Tuesday, October 20, 2009

Bangunan Rumah Panjang Baru dicadangkan Untuk Kg Mangkam , Pagalungan

Simpil (bertopi) bersama dengan PJKKK Kg.Mangkam, Panawari Alim.

Nabawan : Sebuah bangunan rumah panjang yang baru akan dicadangan untuk 20 keluarga di Kampung Mangkam, Daerah Kecil Pagalungan yang terjejas akibat ditiup angin minggu lalu.
Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen Pensiangan Mukim Pegalungan, Simpil Andigos berkata, beliau telah mengemukakan cadangan kepada Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkenan dengan perkara tersebut. Namun buat sementara waktu ini kata Simpil , penduduk rumah panjang itu akan dibantu dengan keperluan lain bagi meringankan bebanan yang ditanggung.
Minggu lalu bangunan rumah panjang Kg Mangkam telah diterbangkan angin sekaligus menyebabkan seramai 20 keluarga terjejas dan tidak mempunyai tempat tinggal. Ada diantara mereka terpaksa membuat khemah sebagai tempat berteduh.
Kata Simpil, bangunan rumah panjang itu sebelum kejadian juga sebenarnya telah uzur dan telah mendapat perhatian dari Wakil Parlimen untuk diperbaiki.
“ Kejadian ini sememangnya amat malang bagi penduduk kerana mereka tidak ada tempat untuk berteduh. Namun kita tidak akan mengabaikan sama sekali kebajikan mereka,” kata Simpil yang membuat lawatan ke kampung berkenan.
Kata Simpil yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) , Ahli Parlimen Pensiangan akan melawat ke kampung itu untuk menyampaikan bantuan hujung bulan ini bersama dengan Wakil Rakyat Nabawan.

No comments: