Monday, November 23, 2009

Tidak mahu lagi jadi pembangkang : Johnny Sipit

Johnny Sipit naikkan bendera PBRS tanda menyertai Barisan Nasional (BN) dihadapan
Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup

Keningau : Saya tidak mahu lagi kekalkan status pembangkang , saya sudah lama berada di dalam parti pembangkang tetapi sehingga kini tidak mampu berbuat apa –apa kepada, sebaliknya menimbulkan perpecahan luah seorang pemimpin veteran pembangkang , Johnny Sipit, 54 dari Mukim Lanas.


Beliau merupakan ahli parti pembangkang sejak 1999 mengakui tidak mahu menjadi ahli pembangkang seumur hidup dengan kini mengambil keputusan untuk Barisan Nasional (BN) melalui Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Turut bersamanya seramai 70 orang ahli.


"Perjuangan menentang kerajaan, kita tidak akan mendapat perubahan. Malahan terpinggir dan jauh ketinggalan. Lebih ramai lagi yang akan menyertai BN melalui PBRS," kata Johnny dalam satu penyerahan borang keahlian kepada Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg.Seselungon, Mukim Lanas disini.


"Saya terfikir sampai bila saya menentang dan menjadi pembangkang. Saya tidak mahu menjadi pembangkang seumur hidup kerana saya melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan," kata Johnny yang merupakan penyokong kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihanraya umum yang lalu dan telah menentang kerajaan sejak 1999.


Kata Johnny, Jawatan yang tinggi dalam parti tidak bermanfaat kepada penduduk dan penyokong pembangkang di peringkat akar umbi.


" Saya tertarik hati dengan PBRS dan menyertainya kerana wakil rakyat PBRS telah bekerja dengan baik," kata Johnny.


Turut hadir di majlis itu ialah Wakil Rakyat N.37 Sook, Datuk Ellron Angin yang juga Timbalan Presiden PBRS.

No comments: