Friday, July 22, 2011

INFO MENGENAI RAKAN ALAM SEKITAR

Rakan Alam Sekitar (RAS)
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Alam Sekitar di akhir Rancangan Malaysia Kesembilan telah memperkenalkan program kesedaran alam sekitar yang baru iaitu Program Rakan Alam Sekitar (RAS) yang dilancarkan pada 4 Jun 2009 sebagai satu usaha menangani isu pencemaran dan kerosakan alam sekitar. Antara program/ aktiviti yang dilaksanakan di bawah Program RAS ialah:
· pembersihan pantai;
· kitar semula buangan (termasuk E-waste);
· menanam pokok, membuat baja kompos;
· menghasilkan produk kraftangan dari bahan buangan;
· River Rangers;
· penggunaan EM (effective microorganism);
· kitar buangan minyak masak kepada sabun;
· Kem Kesedaran Alam Sekitar untuk ahli RAS dan;
· lain-lain program kesedaran dan pendidikan alam sekitar yang dijalankan oleh agensi-agensi di bawah NRE.

Mulai tahun 2011 di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar akan dijadikan sebagai program ‘flagship’ dalam melaksanakan Program RAS di peringkat sekolah. Program ini akan dilaksanakan mengikut kawasan Parlimen di seluruh Malaysia. Di dalam program ini, satu (1) hingga empat (4) buah sekolah yang terpilih dari setiap kawasan Parlimen akan diberi peruntukan. Pemilihan sekolah adalah berdasarkan kepada kertas kerja aktiviti atau projek pemuliharaan alam sekitar yang disediakan oleh pihak sekolah.
Sehingga ke hari ini, seramai 34,000 orang telah berdaftar sebagai ahli Rakan Alam Sekitar. Pelaksanaan program/aktiviti untuk ahli RAS akan dijalankan dengan member fokus kepada 6 buah negeri yang mempunyai kelompok keahlian RAS yang ramai iaitu di Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, Perak, Sabah dan Sarawak .Penyertaan Rakan Alam Sekitar adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia. Sesiapa yang berminat menjadi Rakan Alam Sekitar boleh mendaftar secara online di www.doe.gov.my/ras.

No comments: