Saturday, August 1, 2009

PBRS anjur Kempen Derma Darah pada 8hb Ogos ini


Kota Kinabalu : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akan mengadakan kempen derma darah sempena Bulan Kemerdekaan dan Pra Ramadhan hujung minggu ini disebuah pusat beli belah disini. Kempen ini juga turut mendapat kerjasama dari Ikatan Relawan Malaysia (Rela) yang akan turut mengadakan pengambilan ahli sempena kempen tersebut.

Pengerusi penganjur Puan Zainon Hj Kayum Khan berkata, orang ramai adalah dijemput untuk menyertai kempen derma darah iut yang bertujuan untuk membantu memastikan bekalan darah di Unit Tabung Darah adalah mencukupi pada bulan Ramadan ini.

Beliau juga berkata Program Derma Darah merupakan satu daripada Program Kebajikan Parti PBRS yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda & Biro Kebajikan PBRS dan Tabung Darah , Jabatan Kesihatan.
Kempen derma darah pada 8 Ogos (Sabtu) itu bermula dari jam 10 pagi sehingga jam 5 petang bertempat di City Mall.
Menurut Zainon, yang juga Exco Wanita PBRS, bersempena dengan kempen pada hari itu juga , satu program Program pengambilan ahli RELA akan dijalankan.Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan kepada Pengarah RELA , Samsudin Lawe di pejabatnya disini. Rela Sabah turut memberi kerjasama dan menyokong kempen derma darah tersebut.

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah, Vincent Lee berharap disamping membantu pihak RELA dalam meningkatkan keahlian anggota, Peranan RELA dalam Masyarakat juga dapat dijelaskan pada hari tersebut. Beliau berkata keahlian sebagai sukarelawan terutama untuk menjamin keselamatan setempat adalah amat penting kepada keluarga dan masyarakat kita pada hari ini. Kesatuan diantara anggota relawan dari berbilang kaum, agama dan bangsa juga mampu mewujudkan satu masyarakat yang bersatu dan harmonis.

"Dengan sokongan dari semua pihak saya percaya RELA mampu menjadi penggerak penting dalam pembangunan 1 Malaysia yang disarankan oleh perdana menteri kita," kata Vincent. .

Oleh yang demikian Vincent berharap orang ramai dapat memberi sokongan kepada Program Pengambilan Ahli dan juga Kempen Derma Darah yang akan diadakan Sabtu ini.
Kelihatan dalam gambar dari Kiri Dr. Florentius, Pn Zainon Hj Kayum (Pengerusi Penganjur) En. Albert Anjilus (Ketua Pemuda, Kepayan), En. Samasuddin Lawe (Pengarah RELA Negeri Sabah) , En Posoh Diamon & Cik. Lesziana AK. Telling Du (Pegawai Rela)

No comments: