Monday, July 11, 2011

Kerjasama,Muafakat Perlu : Ellron







Keningau : Kerjasama dan permuafakatan adalah faktor utama yang perlu dalam menjayakan proses pembangunan yang dirancang oleh kerajaan.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Angin berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Kg.Kipaliu Baru , Sook sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. Turut hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Charles Ikang dan Pemaju Masyarakat, Ramian Ayub.
Ellron yang juga Wakil Rakyat Sook berkata, tanpa kerjasama dari penduduk kampung maka perancangan kerajaan untuk melihat perubahan di kawasan tersebut.
Sempena majlis itu Ellron turut meluluskan pembinaan baru sebuah dewan yang akan dilaksana pada tahun hadapan. Pembinaan dewan itu bersesuaian dengan adanya sebuah sekolah di kampung tersebut kata Ellron.
Dalan pada itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung, Sius Rauni menyampaikan sebanyak 99 borang keahlian untuk menyertai Parti Berstau Rakyat Sabah (PBRS) yang diserahkan kepada Timbalan Presiden PBRS.
Ellron berkata penyerahan borang keahlian itu adalah bukti PBRS semakin diterima rakyat di kawasan Sook dan menjadi pendokong utama untuk terus membela nasib rakyat.
Dalam ucapannya Sius, berkata penyertaan mereka ke PBRS adalah kemahuan mereka sendiri tanpa ada paksaan, selain yakin kepada kepimpinan parti itu yang diterajui oleh Presidennya , Tan Sri Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.

No comments: