Monday, July 11, 2011

HARUS ADA SIKAP MELINDUNGI DAN MEMPERTAHANKAN KAWASAN SENDIRI : YB TS JOSEPH KURUP



Kurup bersama Pemimpin Kemajuan Rakyat Sook, Charles Ikang melepaskan bibit ikan di Sungai Kindasan bagi tujuan tagal.Turut sama PJKKK Pomin Yitus dan KK Yamurong.

Keningau: Generasi muda harus mempunyai sikap jatidiri yang kuat untuk mempertahankan

dan melindungi kepunyaan mereka.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup berkata, sikap itu sangat penting kerana ia adalah elemen sayang kepada bangsa dan Negara.
Beliau berkata demikian di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Perayaan Pesta Kaamatan Kg. Kindasan disini.
Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan mengambil contoh Negara Greek ( Rom) yang diperintah oleh banyak empayar dan penduduk di Negara itu mempertahankan Negara mereka dari dijajah oleh bangsa lain.
Tambahnya, orang Greek menjaga bangsa dan melindungi tanah mereka. Orang-orang muda bersatu hati mempertahankan Negara mereka. Anak-anak muda kita harus mencontohi semangat empayar tersebut yang bertahan kerana kekuatan mereka yang bersatu hati.
“Kita mesti ada semangat melindungi kawasan kita,” ujar Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.
Kata Kurup, beliau berbangga dengan pencapaian masyarakat di kawasan Sook yang telah melalui banyak perubahan. Bagaimanapun katanya masih banyak yang perlu dilakukan untuk memajukan kawasan tersebut.
Beliau juga menasihati golongan belia bahawa kelayakan akademik saja tidak mencukupi. Mereka harus menerima cabaran masa kini yang lebih mencabar dihadapan mereka.
Sebelum itu Kurup turut melepaskan bibit ikan di sungai Kindasan untuk tujuan tagal. Dimajlis itu Kurup turut meluluskan permintaan gilingan padi oleh masyarakat dikampung itu.
Kurup juga mengingatkan rakyat bahawa pemimpin Barisan Nasional (BN) sentiasa bersama rakyat dan melihat keperluan mereka.
“Kita tetap turun padang meskipun keadaan jalan yang tidak baik, kerana itu tanggungjawab kami. Pembangkang hanya datang menjelang pilihanraya. Tapi kami (wakil rakyat BN) tetap bersama kamu,” kata Kurup.
Beliau juga mengingatkan rakyat berwaspada dengan golongan tertentu yang diibaratkan sebagai musang berbulu ayam.
“Mereka ini memakai baju BN, memakai topi BN , percakapan pun BN tetapi apabila mereka tidak dipilih sebagai calon pilihanraya , mereka akan menikam dari belakang, kita harus terus menjadi penyokong kuat BN,” ujar Kurup.
Oleh itu kata Kurup penduduk diminta tidak mudah terpengaruh dengan golongan sedemikian.

(Makluman : YB Ahli Parlimen baru baru ini ke Greek dan telah menghayati sejarah negara berkenan).

No comments: