Nabawan : Golongan wanita masakini semakin menyerlah dan menonjol dari segi prestasi bahkan menguasai kerjaya yang dahulunya biasa dipelopori oleh golongan lelaki.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, tanggapan wanita adalah golongan lemah adalah tanggapan orang lama, kerana pada hakikatnya wanita masa kini telah membuktikan mereka mampu dan setaraf dengan golongan lelaki.
Kurup berkata demikian di Majlis Perasmian Penutupan Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita Peringkat P.182 Pensiangan disini. Seminar itu dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.
Katanya, di sekolah ramai pelajar perempuan mempunyai prestasi akademik yang lebih baik, manakala di perusahaan serta kakitangan kerajaan golongan itu juga mempunyai kedudukan dan jawatan yang tinggi. Keadaan itu kata Kurup membanggakan golongan wanita dan menjadi sumber inspirasi kepada yang lain.
Dalam pada itu Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, keganasan wanita berkait rapat dengan perspektif gender dimana melalui tanggapan adat resam dalam sesuatu masyarakat yang melabelkan golongan itu sebagai lemah , tidak berfikiran rasional dan tidak setaraf dengan seorang lelaki.
Kata Kurup, dengan perubahan dan peredaran zaman yang berlaku , peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara semakin besar. Maka selayaknya wanita pada hari ini mendapat pembelaan dan perhatian masyarakat seterusnya mengiktiraf mereka sebagai satu elemen yang mempunyai keupayaan dan kebolehan yang sama rata kea rah pembangunan social dan ekonomi Negara.
Turut hadir di majlis itu ialah Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah , Imran Kamali Ahmad Nadzirin.
No comments:
Post a Comment