Rozie Jumat
Tenom : Rakyat di negeri ini cukup bertuah kerana mempunyai alam sekitar yang indah dan dianugerahi dengan sumber semulajadi seperti sungai, berbanding negera lain yang terpaksa menggunakan teknologi tinggi bagi mendapatkan air laut untuk tujuan keperluan harian.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph kurup berkata, lawatan ke Mesir baru-baru ini memberikan kesedaran dalam dirinya bahawa Sabah merupakan sebuah tempat yang cukup bertuah kerana memiliki sumber alam semulajadi berbanding negara Mesir yang lebih banyak batu dan pasir.
Berucap ketika Merasmikan majlis penutupan Mesyuarat Tahunan Gabungan Bahagian PBRS N.35 Melalap dan N.36 Kemabong, Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata, oleh itu penduduk di negeri ini harus memelihara alam sekitar mereka dan mengelakkan pencemaran di sungai yang menjadi sumber minuman.
Menurut Kurup, penduduk Mesir menggunakan air laut yang ditapis sebagai kegunaan harian, oleh itu katanya rakyat harus mengambil iktibar dari rakyat Mesir yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan air.
Dalam pada itu Kurup turut mengalu-alukan permohonan kemasukan keahlian seramai 760 orang ahli baru Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dengan penambahan 24 cawangan baru bagi N.36 Kemabong dalam satu majlis penyerahan disini.
Mewakili ahli -ahli baru itu , John Mondolok berkata, setelah mereka membuat penilaian dan penelitian mereka mendapati PBRS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Bumiputera seperti suku kaum Murut.
" Kami mahu meneruskan perjuangan kami melalui PBRS ," kata John.
Monday, November 23, 2009
Rakyat Sabah bertuah miliki sumber semulajadi
Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup terima borang dari John Mondolok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment