Tuesday, October 26, 2010

PBRS N.47 Kuamut terus bekerja untuk rakyat

Sandakan : Penubuhan sebuah lagi bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di N.47 Kuamut disini memberi petanda bahawa parti itu terus mendapat sokongan rakyat dalam memperjuangkan nasib mereka dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN), khususnya di kawasan luar bandar yang memerlukan pembelaan dan pembangunan.
Naib Presiden PBRS, Vincent Lee berkata, selepas pelancaran bahagian parti berkenan baru-baru ini, PBRS Bahagian N.47 Kuamut telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama bersama Bahagian, Pemuda dan Wanita di Dewan Masyarakat Sandakan disini.
Vincent yang juga Ketua Pemuda PBRS Pusat merangkap Naib Pengerusi Pergerakan Pemuda BN Pusat berkata, dengan penubuhan parti tersebut di bahagian Kuamut , menunjukkan parti tersebut mempunyai pengaruh yang kuat dalam memperjuangkan nasib rakyat.
Beliau yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, penubuhan bahagian PBRS di Kuamut adalah satu permulaan yang cukup baik, dan rakyat di kawasan itu juga menerima konsep serta perjuangan yang dibawakan oleh parti itu.
Bahagian PBRS N.47 Kuamut diketuai oleh Dasim Jikah.
“PBRS di Kuamut juga memainkan peranan penting mereka dan sama-sama membantu rakan-rakan komponen dalam menghadapi cabaran-cabaran di masa yang akan datang,” kata Vincent
Sementara itu Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dalam perutusannya berkata, kekuatan yang dicapai oleh PBRS pada masa kini bergantung kepada sokongan dan perpaduan semua lapisan rakyat untuk menyahut seruan pembangunan yang telah dicapai oleh negara.“Kehadiran PBRS di Kuamut dapat mempertahankan kemantapannya sebagai institusi politik yang dapat mengubah taraf sosio ekonomi rakyat dan menyatupadukan masyarakat,” kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia

No comments: