Sunday, October 24, 2010

PBRS ingatkan lori kelapa sawit guna jaring

Keningau : Pemandu adalah diingatkan agar tidak menganggap remeh kepada biji-biji sawit yang bertaburan di atas jalan raya. Ini kerana biji-biji sawit yang bertaburan diatas lantai jalan mengundang bahaya dan boleh membawa kepada kemalangan yang tidak dijangka.
Ketua Penerangan Wanita PBRS Pusat yang juga AJK Wanita PBRS N.37 Sook, Rozie Jumat berkata, pada 23hb Oktober yang lalu, sebuah kereta nasional terbuang ke tebing di jalan Kg.Mapila disebabkan oleh biji-biji sawit yang bertaburan di atas jalan.
“Nasib beliau baik kerana mungkin beliau memandu laju disebabkan jalan ini adalah lebuh raya , beliau tidak termasuk ke dalam longkang atau terlanggar kayu semasa dalam kejadian itu, kata Rozie yang juga Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan.
Tambahnya kereta tersebut terbang melintas sebuah longkang yang kemudiannya terbabas di sebuah kawasan lapang di tebing jalan raya. Bagaimanapun pemandu kereta itu selamat.
Kata Rozie, rombongan dari Pejabat Parlimen Pensiangan menyaksikan kejadian itu selewat jam 9.00 kelmarin (sabtu) ketika dalam perjalanan untuk lawatan rasmi ke Daerah Kecil Pagalungan, Nabawan.
Beliau seterusnya meminta pihak kerajaan agar mengambil tindakan terhadap pembawa-pembawa biji kelapa sawit agar mengenakan piawaian keselamatan dengan mengenakan jaring semasa mengangkut kelapa sawit ke kilang-kilang berdekatan.
“Kita sentiasa melihat biji-biji sawit yang bertaburan di lantai jalan disebabkan oleh sikap pembawa hasil sawit yang tidak bertanggungjawab. Kita kesal dengan sikap mereka yang tidak mengendahkan keselamatan orang lain.Kita mahu pihak berkuasa agar sentiasa memantau jalan Sook –Nabawan dan mungkin juga berlaku di kawasan lain,” Kata Rozie.
“Saman dan dakwa pembawa lori kelapa sawit yang tidak mengenakan jaring kerana mereka memberi ancaman kepada pengguna lain” katanya.
Katanya, kejadian yang berlaku kepada pemandu di Sook itu harus jadi peringatan kepada semua.

No comments: