Friday, February 5, 2010

Jaga Harta Pemberian Kerajaan Seperti Harta Sendiri : Kurup

Ketua Kampung menerima 1 set mesin rumput dari Kurup
Seramai 23 anggota RELA terima bibit getah masing-masing 100 pokok setiap anggota

Nabawan : Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Nabawan disini mengagihkan bantuan peralatan pertanian kepada pemimpin masyarakat dan pasukan beruniform daerah. Bantuan itu adalah berupa 22 set mesin rumput dan 2,300 pokok bibit getah. Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia mahu penerima bantuan itu menghargai sumbangan yang diberikan oleh kerajaan, dan menjaga dengan baik kemudahan tersebut.


" Sumbangan atau bantuan kerajaan berupa mesin rumput ini haruslah dijaga dengan baik, seperti kita menjaga barang peribadi kita sendiri, kita mahu barang-barang ini bertahan lama dan setiap pemakainya harus bertanggungjawab menjaga keselamatan barang ini," kata Kurup ketika merasmikan majlis penyerahan tersebut.


Turut hadir Pegawai Daerah, Bubudan OT Majalu, Pegawai Penguasa Petanian, Johny Samin, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan, Vincent Lee dan Pegawai RELA, Mejar (Rela) Mohd.Bakry Md.Baily dan Pejabat UPKR N.38 Nabawan.


Kata Kurup, terdapat mentaliti yang melayan barangan ( yang diberikan percuma) terutamanya pemberian tidak dijaga dengan baik. " Barangan yang diberikan itu adalah atas permintaan masyarakat, dan kerajaan memenuhinya. Oleh itu saya mengharapkan agar barangan yang diberikan ini dijaga dengan baik, kerana kita tidak mahu memberikan barangan yang sama setiap kali adanya permintaan," kata Kurup.


Seramai 22 pemimpin masyarakat dari Mukim Nabawan iaitu Ketua Anak Negeri, Wakil -Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua-Ketua Kampung menerima 1 set mesin rumput untuk kegunaan di kampung masing-masing. Sementara seramai 23 anggota RELA daerah turut menerima bantuan 100 pokok bibit getah.


Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan , Vincent Lee berkata, Pihak Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan kini sedang dalam proses untuk memberi bantuan bibit getah kepada penduduk di kawasan itu.

No comments: