Saturday, March 12, 2011

Ketua Ketua Kampung sambut baik pemilikan tanah kaedah Geran Komunal

KK Chrispin
Roslee

KK Sikong @ Jusilee


Hj.Ruhiddin Igu



oleh Rozie Jumat

Keningau : Pemimpin –pemimpin masyarakat di Daerah Kecil Sook menyambut dengan baik pemilikan tanah melalui kaedah Communal Title Kawasan Hutan Simpan ke atas tanah-tanah yang dibubarkan di kawasan perkampungan mereka. Bagi mereka pembubaran tanah di mana mereka tinggal dan berkebun dari status tanah hutan simpan ke status tanah negeri adalah hadiah besar kepada kesabaran dan penantian selama ini.

Dalam mesyuarat Penapisan Fast Track Planned Land Allienation (Sook Plain) bersama ketua-ketua kampong dan wakil rakyat di Pejabat Tanah dan Ukur Keningau disini. Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur , Lee Chun Kiong memberitahu Kawasan Sook Plain yang dibubarkan melibatkan 10540 ekar dengan 19 buah kampong dengan jumlah seramai 3,400 orang penduduk. Sementara Mandalom Forest Reserve melibatkan 26 buah kampong dengan keluasan 21140 ekar. Jumlah penduduk 8,400 orang. Penduduk ini akan diberikan status Geran Komunal.

Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup dan Wakil Rakyat Sook, Datuk Ellron Angin turut hadir.

Pemilikan Tanah melalui kaedah Communal Title Kawasan Hutan Simpan yang dibubarkan iaitu Sook Plain Reserve dan Mandalom Forest Reserve disambut dengan perasaan terharu dan gembira wakil pemimpin masyarakat.

Hj. Ruhiddin Igul, 69 , Ketua Kampung Kg.Binuwou Tengah, Sook berkata beliau sangat berpuas hati dan bersetuju dengan pemilikan secara geran komunal.

“Kami sangat gembira dengan keputusan dan inilah penyelesaian yang sangat berjaya. Terima kasih kepada usaha wakil rakyat dan Jabatan Tanah dan Ukur,” kata Hj.Ruhiddin. Beliau memberitahu perkampungan di Kg.Binuwou Tengah itu bermula pada tahun 1972, dimulakan oleh penduduk dari Ranau yang mencari tanah ketika itu.

“Getah saya sendiri telah berusia 30 tahun. Sudah sekian lama kami menanti keputusan ini.,” kata Hj.Ruhiddin.

Bagi Sikong @ Jusilee Uruk, 73, Ketua Kampung Johan Jaya, berkata, dengan pembubaran status tanah hutan simpan itu maka kampong mereka kini layak menerima pelbagai kemudahan kerajaan.

“Terima kasih kepada pengurusan kerajaan terhadap tanah hutan simpan ini, dan tidak lama lagi kami akan mendapat geran yang dinamakan geran komunal, kata Sikong yang menyatakan mereka berada di kampong itus sejak 1971.

Bagi Pengerusi Badan JKKK Kg. sinar Harapan, Roslee Sipaun, pengeluaran Geran Tanah Komunal kepada penduduk di kampong itu sangat dialu-alukan.

“Jasa-jasa pemimpin tidak akan kami lupakan sama sekali. Kami akan membalas budi itu,” kata Roslee. Menurutnya kampong itu didiami pada tahun 1976, dan permohonan mengenai pengeluaran tanah telah dibuat sejak dari itu dan pada pada tahun 2008 mereka buat sekali lagi permohonan.

Ketua Kampung Binuwau Laut, KK Chrispin Salingkir, 53 tahun berkata, pemilikan geran komunal yang bakal diberikan kepada penduduk itu adalah hasil yang sangat berjaya sepanjang penantian mereka menunggu status tanah itu diberikan.

Katanya pada tahun 1985 mereka berhijrah ke kampong itu dan masih dalam keadaan hutan.

“Memang ada banyak perkara berlaku sepanjang tahun itu sehingga pemilikan tanah itu diberikan kepada penduduk, memang ada yang sakit hati kepada kerajaan, tetapi kini atas usaha wakil rakyat kita akhirnya masalah ini berjaya dan sangat berhasil,” ujar KK Chrispin.

No comments: