Monday, February 1, 2010

Pengalaman baru pemimpin ketika lawatan sambil belajar








Rozie Jumat
Keningau : Seramai 100 orang pemimpin masyarakat di kawasan DUN Sook menerima pendedahan terbaru mengenai penanaman getah, serta meningkatkan kefahaman mengenai Bornion Timber, syarikat yang membangun tanah kerajaan dengan getah di Sook.
Rombongan itu diketuai oleh Wakil Rakyat Sook, Datuk Ellron Angin dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sook, Charles Ikang disertai oleh ketua daearah, ketua anak negeri , wakil-wakil ketua anak negeri, ketua-ketua kampung dan pengerusi jawatan kuasa keselamatan kampung di kawasan berkenan.
Pemaju Masyarakat UPKR Sook , Ramian Ayub berkata, sempena lawatan sambil belajar itu juga, rombongan melihat sendiri kesungguhan kerajaan membangunkan tanah-tanah terbiar dengan penanaman getah." Kampung -kampung berhampiran juga mendapat manfaat dengan tanah mereka turut dibangun, serta mendapat peluang pekerjaan," kata Ramian.
Rombongan itu juga turut diberi penerangan mengenai cara-cara penanaman getah yang baik dan dibawa melawat ke tapak semaian bibit getah bermutu tinggi yang dihasilkan oleh Bornion Timber.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Angin berkata, pemimpin masyarakat di kawasan itu dibawa untuk melawat ke ladang getah Bornion Timber untuk membuka minda mereka." Dengan adanya pengalaman ini , para pemimpin masyarakat diharap dapat memberi anjakan paradigma kepada masyarakat yang mereka wakili dalam usaha membasmi kemiskinan melalui pertanian," kata Ellron.
Ellron juga memberitahu beliau akan menggunakan peruntukannya untuk mengagihkan bantuan bibit getah kepada pekebun kecil di Sook. Turut menyambut rombongan itu ialah Ketua Pegawai Esekutif Bornion Timber, Encik Yeo dan pegawainya, Phillip Teo.

No comments: