Saturday, February 20, 2010

Undang-Undang Kecil daerah Nabawan perlu dikuatkuasa segera : Bobbey




Nabawan : Undang-undang kecil bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah ini perlu diluluskan dengan segera kerana ia merupakan antara halangan yang menyebabkan pekan itu jauh ketinggalan.
Wakil Rakyat Nabawan, Datuk Bobbey Suan berkata, pihak Majlis Daerah Nabawan telah mengemukakan permohonan kelulusan peraturan perniagaan,pengiklanan, gerai dan anti sampah yang amat penting untuk dikuatkuasakan di daerah itu.
Bobbey yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata demikian ketika memberi amanat sempena Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Nabawan bagi sesi 2010-2012.
Menurutnya, MDN telah kerugian dari segi pendapatan kerana kekurangan peraturan tempatan tersebut. Malahan kata Bobbey kekurangan peraturan itu juga adalah cabaran yang amat besar bagi MDN dalam melaksana serta mengawal pekan tersebut.
Sebagai contohnya kata Bobbey ialah iklan berupa kain rentang yang dipasang oleh pihak pembangkang di Pekan itu yang memalukan pemimpin kerajaan Pusat harus menjadi pengajaran.
" Kami minta pihak yang berkaitan agar mempercepatkan permohonan undang-undang bagi MDN supaya mereka (MDN) dapat jalankan tugas dengan sempurna dan berkesan," ujar Bobbey.
Dalam pada itu Bobbey juga meminta agar Ahli Majlis Daerah yang dilantik memberikan komitmen serta tanggungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh bagi memajukan pekan tersebut.
Katanya, menangguhkan mesyuarat kerana tidak cukup ahli menganggu tumpuan pembangunan.
Oleh itu kata Bobbey ahli MDN harus memberikan tumpuan dan bekerja dengan bersemangat untuk memajukan Nabawan.
Ahli Majlis Daerah yang dilantik semula ialah Jubilin Kilan, Md.Redzwan Laindon Tangkong, Weleamson Kunum, Ahmad Andini Angilas, Jainip Antaim, Ahuar Rasam, Marutin Ansiung, Veronica @ Likin Sikin, Alix Inulow, Matusin Elloh, Abu Bakar Gait Sarioh, Paul Yambak dan Maturin Hj.Hasbollah. Manakala tiga muka baru terdiri dari Betty Goh (MCA) Stephen Lewin (PBRS) dan Ibrahim Andipoh.
Seramai 18 orang mengangkat sumpah disaksikan Datuk Bobbey Suan, Pegawai Daerah Bubudan OT Majalu dan Pegawai Esekutif MDN, Mumin Kamsah.

No comments: