Sunday, March 6, 2011

Sebuah lagi asrama desa dibina di Kawasan Pensiangan

Rasmilah sudah...
YB Tan Sri Joseph Kurup disambut penduduk kampung Bonor.

Bakal dihuni tidak lama lagi


Papan tanda ke Kg.Bonor



Dapur asrama desa




Asrama Desa SK.Bonor





Keningau : Bertembung dengan pelajar yang berjalan kaki semasa membuat lawatan ke kawasan-kawasan terpencil di Mukim Dalit. Ahli Parlimen Pensiangan, YB Tan Sri Joseph Kurup, kemudiannya menyelidiki latar belakang pelajar tersebut. Dan mendapati para pelajar yang berjalan kaki tersebut berjalan seawal pagi untuk bersekolah ke SK.Bonor. Kebanyakan pelajar ini berjalan kaki awal ke sekolah kerana kedudukan tempat tinggal mereka yang jauh dari sekolah yang berdekatan.

Atas keprihatinan Ahli Parlimen, beliau telah memberikan satu projek khas menggunakan peruntukan khas beliau untuk membina sebuah asrama desa di SK.Bonor. Pembinaan asrama itu kini telah siap sepenuhnya dan telah dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen pada 26 Februari 2011 yang lalu.

YB.Ahli Parlimen yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia berkata, keperluan asrama itu akan beliau usahakan.
Beliau berkata bahawa pendidikan adalah sangat penting , oleh itu beliau mahu dengan adanya asrama itu, para pelajar dari kawasan Pensiangan mampu bersaing dengan pelajar yang lain di luar kawasan.
"Jika mereka berjalan kaki begitu jauh, dan tiba di sekolah dalam keadaan penat, sudah tentu mereka (pelajar) sukar menerima pembelajaran mereka. Saya sangat berharap agar dengan adanya kemudahan ini akan dapat melahirkan generasi dan pelajar yang bijak dan cergas," kata Kurup.
Turut hadir, Wakil Rakyat Sook, YB Datuk Ellron Angin.







No comments: