Friday, July 22, 2011

Isteri Ahli Parlimen 182 Pensiangan tekad bantu pelajar cemerlang melalui Bakti Siswa

Puan Sri Melinda Kurup (kanan sekali) bersama YB Tan Sri Joseph Kurup, Ahli Parlimen Pensiangan bergambar dengan Penerima Bakti Siswa Tahun 2011 dari Isteri Ahli Parlimen Pensiangan.



Keningau : Pelajar cemerlang di kawasan Parlimen 182 Pensiangan terus dibantu melalui sumbangan kewangan Bakti Siswa yang disalurkan oleh isteri Kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Puan Sri Melinda Kurup. Tahun ini adalah tahun ke 4 isteri Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup memberikan sumbangan itu kepada pelajar yang dipilih dari Kawasan N.37 Sook dan N.38 Nabawan.
Setiap pelajar diberi RM600 setahun dan sekiranya mereka menunjukkan prestasi yang lebih baik, sumbangan kewangan bagi galakan pembelajaran itu akan diteruskan.
"Ini adalah cabaran kita kepada pelajar pelajar yang terpilih dari kalangan yang mempunyai keputusan akademik yang baik tetapi serba kekurangan ," kata Melinda yang juga Ketua Wanita Bahagian PBRS N.37 Sook.
Beliau berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan derma siswa bakti yang diadakan di Pejabat Daerah Kecil Sook disini.
Namun katanya, pemilihan untuk mendapatkan Derma Siswa Bakti itu semakin sengit berikutan prestasi akademik dikalangan pelajar di kawasan Pensiangan yang semakin meningkat.
Sumbangan Derma Siswa itu terbuka untuk dipohon dari kalangan pelajar di kawasan P182 Pensiangan yang mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan PMR dan SPM.
Pemohon boleh menghubungi Pejabat Parlimen Pensiangan untuk keterangan lanjut.

No comments: