Thursday, August 26, 2010

Rakyat alukan Projek pembangunan di Mukim Pagalungan




Nabawan : Hasrat kerajaan untuk mentramfomasikan rakyat luar Bandar dari kepompong kemiskinan harus mendapat sokongan dari golongan sasaran. Usaha tersebut bertujuan untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup dan melepaskan akronim ‘miskin tegar’.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Rakyat sabah (PBRS) yang juga Penolong Ketua Penerangan PBRS N.38 Nabawan, Simpil Andingos berkata, sebarang kemuskilan rakyat harus dikemukakan kepada kerajaan dan penerangan dan rakyat sendiri amat mengalu-alukan pembangunan bagi menjana ekonomi di kawasan itu.

Simpil yang juga Pegawai Perhubungan di Pejabat Parlimen Pensiangan berkata,rakyat di kawasan empat buah kampung yang terlibat dengan projek agropolitan amat mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk membangunkan tanah mereka. Kampung tersebut, Kg.Sosondukan, Kg.Sumatalun, Kg.sibuah dan Kg.saliku dalam daerah Kecil Pagalungan yang kebanyakannya tergolong sebagai miskin tegar ( tidak mempunyai sumber pendapatan).

Kata Simpil, Projek agropolitan di Sumatalun adalah hasrat besar Ahli Parlimen Pensiangan, Tan sri Joseph Kurup yang mahu melihat pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat di kawasan itu. Dimana rancangan tersebut telah dikemukakan semasa ahli parlimen itu menjawat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia.

Simpil berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi rombongan kakitangan Sawit Kinabalu yang membuat tinjauan tapak serta mengambil analisis kesuburan tanah di kawasan yang hendak dibangunkan bagi tujuan agropolitan.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana bukan sahaja projek agropolitan dirancang tetapi turut menyediakan 600 buah rumah kepada peserta di Mukim Pagalungan, tetapi kita juga diberi projek Fast Track . Projek ini mampu mengubah hidup rakyat disini,” kata Simpil yang turut memperkenalkan rombongan Sawit Kinabalu kepada wakil-wakil masyarakat di kawasan terbabit di Balai Budaya Kg.Sosondukan.

katanya perancangan kerajaan untuk membangunkan rakyat harus mendapat sokongan kerana rakyat sendiri yang menerima kebaikan dan manfaat , selain memberikan landasan yang kukuh kepada generasi yang akan datang. Dan secara tidak langsung pembangunan atau projek seumpama itu mampu mengubah kawasan luar Bandar yang terletak di sempadan Malaysia –Indonesia itu membangun, dan mampu menjadi transit atau pusat ekonomi di kawasan itu di masa hadapan.

Projek Agropolitan melibatkan 6500 ekar tanah sementara Projek Fast Track seluas 3000 ekar.

No comments: