Tuesday, November 3, 2009

Penghuni Kg.Mangkam dibantu serta merta pulihkan rumah panjang

Kurup beri nasihat kepada penghuni rumah panjang Kg.Mangkam
Rumah yang ditiupkan angin dapat peruntukan serta merta

Nabawan : Penduduk Rumah Panjang Kg.Mangkam , dalam Daerah Kecil Pagalungan diberi bantuan serta merta untuk membina semula rumah yang dihuni 20 orang keluarga itu yang ditiupkan angin baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup mengumumkan peruntukan untuk membaiki rumah itu ketika melakukan lawatan ke kampung itu baru-baru ini. Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, kerja-kerja untuk memulihkan rumah panjang itu dimulakan serta merta bagi memastikan keselesaan penduduk di rumah itu. Turut bersama Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan, Sukiang Ensing dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan, Vincent Lee.

Dalam pada itu Kurup juga memberitahu bahawa sebanyak 12 buah rumah panjang di daerah Nabawan telah menerima peruntukan kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk diperbaiki.

"Usaha untuk memperbaiki rumah-rumah panjang akan diteruskan dan masih banyak rumah yang memerlukan pembaikan atau bina baru ," kata Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

No comments: