Sunday, April 19, 2009

Bencana Alam Jejas Perancangan Pembangunan di Sook


Keningau : Bencana alam yang berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook telah menjejaskan sebahagian perancangan pembangunan di kawasan itu. Namun kata Ellron , dengan adanya bantuan tambahan dari peruntukan khas Ketua Menteri dan kerajaan Persekutuan , beliau yakin masalah itu dapat diatasi.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Angin berkata, tabung peruntukan beliau banyak digunakan untuk membantu rakyat yang ditimpa bencana alam , iaitu banjir yang berlaku pada Januari lalu dan angin kencang pada April.

Ellron yang merupakan Adun Sook berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran dan Perasmian Anggota Rela Gabungan Kampung Bomboi dan Kg Kiporing di Balai Raya Kg Bomboi disini.

Kata Ellron , kebajikan mangsa bencana alam adalah keutamaan beliau, kerana beliau memahami keadaan mereka yang terdiri dari kalangan yang kurang berkemampuan. Semantara banyak kemudahan yang terpaksa diperbaiki, dipulihkan atau dibina semula menggunakan tabung adun beliau bagi memastikan kesejahtaraan rakyat diutama.

Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Rela Daerah, Venantius Masingga, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sook , Charles Ikang dan Exco Pergerakan Wanita PBRS , Rozie Jumat.

Mengenai penubuhan Rela di dua buah kampong itu, Ellron yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata, selaku wakil rakyat di kawasan itu beliau amat mengalu-alukan penubuhan unit beruniform itu , dan memuji usaha yang dilakukan oleh penduduk.

“ Saya percaya mereka yang menyertai Rela adalah berhati murni kerana unit beruniform ini tidak menjanjikan pendapatan , sebaliknya lebih kepada kerelaan hati individu yang cintakan keamanan dan kesejahteraan,” kata Ellron.

Majlis pelancaran itu turut disetai oleh anggota Rela dari kawasan Meninipir , Bingkor Baru, Menawo dan Penagatan Ulu.

Ellron juga turut menasihati anggota Rela agar sentiasa menjaga nama baik dan maruah unit beruniform itu.

Katanya, keadaan sudah jauh berubah , dan kampung-kampung di kawasan luar Bandar turut terdedah dengan jenayah, sehubungan dengan itu kata Ellron, kewujudan Rela dikampung –kampung boleh memainkan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan.

No comments: