Nabawan : Projek-projek kerajaan yang terbengkalai rugikan rakykat dan membebankan kerajaan. Sehubungan dengan itu kerajaan adalah digesa untuk menyiasat kontraktor yang berkenan dan menyenarai hitamkan mereka di masa yang akan datang.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, apabila sesebuah projek ditinggalkan oleh kontraktor, maka kerajaan terpaksa membuka semula projek itu untuk ditender dan membuat penambahan kos.
" Jika projek itu ditinggalkan atau terbengkalai, tidak ada kontraktor yang sanggup melaksananya kerana kos telah berkurangan dan hanya merugikan mereka. Tetapi jika projek itu ditinggalkan sudah tentu ianya merugikan kerajaan dan penggunanya, " kata Kurup yang mengadakan pemantauan ke tapak projek-projek pembangunan di Daerah Kecil Pagalungan disini bersama Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan, Sukiang Ensing dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan, Vincent Lee.
oleh itu kata Kurup , untuk meneruskan projek itu kerajaan terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi memastikan projek kerajaan dapat dilaksana dan memberi manfaat kepada rakyat. "
Apabila ini berlaku sudah tentu wang rakyat digunakan untuk membiaya projek terbengkalai, dan ini adalah satu pembaziran wang rakyat , pembaziran cukai rakyat," ujar Kurup yang melawat pembinaan perumahan kakitangan kerajaan di daerah tersebut yang sepatutnya disiapkan pada awal tahun 2008.
Rumah 2 unit itu yang menempatkan rumah Penolong pegawai daerah dan kakitangan Daerah Kecil Pagalungan menelan belanja RM500 ribu, kini terbiar dan hanya mencapai 50 peratus pembinaannya. " Rakyat terpaksa membayar lebih untuk kos itu , ini tidak sepatutnya berlaku, dan kontraktor terbabit seharusnya menyiapkan projek ini mengikut masa yang ditetapkan dengan menggunakan kos yang telah diperuntukkan," kata Kurup.
oleh itu kata Kurup , kerajaan harus menyenarai hitamkan kontraktor yang gagal menyiapkan projek kerajaan. Sempena lawatan itu Kurup turut melawat tapak dewan masyarakat dan gerai yang bakal disiapkan tidak lama lagi. Manakala bangunan urusetia daerah kecil itu kini telah siap dan hanya menunggu masa untuk digunakan.
Sementara itu Kurup juga menyampaikan rasa terima kasih beliau terhadap Mercy Malaysia dan UMW yang melaksanakan satu projek perkhidmatan perubatan di daerah itu yang menarik lebih kurang 1000 orang untuk mendapatkan rawatan.
" Program seumpama ini amat penting kerana rakyat dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka untuk ke hospital besar di Keningau," kata Kurup.
No comments:
Post a Comment