Monday, November 22, 2010

28 ahli parti pembangkang sertai PBRS di Pensiangan

Kami sayang YB Tan Sri ...kata En.Timpuk dari Kg.Solog.
Sertai PBRS - penyerahan borang oleh En. Johani Libut dari Kg.Sungoi Matoi.

Sebahagian dari 28 orang ahli parti pembangkang menerima bendera PBRS dari Presiden PBRS sebagai simbol penyertaan mereka kepada Barisan Nasional melalui PBRS.


Nabawan : Seramai 28 ahli parti pembangkang disini mengambil keputusan untuk menyertai Barisan Nasional (BN) melalui Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Penyerahan borang itu disampaikan sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena perasmian pembaikan rumah panjang Kg.Solog dan Penyerahan borang keahlian sebanyak 200 orang di Kg.Solog disini.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup mengalu-alukan kemasukan keahlian itu dan menegaskan pilihan mereka adalah amat bertepatan, kerana kerajaan BN mahukan kerjasama berterusan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan di kawasan itu, khususnya di Parlimen Pensiangan.
Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, usaha berterusan kerajaan untuk membangunkan rakyat memerlukan sokongan berterusan.
Menurutnya PBRS telah memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan di kawasan Parlimen Pensiangan, dan banyak perubahan telah dibawakan oleh parti itu dan BN ke kawasan tersebut.
“Usaha kita untuk membasmi kemiskinan dapat dilihat dengan perancangan yang telah dan sedang dilaksana oleh kerajaan, antara lainnya ialah projek agropolitan yang bakal dilaksana di kawasan Pensiangan,” kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Turut sama dalam lawatan itu ialah Naib Presiden PBRS, Datuk Kadoh Agundong dan Ketua Bahagian PBRS N.38 Nabawan, Paul Yambak serta Ahli Majlis Tertinggi PBRS.
Menurut Kurup, walaupun parti itu dianggap kecil tetapi telah membawa peranan yang sangat penting kepada perubahan lanskap di kawasan luar bandar.
Sempena majlis itu sebanyak 200 borang keahlian menyertai PBRS diserahkan melibatkan Kg.Solog (126 borang), Kg Tataluan (16 borang), Kg.Sungoi Matoi (26 borang ) dan Kg.Tompusison (30 borang).
Sikin Ating dari Kg.Tompusison berkata, mereka menyokong kerajaan BN kerana melihat usaha bersungguh-sungguh wakil rakyat yang membawa perubahan kepada rakyat, seperti pembaikan rumah panjang yang memberi harapan baru kepada mereka.

No comments: