Tuesday, October 26, 2010

TANAM GETAH DI TANAH BERGERAN


Keningau : Rakyat di kawasan Pensiangan dinasihatkan agar menanam getah di kawasan yang mempunyai geran agar tidak memberi masalah kepada mereka di masa akan datang. Dimana banyak pengalaman yang berlaku di kawasan itu berkaitan dengan penanaman getah berlaku di kawasan tanah hutan simpan.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, beliau sentiasa menggalakkan rakyat di kawasan itu untuk menanam getah, kerana ianya bukan sahaja menjana ekonomi rakyat tetapi turut membantu memulihkan alam sekitar, namun katanya, adalah lebih baik jika tanah yang digunakan untuk tujuan tersebut haruslah yang tidak membawa masalah kepada mereka.
Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata demikian di Majlis Penyerahan Bibit Getah anggota RELA Daerah Nabawan di Kampung Empat disini. Turut hadir bersama ialah Pegawai Daerah,Bubudan Ot Majalu dan Major Rela En. Salevistere.
Kata Kurup, berdasarkan kepada pengalaman beliau di masa masa yang lalu, banyak masalah timbul disebabkan getah di tanam di tanah yang bermasalah seperti di kawasan tanah hutan simpan yang dilarang oleh kerajaan.
Oleh itu kata Kurup rakyat harus menanam getah mereka di tempat yang teratur dan jauh dari sebarang masalah, dan tidak menganggu tanah hutan simpan.
“Kita juga senang memantau melihat perkembangan usaha-usaha yang dilakukan oleh rakyat, sebagai wakil rakyat saya bangga melihat kejayaan dan usaha mereka yang berjaya diatas bantuan kerajaan,” kata Kurup.
Selain membantu bekalan bibit getah, Pejabat Parlimen Pensiangan juga mengagihkan bantuan berupa bibit buah-buahan yang bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.

No comments: