Saturday, August 1, 2009

PBRS sensitif kepada rakyat







Keningau : Parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili suku kaum KDM harus diberi keutamaan untuk menjaga dan melindungi suku itu sekiranya terdapat kawasan baru diwujudkan dalam persempadanan baru yang sedang dijalankan pada ketika ini melibatkan kawasan-kawasan KDM.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup berkata , rakyat KDM juga harus bersatu padu dan memberikan sokongan yang kuat kepada parti KDM yang selama ini berjuang untuk pembangunan , menghormati budaya serta melindungi agama.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Syumber Asli dan Alam Sekitar berkata, terdapat parti komponen yang menuntut kawasan baru di pedalaman, dan mahu kawasan itu diberikan kepada parti mereka.

“ Ini bukan satu tindakan yang baik oleh rakan kita , tetapi satu bentuk penindasan, oleh itu permintaan mereka (parti) haruslah munasabah dan sepatutnya kita duduk bersama untuk membincangkan mengenai soal tersebut,” kata Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.
Menurutnya dalam pelan persempadanan baru itu Mukim Trans Pegalan dalam kawasan DUN Sook akan terlibat dan terletak dalam kawasan baru di masa yang akan datang.
Kata Kurup, rakyat juga harus sedar bahawa sokongan mereka adalah sokongan yang sangat berkualiti , dan mereka harus mengelak dari dijadikan alat untuk mereka yang mahukan kuasa kemudiannya tidak dapat berbuat apa-apa apabila ianya menyentuh mengenai budaya dan agama KDM.

Oleh itu katanya, rakyat KDM harus bersatu padu dengan memberikan sokongan padu kepada parti-parti KDM dalam BN seperti PBRS.

Beliau berkata demikian di majis pemimpin bersama rakyat di kampong Merapok. Turut hadir Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Angin yang juga Wakil Rakyat Sook, Ketua Pemuda PBRS, Vincent Lee dan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sook, Charles Ikang.

Kurup yang juga Pengerusi BN Pensiangan berkata, PBRS tidak akan berdiam diri dalam soal tersebut.

No comments: