempunyai satu jabatan malah satu kementerian khas dalam kabinet persekutuan iaitu Kementerian Belia dan Sukan , dibawah Yang Berhormat Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek untuk menjaga belia-belia. Betapa pentingnya kementerian ini sehinggakan ia pernah dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri , Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak. Menteri Belia dan Sukan yang pertama juga tidak lain tidak bukan ialah Yang Teramat Mulia Tengku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Dalam kementerian tersebut bersamaan dengan kementerian-kementerian yang lain yang diterajui oleh BN dibawah pimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah mewujudkan dan sentiasa mengujudkan beberapa peluang dalam pelbagai bidang khas untuk belia dan beliawanis. Objektifnya sememangnya ketara iaitu keprihatinan kerajaan BN melihat supaya belia dan beliawanis diberi senjata untuk menghadapi cabaran yang bakal kamu temui. Sehubungan dengan ini, saya menyeru kepada belia-belia untuk menerokai peluang-peluang ini demi kemajuan kamu semua sekarang dan generasi akan kemudian.
Namun begitu dan mungin ramai yang bertanya, siapakah sebenarnya yang dinamakan ‘belia’ atau dalam bahasa Inggeris ‘ youth’ ini?
Jawabannya menurut Jabatan Belia dan Sukan, adalah semua individu, lelaki dan perempuan warganegara Malaysia, yang berumur antara 15 hingga 40 tahun.
Sebab itulah saya katakana tadi bahawa majlis ini sangat bermakna. Kerana program ini merupakan salah satu tanda komitmen dan keprihatinan Kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat khususnya kumpulan belia kita. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, sudah pasti kami tidak mahu melihat belia-belia ini hidup merana.
Ini disebabkan golongan belia merupakan jumlah yang majority dalam negara ini, kejayaan atau kegagalan belia kita juga adalah penentu kejayaan dan kegagalan negara kita. Jadi, amatlah tidak boleh diterima akal jika ada pihak yang mengatakan bahawa kerajaan tidak peduli akan golongan belia terutamanya di kawasan pedalaman ini.
Tiada guna kerajaan membawa masuk pelaburan berbiliion Ringgit, membina pelbagai infrastuktur seperti sekolah, hospital, lapangan terbang, lebuh raya, pelabuhan dan sebagainya sekiranya golongan belia terus mundur dari segi mental dan kemampuan.
Jika tidak, negara kita akan menjadi seperti kebanyakan negara lain yang mempunyai banyak hasil bumi, mampu membuat senjata nuclear dan bermacam-macam lagi tetapi rakyatnya, khususnya golongan belianya, hidup tidak menentu. Sehinggakan ramai pula yang datang mencari makan di sini. Mereka sanggup hidup susah dengan gaji yang kita anggap kecil. Bekerja sebagai pekerja ladang, buruh binaan, pembantu rumah dan lain-lain lagi pekerjaan yang tidak dipandang lagi oleh belia kita. Kita tidak mahu segala kemewahan dan kemudahan negeri kita akhirnya dinikmati oleh para pendatang pula, semata-mata kerana belia kita tidak mampu dari segi ekonomi dan ilmu pengetahuan.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Atas kesedaran inilah , Kerajaan sudah lama membuat pelbagai usaha dan program untuk membantu menaikkan taraf ekonomi dan pengetahuan golongan belia sekalian.
Ini termasuklah dalam sector pertanian yang kini ternyata sudah sama penting dengan sector-sektor lain seperti industry. Lihat sahajalah harga pertanian termasuk ternakan seperti kambing, sapi, ayam dan itik sekarang. Juga hasil tani seperti buah-buahan, sayur –sayuran, koko, kopi dan jagung, bukan kelapa sawit dan getah sahaja.
Ramai sudah yang mendapat hasil yang sangat lumayan dalam sector pertanian dan penternakan ini. Ada juga yang sudah menjadi jutawan. Ini terbukti semasa Keraaan menganjurkan ekspo-ekspo pertanian dan industry asas tani seperti MAHA di Kuala Lumpur. Media juga selalu melaporkan mengenai kejayaan-kejayaan para usahawan tani ini.
Oleh sebab potensi bidang pertanian dan penternakan ini sangat besar degan permintaan yang terus meningkat baik dari dalam dan luar negeri, maka Kerajaan tidak mahu golongan belia kita ketinggalan. Justeru, kita telah memutuskan supaya golongan belia diberikan bantuan serta segala sokongan yang kita mampu.
Walaupun kita mahukan para belia sekalian mampu berdikari, Kerajaan tetap prihatin dengan masalah yang pasti timbul. Buktinya, kita bukan berikan sapi atau kambing atau itik sahaja, kita juga berikan bantuan kewangan, di bantu bina kandang, diberikan kursus. Kalau jalan ke kebun rosak, boleh juga memohon bantuan. Jika pagar atau bumbung kandang rosak juga boleh dibantu. Jika ternakan kena penyakit Jabatan Veterinar boleh bantu. Jika tidak dapat jual hasil, FAMA boleh bantu.
Apa yang hanya kita harapkan sekarang ialah supaya saudara dan saudari peserta belia sekarang mempunyai semangat dan jati diri yang kuat untuk berusaha kuat.
Hadirin yang saya hormati,
Sesungguhnya bangsa kita bukanlah bangsa orang yang pemalas. Buktinya nenek moyang kita yang telah datang menetap di kawasan ini sejak dahulu kala lagi. Pada waktu itu, tiada jalan raya, tiada bekalan elektrik, tiada jentera. Tetapi nenek moyang kita mampu meneroka kawasan hutan tebal, mendaki gunung, melintas sungai dalam keadaan panas mahupun hujan ditambah pula dengan ancaman penyakit. Hidup juga kita disini beranak pinak sehingga sekarang.
Oleh itu saya menyeru semua peserta yang terbabit hari ini supaya janganlah mudah untuk berputus asa. Dalam hidup ini apa jua usaha atau kerja yang baik sudah pasti ada cabaran namun, ibarat kata pepatah, dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan. Sepertimana Tun Dr.Mahathir kata sekiranya kita gagal hari ini jangan berputus asa, gagal kali ke dua jangan jangan putus asa, berusaha terus usaha itu pasti akan berjaya dan berhasil.
Sebenarnya berjaya atau tidak terletak dalam tangan sendiri. Namun apa jua perkara yang baik, pasti akan ada pihak yang iri hati atau yang mahu mengambil kesempatan. Janganlah mudah terpedaya dengan hasutan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Anasir-anasir berniat jahat ini sememangnya suka memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan usaha kita. Mereka selalu ada sahaja cara yang kononya lebih baik, lagi bagus. Idea mereka sahajalah yang bijak dan kita sering diperbodohkan oleh mereka.
Tetapi sedarlah tuan-tuan dan puan-puan. Apa bukti yang mereka ini pernah berjya membantu rakyat? Khasnya golongan belia sekalian? Bercakap sahaja memang sangat senang. Bolehlah selesai masalah Cuma dengan membuat kenyataan dalam surat khabar dan media? Mereka ini cuma pandai memberi komen, mengutuk, bersorak dan berteriak di tepi-tepi jalan. Namun pernahkah mereka ini benar-benar memberikan apa-apa pun penyelesaian?
Tuan-Tuan dan Puan Puan yang saya hormati,
Kita bukan tin koson yang pandai bercakap sahaja.. Diam itu bukanlah bermakna kita tidak berusaha atau tidak tahu apa-apa. Kerajaan sebenarnya sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk membantu golongan belia di Bandar mahupun luar Bandar.
Saya akui ini semua memang belum cukup. Masih banyak yang perlu kita buat. Kita juga memang ada membuat salah dan silap. Ini kerana kita juga manusia. Kita akui ini. Tetapi yang penting ialah keikhlasan Kerajaan selama ini sudah terbukti dan akan terus dilaksanakan.
Selain itu, selaku Wakil Rakyat disini juga menyeru para peserta sekalian supaya janganlah mengambil mudah dengan cara menjual sapi atau kambing yang diberikan ini.
Sememangnya inilah jalan yang paling pantas untuk mendapatkan wang tanpa perlu banyak berusaha. Ingatlah bahawa wang yang didapat itu hanyalah sementara. Setelah habis semua bantuan di jual keadaan kamu akan kembali seperti sebelumnya. Sesungguhnya kata pepatah “ Kalau mahu seribu alasan kalau tidak mahu seribu dalih” amat benar. Jika saudara-saudari sekalian tekad dan sanggup berusaha, hasilnya pasti berjaya menjadi usahawan ternak atau tani yang berpendapatan tinggi.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Sekarang kita berada dalam dunia yang tidak mempunyai sempadan. Dalam keadaan seperti ini maka banyak yang tertarik dengan mengguna cara yang mudah. Seperti terlibat dalam gejala social. Kerajaan kita amat sedih dan merasa amat kecewa apabila beberapa belia dan beliawanis rakyat Malaysia ditangkap di negara-negara luar kerana terlibat menyeludup benda yang dilarang oleh undang-undang. Kes yang terkini ialah kes 10 rakyat Malaysia ditangkap di Auckland New Zealand kerana didapati ingin mendapatkan kewangan yang mudah melalui menyeludup dadah.
Dalam pada itu sata menyeru kepada para hadirin agar menjauhi daripada melakukan perbuatan seperti ini.
Selaku Ahli Parlimen Kawasan ini tentu sekalilah saya senang hati melihat penyertaan belia dan beliawanis dalam kursus ini. Ingatlah nasihat ini dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang kamu terokai.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan setinggi penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah kerana telah berjaya menganjurkan majlis ini dengan berjaya. Semoga pihak KBBS akan terus memantau dan membimbing para belia dalam program ini supaya menjadi orang-orang yang berjaya lagi membanggakan masyarakat.
Kepada para peserta belia yang menerima bantuan pula saya ucapkan syabas dan semoga maju jaya.
Dengan itu, sukacita saya merasmikan Program Pemimpin Bersama Penternak dan Kempen Belia Akar Umbi anjuran KBBS Daerah Nabawan Tahun 2011.
Terima Kasih

PBRS terus dekat dihati rakyat pedalaman
Keningau : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) semakin dekat di hati rakyat sekaligus menambahkan lagi kekuatan parti komponen Barisan Nasional (BN) di pedalaman. Terbaru parti itu menerima penambahan keahlian baru yang terdiri dari golongan belia melibatkan Cawangan Kampung Penagatan Ulu, Penagatan Laut dan Kg.Kesugui seramai 251 disini.
“Perjuangan PBRS bukan main-main. PBRS ikhlas dan komited kepada rakyat antaranya ialah perjuangan PBRS terhadap isu tanah hutan simpan yang kami usahakan sejak tahun 1985. Yang kini berjaya dibubarkan kerajaan kerana kami tidak pernah putus asa sama sekali untuk memperjuangkannya,” kata Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Penyerahan Borang Keahlian PBRS anjuran Pergerakan Pemuda PBRS N.37 Sook di Dewan Haji Gusman, Penagatan Ulu disini.
Turut hadir sama, Timbalan Presiden , Datuk Ellron Angin yang juga Adun Sook, serta ahli-ahli majlis tertinggi PBRS, Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda.
“PBRS berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah dan kerajaan Negeri yang membubarkan Hutan Simpan Mandalom dan Sook Plain Reserve dimana telah didiami sejak bertahun-tahun lamanya,” kata Kurup.
Namun kata Kurup masih banyak masalah berkenan dengan tanah dihadapan mereka yang perlu diselesaikan. Apa yang paling penting katanya ialah rakyat dan penduduk terbabit mematuhi peraturan yang digariskan oleh kerajaan.
“Kita berjaya menyelesaikan masalah tetapi kita tidak nafikan masih ada masalah masalah lain yang perlu diselesaikan,” kata Kurup yang merupakan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Dalam pada itu Kurup berkata, meskipun PBRS kalah dalam pilihanraya 1999 disebabkan sentimen rakyat yang dipengaruhi anti federal. PBRS tetap berjuang dan tidak pernah berputus asa.
“Sangat sukar sekali menjelaskan pada waktu itu .Kami (PBRS) kalah tapi kami tidak biarkan rakyat. Kami terus berjuang dan hasilnya kita lihat sekarang,”ujar Kurup.
Objektif PBRS dari dulu dan sekarang ialah membela hak dan nasib rakyat katanya.
“Apabila kita sertai PBRS, kita mesti bersikap jujur dan menyokong,” kata Kurup.
Sementara itu Ketua Pergerakan Pemuda PBRS N.37 Sook, Kahirin Bador berkata, penyertaan 251 ahli ke PBRS adalah terdiri dari golongan belia dari tiga buah kampong tersebut.
“PBRS sangat mengalu-alukan penyertaan mereka dan kami (PBRS) sedia menjadi saluran, dan ini menambahkan lagi kekuatan parti ini di kawasan ini sekaligus menambahkan semangat wakil-wakil rakyat kita dari PBRS untuk komited terus kepada rakyat,” kata Kahirin.

Penghantaran perkakas @ peralatan rumah untuk En.Andiwal Iwam,77 Kg.Kuala Biah ,Keningau
Disumbangkan oleh Ahli Parlimen Pensiangan merangkap Presiden PBRS. Rumah akan dibina secara gotong royong oleh Pergerakan Pemuda PBRS N.37 Sook.Penghantaran barang disaksikan Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda PBRS, En.Kahirin Bador, SU Pemuda Ramian Ayub, Pegawai Perhubungan P.182 Pensiangan Rozie Jumat dan ahli wanita PBRS, Ani Atak
Sentiasa selanggara jalan , JKR dan Kekal Mewah diingatkan
Keningau : Jabatan Kerja Raya dan syarikat Kekal Mewah diminta untuk sentiasa menyelenggara jalan dibawah selian mereka terutama yang berisiko. Ini kerana jalan-jalan tersebut sangat penting sebagai laluan utama para pelajar dan penduduk kampong membawa hasil kebun mereka.
Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata demikian ketika memantau keadaan jalan raya di Kg. Sri Menanti bersama Adun Sook Datuk Ellron Angin, JKR dan Kekal Mewah disini.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kemudiannya membawa masalah mengenai jalan-jalan raya di kawasan Sook di mesyuarat susulan bersama JKR Negeri untuk diambil tindakan.
Sementara itu seorang penduduk Kg. Sri Menanti, Suhaimin Gontorik berkata, mereka sangat berbesar hati dengan lawatan turun padang kedua dua wakil rakyat tersebut walaupun tidak dijemput ke kampong tersebut.
“Inilah pemimpin yang kita mahu kerana melihat rakyat malahan datang mengejut,” kata Suhaimin
Kurup menerima cenderahati dari pihak penganjur , Penatua Lingkungan Sarah berupa alat sumpitan sambil diperhatikan oleh Ketua KAwasan Gereja SIB Sook, Sokilim Andamat.
Keningau : Pembubaran status Hutan Simpan Mandalom yang melibatkan Kg.Sanang dalam Mukim Dalit membuktikan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.
Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata, Kg.Sanang adalah diantara kampung-kampung di kawasan Hutan Simpan Mandalom yang dibubarkan dan bakal diberikan geran komunal.
“Kita bersyukur kerana sebelum ini kita berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuklah notis pengusiran oleh Jabatan Hutan yang kita selesaikan dengan cara baik,” kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Gereja SIB Kg.Sanang disini. Sebelum itu beliau turut menyertai acara kebaktian di gereja itu bersama penduduk kampong sempena Kebaktian Pansaliluman Kali Ke-10.
Kurup berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa bersama dengan rakyat dan sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk rakyat.
Dalam pada itu beliau juga menekankan betapa pentingnya hormat menghormati antara satu sama dengan yang lain.
“Setiap agama mengajar kita kearah kebaikan dan kita diajar untuk menghormati yang lain,” kata Kurup. Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Kawasan Gereja SIB Kawasan Sook, Sokilim Andamat.

Hargai warisan budaya : Kurup
Nabawan : Warisan budaya masyarakat Bumiputera harus terus dipertahankan kerana ia adalah identiti bangsa. Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata, upacara perkahwinan suku kaum Murut mempunyai keunikan tersendiri, dan melambangkan kekayaan adat dan budaya kaum itu.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata demikian ketika menghadiri dan meraikan majlis ansakoi ( penghantaran berian terakhir) di Kg.Balaron, Sepulut disini melibatkan Penolong Setiausaha PBRS Nabawan, Stephen Lewin dan isterinya, Andios.
Kata Kurup, amalan adat istiadat di Pensiangan juga masih kukuh dan mencerminkan betapa tingginya kekuatan pegangan bangsa KDM di kawasan itu terhadap warisan mereka.
"Kita mahu ini terus dipertahankan demi maruah dan imej bangsa kita ," kata Kurup.
Kelihatan dalam gambar Kurup yang juga Presiden PBRS diberi penerangan untuk memecahkan batang tutuluk dari seorang pengamal adat sebagai tanda perasmian upacara ansakoi.

Biro Kebajikan PBRS lawat ahli di hospital
Kota Kinabalu : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) melalui Biro Kebajikannya melawat seorang ahli yang telah ditahan di hospital. Lawatan tersebut bertujuan untuk memberi semangat serta sokongan moral kepada Jani Gambar, dari Kg.Kalampun Sook di Hospital Queen 1 disini yang akan menjalani pembedahan.
Rombongan itu diketuai oleh Dr.Florentius Epin Banik. Dalam pada itu rombongan itu juga turut menyampaikan bantuan untuk menampung kos rawatan beliau.
PBRS melalui Biro Kebajikannya bukan sahaja membuat lawatan kepada ahli-ahlinya juga turut menjalankan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan mengadakan program perkhidmatan perubatan secara percuma terutamanya di kawasan P.182 Pensiangan.
Dalam pada itu Ketua Biro Kebajikan PBRS, Dr.Florentius Banik juga menggesa kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia agar mengambil tindakan segera mengatasi masalah prestasi kerja pembinaan Klinik Kesihatan Nabawan yang perlahan dan terhenti sejak 3 bulan yang lalu.
"Klinik itu sangat diperlukan oleh masyarakat di Nabawan, kami ada pengalaman kebanjiran pesakit yang datang ke program perkhidmatan perubatan sebelum ini," kata Dr.Florentius.
Oleh itu kata Dr.Florentius, pelaksanaan projek yang perlahan itu harus diperhebat kerana kemudahan itu sangat-sangat diperlukan penduduk di kawasan pedalaman.
Kelihatan dalam gambar, isteri kepada Timbalan Presiden PBRS, Datin Maria Angin yang juga ahli Biro Kebajikan menyampaikan sumbangan kepada Jani Gambar bagi menampung kos rawatan di hospital berkenan.
Turut hadir sama ialah anggota Pergerakan Exco Wanita dan Pemuda

Dua cawangan parti pembangkang bubar
Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dan mantan ketua cawangan SAPP (kiri) Lakim , Ketua Cawangan PBRS, Etingan @Ismail dan Minah, mantan ketua cawangan SAPP (kanan).
Nabawan : Hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti, cawangan parti pembangkang Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disini dibubar dan mengambil keputusan menyertai Barisan Nasional (BN) melalui Parti Bersatu Rakyat Sabah(PBRS) di sini.
Lakim Andikol,37, mantan Ketua Cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kg.Sarikan berkata, parti itu di Nabawan bukan sahaja kucar kacir dengan masalah malahan tidak ada perkembangan terkini yang menjurus kepada soal membela nasib rakyat.
“ Di kampong ini ramai yang menerima bantuan 1Azam, bantuan kebajikan dan juga bantuan rumah yang disalurkan oleh kerajaan, kita melihat kebaikan kerajaan yang bersungguh-sungguh dan sepatutnya inilah yang kita sokong,” kata Lakim yang turut membubarkan cawangan PKR di kampong tersebut.
Dan inilah sebabnya kami sertai BN melalui PBRS yang telah membuka mata kami bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang prihatin, ujar Lakim.
Beliau berkata demikian di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Penyerahan Borang Keahlian dan Perasmian Cawangan PBRS Kg.Sarikan disini. Borang keahlian diserahkan kepada Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan. Turut hadir sama Timbalan Presiden PBRS , Datuk Ellron Angin dan Ketua Bahagian PBRS Nabaean, Paul Yambak.
Sementara itu , Minah Ambiru @ Angdasab, 48, mantan Ketua Cawangan SAPP berkata, parti SAPP bersama dengan Presiden telah datang ke kampong itu pada tahun 2009, dan menubuhkan cawangan parti itu.
“Sejak dari itu mereka langsung tidak datang ke sini mahupun wakil dari pucuk pimpinan. Justeru itu kami mengambil keputusan untuk meninggalkan perjuangan parti ini yang tidak memperjuangkan nasib kami seperti mana yang mereka janjikan,” kata Minah.
Katanya, mereka memilih PBRS kerana melihat pembangunan yang dibawakan oleh parti itu kepada rakyat di kawasan luar Bandar.
Sempena majlis itu seramai 171 borang keahlian diserahkan oleh Ketua Cawangan PBRS Kg,Sarikan, Etingan @ Ismail Songoro kepada Kurup.
Kurup yang mengalu-alukan penyertaan itu berkata, rakyat menerima perjuangan parti itu yang komited kepada rakyat terutamanya usaha membasmi kemiskinan.

MP desak pembinaan klinik kesihatan ikut jadual
Nabawan : Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup menggesa Kementerian Kesihatan agar mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah kelewatan pelaksanaan projek klinik kesihatan daerah yang terbengkalai. Kerja-kerja tertangguh pihak kontraktor itu telah berlaku sejak tiga bulan yang lalu.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, sebagai wakil rakyat di kawasan itu, beliau sudah tentu sangat kecewa kerana projek itu yang sepatutnya siap pada Februari 2012 , adalah kemudahan yang sangat dinanti-nantikan oleh masyarakat di kawasan itu.
“Saya merasa tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini, pihak Kementerian Kesihatan harus membuat tindakan segera dan tegas untuk mengatasinya, kerana kita sangat perlukan kemudahan ini,” kata Kurup yang turut membuat lawatan ke tapak binaan klinik kesihatan tersebut disini. Bagaimanapun tidak ada tanda tanda kerja dilakukan.
Katanya adalah menjadi harapan beliau dan pemimpin di kawasan itu agar kemudahan tersebut dilakasana mengikut jadualnya.
“Keutamaan harus menjadi agenda utama kerana penduduk disini sangat memerlukan hospital. Statistik mengenai taraf kesihatan mereka (penduduk) bukanlah memuaskan,” kata Kurup yang turut menganjurkan beberapa program perkhidmatan kesihatan di kawasan itu termasuk bersama Mercy Malaysia.
Oleh itu kata Kurup, bagi pihak masyarakat di daerah itu, beliau merayu agar binaan kemudahan itu dipercepatkan.
Menurut sumber yang diperolehi dari Lembaga Pelawat Klinik Kesihatan, projek tersebut terbengkalai disebabkan oleh masalah kewangan pihak kontraktor.
“Projek ini adalah yang terbesar diberikan oleh kerajaan, maka kami merayu agar projek ini disiapkan seperti yang telah dirancang ,” ujar Ahmad.

PBRS Merotai terima kasih pembubaran tanah
Tawau : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian N.58 Merotai menyambut baik keprihatinan serta tindakan yang dilakukan kerajaan negeri dalam memberi jaminan hak rakyat terhadap tanah dan status tanah adat.
Ketua Bahagian PBRS Merotai, Thomas Majunga berkata, jaminan serta tindakan itu sangat dialu-alukan kerana masalah berkaitan dengan pemilikan tanah termasuh tanah adat di kawasan itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.
“Terima kasih atas keperihatinan kerajaan tentang tanah –tanah yang diambil oleh syarikat syarikat, dan kepada tanah-tanah adat yang tidak boleh dimiliki orang–orang kampong kini dikembalikan kepada mereka yang berhak,” kata Thomas.
Menurut Thomas tanah-tanah yang terlibat dikeluarkan kerajaan itu ialah Kg.Barantian, Kg.Landau (Ulu Merotai), Kg.Kadazan (Balung), juga Kg.Kampil dan Kg Narandang Kanibongan (Pitas).
“Ramai yang telah kehilangan tanah disebabkan tanah-tanah ini diambil oleh syarikat-syarikat . Kebanyakan yang kehilangan tanah ini adalah orang orang tempatan dan pesara kerajaan,” ujar Thomas yang merupakan bekas tentera.
Namun kata Thomas, kerajaan telah berpihak kepada rakyat dan itu adalah sesuatu yang sangat positif.
Thomas juga berkata perasaan orang-orang kampong juga sangat lega dan sangat bersyukur kerana Ketua Menteri memberi perhatian terhadap Tuntutan Tanah Adat. Ini disebabkan kata Thomas, ramai penduduk kampong di kawasan itu menghadapi masalah berkaitan.
Bukan itu sahaja kata Thomas, masalah dokumen pengenalan diri yang mengambil masa untuk diselesaikan di kalangan masyarakat tempatan juga diambil perhatian.
“PBRS merasa sangat sukacita dengan perkembangan ini selaku penyambung suara orang kampong kepada kerajaan, Dan ianya bertepatan sekali dengan slogan kerajaan Persekutuan mendahulukan rakyat” kata Thomas.

Timbalan Speker, Undur secara terhormat : Simpil
Simpil
Keningau : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menggesa Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dari parti pembangkang agar meletakkan jawatan secara terhormat. Ini kerana timbalan speaker berkenan bukan sahaja memburuk burukkan Barisan Nasional (BN) yang menjadi tunjang kepada kerajaan negeri Sabah, tetapi dalam masa yang sama mahu menjatuhkan kerajaan BN yang memberinya gaji dan kemudahan.
Ahli Majlis Tertinggi PBRS, Empir @ Simpil Andingos berkata, adalah sesuatu yang memalukan kepada anggota pembangkang itu kerana terus bertahan dengan jawatan tersebut.
“Gaji serta kemudahan beliau diberikan oleh kerajaan BN. Tetapi seperti yang kita ketahui semasa pilihanraya kecil di Batu Sapi, beliau memburuk burukkan kerajaan BN, dan berkempen untuk parti pembangkang. Tindakan tegas harus dilakukan terhadap beliau,” kata Empir.
Bukan itu sahaja kata Empir, pemimpin pembangkang itu sering menyalahkan kerajaan. Dan menggunakan kedudukan yang ada padanya menentang kerajaan semula.
Menurut Empir, Adalah lebih baik jawatan tersebut diberikan kepada anggota parti kerajaan, dan PBRS sedia memikul tanggungjawab tersebut.
“Untuk apa kita (BN) terus menerima khidmat beliau di DUN , BN mempunyai ramai calon berpotensi sebagai Timbalan Speaker,” kata Empir yang juga Timbalan Ketua Penerangan PBRS N.38 Nabawan.
Oleh itu kata Empir, beliau patut berundur dan meletakkan jawatan secara terhormat.
Empir yang juga Timbalan ketua Penerangan PBRS N.38 Nabawan berkata, PBRS di kawasan Pensiangan tidak pernah mengabaikan rakyatnya. Malahan keahlian PBRS di kawasan ini juga semakin bertambah.
Empir mengulas kenyataan Pergerakan Pemuda SAPP Tenom yang disiarkan di portal sabahkini.net.
“Pensiangan lebih baik pada masa sekarang, rumah-rumah panjang diperbaiki, pemberian rumah kepada rakyat yang layak dan kemudahan-kemudahan ini dibawa oleh BN melalui PBRS,” kata Empir.
Oleh itu kata dakwaan SAPP terhadap PBRS dan pembangunan di P182 Pensiangan adalah tidak berasas sama sekali.
Malahan kata Empir penyokong parti pembangkang itu juga berasa malu apabila melihat kemudahan dan perubahan yang dibawa oleh BN di kawasan itu.
“Baik dari Pakatan Rakyat dan SAPP sendiri ramai yang sertai PBRS sebab mereka melihat kerja yang dibawa oleh BN di kawasan ini, berbanding pembangkang yang hanya suka bercakap tapi tidak berbuat apa-apa apatah lagi untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya,” ujar Empir.
Tambahnya lagi, satu kejutan akan berlaku pada 2hb April ini yang membuktikan PBRS bukanlah parti yang calang calang meskipun dikatakan parti kecil.
“Parti ini bukan sahaja berjaya mendapatkan projek Klinik Kesihatan Nabawan, tetapi juga projek loji air untuk keggunaan penduduk daerah Nabawan, pembaikan rumah panjang yang sangat diperlukan rakya,” ujar Empir.
Parti-parti pembangkang bolehlah datang ke Pensiangan jika ada masa kelapangan, lihat dengan mata kepala sendiri, kata Empir.

Tuesday, May 3, 2011
Kebajikan PBRS kunjungi mangsa kebakaran rumah
Rombongan PBRS diketuai oleh Puan Sri Melinda Kurup menyampaikan sumbangan dan penghiburan kepada keluarga Eric, jiran Presiden PBRS di Keningau yang kehilangan sebuah rumah yang terbakar baru-baru
Keningau : Kesusahan yang menimpa seorang pesara kerajaan disebabkan kehilangan sebuah rumah dalam satu kebakaran disini , turut dikongsi rasa oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Selasa minggu lalu, pesara Jabatan Air, Eric @ Saimon Umbol, 68 kehilangan rumah di Rumah Murah Tuarid Taud.
Jiran Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup itu kehilangan semua harta namun tetap bersyukur kerana nyawa mereka sekeluarga selamat dalam musibah itu.
Dalam satu kunjungan oleh rombongan PBRS yang diketuai oleh Puan Sri Melinda Kurup, Eric dan isterinya, Catherine Anggal yang kini menumpang sementara rumah saudara di Kg.Binaong, tidak dapat menahan sebak atas ingatan tersebut.
Puan Sri Melinda Kurup, berkata , kunjungan itu selain memberikan sumbangan untuk meringankan beban semasa berhadapan dengan kesusahan itu juga adalah untuk bertujuan memberikan penghiburan kepada jirannya. Turut hadir ialah Ketua Bahagian PBRS N.33 Bingkor, Paul Mansiw dan Biro Kebajikan PBRS.

Ulang Tahun PBRS ke 17
Keningau : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyambut ulangtahun ke 17 dalam suasana sederhana namun cukup bermakna. Majlis sambutan itu disambut di sebuah hotel di daerah pedalaman dengan dihadiri oleh perwakilan dari seluruh negeri.
Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup berkata, PBRS telah melalui lebih banyak peristiwa pahit berbanding manis namun parti itu cukup tabah dalam perjuangannya kerana pegangan teguh kepada perlembagaan serta kepercayaan terhadap keadilan dan kebenaran, yang membuat parti itu terus berada pada hari ini.
Kurup berkata, parti itu telah memainkan peranan paling besar dalam usaha BN semasa ia menghadapi cabaran mengambil tampuk pemerintahan kerajaan Sabah pada tahun 1995. Ini termasuklah berhadapan dengan sentimen anti federal atau anti BN pada masa ketika itu yang memuncak. Namun PBRS, tetap memberi sokongan kepada BN kerana memikirkan nasib untung rakyat jika berpisah dengan kerajaan Persekutuan.
“Kerana peranan kita serta sumbangan yang diberikan kepada kita maka kerajaan BN wujud di Sabah, dan kini merupakan gabungan parti yang cukup kukuh dan kuat di negeri ini,” kata Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Beliau juga berkata bahawa parti itu dilabel sebagai parti kecil namun kata Kurup, jika parti itu diberi kerusi tambahan dalam pilihanraya yang akan datang, parti itu mampu menawan kawasan yang diperuntukkan (selain DUN Sook dan Parlimen Pensiangan).
Namun kata Kurup,sepanjang 17 tahun itu banyak peristiwa yang berlaku termasuklah nama baik parti itu tercemar dalam sejarah politik Malaysia. Termasuklah usaha pada peringkat awal parti itu diwujudkan dicemari dengan usaha membubarkan parti itu. Meskipun begitu kata Kurup parti itu terus berjuang dan kekal sehingga kini.
Bagaimanapun katanya, parti itu tidak dapat lari dari merasa terpinggir dan dianak tiri kerana telah mengalami banyak kehilangan. Antaranya jawatan senator, menteri, setiausaha politik dan ahli lembaga yang telah diambil alih oleh parti komponen dalam BN.
“Jika dibandingkan dengan parti PPP dan parti Gerakan, parti PBRS mendapat layanan yang berbeza ,” kata Kurup. Turut sama Timbalan Presiden , Datuk Ellron Angin, Ahli Majlis Tertinggi serta pergerakan wanita dan pemuda pusat.
Beliau juga turut meminta kerajaan negeri Sabah untuk mengambil tindakan terhadap Timbalan Speker yang disandang oleh seorang pemimpin pembangkang dan mengembalikan jawatan itu kepada PBRS, yang dahulunya adalah kuota PBRS.
“Salah seorang pemimpin pembangkang bergerak menjatuhkan pemimpin BN di kawasan pedalaman, dan semasa pilihanraya kecil di Batu Sapi beliau berkempen keras menjatuhkan kerajaan BN, tapi malangnya tidak ada tindakan dibuat ke atas orang ini yang menggunakan kemudahan yang diberikan kerajaan kepadanya untuk memburukkan kerajaan malahan menjatuhkan kerajaan yang ada,” kata Kurup.
Kata Kurup, beliau yakin Ketua Menteri yang mempunyai majority yang besar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) akan membawa usul ke dalam persidangan dan anamoli itu akan disokong oleh PBRS.
Beliau seterusnya menekankan bahawa PBRS adalah ibarat air yang dicincang tidak akan putus dan terus setia bersama BN.
Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, beliau bersyukur dengan keaktifan ahli-ahli yang terus memperkukuhkan PBRS dan atas kesedaran mereka terhadap perjuangan murni PBRS maka banyak petanda parti itu terus relevan dan menerima keanggotaan dari seluruh negeri termasuklah penubuhan bahagian-bahagian baru di kawasan pantai timur.

KK Ilik terharu keprihatinan masyarakat
Keningau : Semangat berkerjasama dan prihatin penduduk di Kampung Nandangan, Sook berjaya menyelamatkan harta benda seorang pemilik rumah kedai disini. Kebakaran yang berlaku bermula dari tingkat atas rumah kedai itu tidak disedari oleh pemiliknya kerana sibuk melayan pelanggan sementara anak-anak telah pun beredar ke sekolah.
Namun atas keperihatinan penduduk yang melihat asap tebal dari tingkat atas rumah itu, mereka telagh bergotong royong memadamkan api tersebut dari terus merebak.
Pemilik rumah, KK Ilik Ukim berkata ketika kejadian itu berlaku hanya isteri , bapa serta kakaknya berada di rumah, tetapi sibuk menjalankan urusniaga seperti kebiasaannya. Rumah kedai milik KK Ilik Ukim itu adalah diantara kedai yang berniaga berhampiran dengan Skim Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) , dan merupakan kawasan yang sentiasa sibuk di kawasan luar Bandar terutamanya di Bahagian Mukim Lanas, Daerah Kecil Sook.
KK Ilik berkata, beliau sangat berterima kasih di atas bantuan orang ramai yang memadamkan api tersebut seklaigus berjaya menyelamatkan harta benda.
Kata KK Ilik, kejadian kebakaran itu mengingatkan mereka kepada satu kebakaran dahsyat di sekitar kawasan itu yang menyebabkan kehilangan nyawa satu ketika dahulu.
“Saya sangat berterima kasih kepada orang ramai yang membantu keluarga saya semasa kejadian itu. Dan saya juga sangat bersyukur kerana anggota keluarga saya juga selamat,” kata KK Ilik Ukim yang menyatakan ketika kejadian itu berlaku beliau tidak berada di rumah kerana ada urusan.
Malahan kata KK Ilik Ukim, masyarakat prihatin yang membantu memadamkan api itu ada yang mendapagt luka sehingga mendapatkan rawatan jahitan.
Anggaran kerosakan akibat kebakaran itu dianggar RM10 ribu. Namun kata KK Ilik Ukim, yang penting keluarganya selamat dalam kejadian itu.
Sementara itu Pemaju Masyarakat , Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) N.37 Sook , Ramian Ayub berkata, kampung-kampung di DUN Sook diminta untuk menubuhkan pasukan bomba sukarelawan bagi menghadapi situasi yang tidak dijangka seperti yang berlaku di Kampung Nandagan.
“Pengetahuan asas menangani kebakaran sangat penting kepada penduduk di kawasan luar bandar,” kata Ramian .

Subscribe to:
Posts (Atom)