Tuesday, May 3, 2011

Kebajikan PBRS kunjungi mangsa kebakaran rumah


Rombongan PBRS diketuai oleh Puan Sri Melinda Kurup menyampaikan sumbangan dan penghiburan kepada keluarga Eric, jiran Presiden PBRS di Keningau yang kehilangan sebuah rumah yang terbakar baru-baru


Keningau : Kesusahan yang menimpa seorang pesara kerajaan disebabkan kehilangan sebuah rumah dalam satu kebakaran disini , turut dikongsi rasa oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Selasa minggu lalu, pesara Jabatan Air, Eric @ Saimon Umbol, 68 kehilangan rumah di Rumah Murah Tuarid Taud.
Jiran Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup itu kehilangan semua harta namun tetap bersyukur kerana nyawa mereka sekeluarga selamat dalam musibah itu.
Dalam satu kunjungan oleh rombongan PBRS yang diketuai oleh Puan Sri Melinda Kurup, Eric dan isterinya, Catherine Anggal yang kini menumpang sementara rumah saudara di Kg.Binaong, tidak dapat menahan sebak atas ingatan tersebut.
Puan Sri Melinda Kurup, berkata , kunjungan itu selain memberikan sumbangan untuk meringankan beban semasa berhadapan dengan kesusahan itu juga adalah untuk bertujuan memberikan penghiburan kepada jirannya. Turut hadir ialah Ketua Bahagian PBRS N.33 Bingkor, Paul Mansiw dan Biro Kebajikan PBRS.

No comments: