Sunday, March 6, 2011

Sekitar lawatan ke Kg.Pengaraan, Nabawan.

YB Tan Sri bantu angkat barang dari lori bagi mengurangkan bebanan sebelum ditarik dari terkandas dalam lumpur.
YB berbual dengan guru-guru di Sk.Pengaraan yang memberi tumpang tinggal YB dan rombongan di sebuah rumah guru di kampung tersebut.
Beginilah keadaan jalan raya yang kami lalui menggunakan laluan kayu balak (logging).
antara cabaran ke Kg.Pengaraan.
Kg.Pengaraan,Nabawan.

Nabawan : Rakyat di kawasan yang terlibat dengan masalah tanah hutan simpan dan sistem pengangkutan bermasalah diminta untuk bersabar kerana tindakan telah diambil untuk mengatasi masalah mereka.
Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pengaraan disini.
Kurup berkata beliau faham kedudukan kampong itu yang sangat jauh di pedalaman. Namun beliau memuji ketabahan rakyat yang tetap menerima keadaan mereka dan tetap setia di perkampungan itu.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, rakyat tidak perlu bimbang dengan kedudukan mereka di kawasan itu kerana mereka tidak akan diganggu (Jabatan Hutan) selagi mereka mematuhi polisi kerajaan mengenai Tanah Hutan Simpan.
“Tanah ini memang milik kamu dan tidak akan diganggu. Begitu juga dengan tanah yang diusahakan Cuma patuhilah syarat jangan besarkan lagi,” kata Kurup. Beliau juga memberi jaminan geran komunal bakal diberikan juga akhirnya.
Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang sepatutnya diiringi oleh beberapa pegawai dari jabatan kerajaan , terpaksa meneruskan rombongannya sendiri apabila jabatan-jabatan kerajaan yang berkenan berpatah balik kerana tidak sanggup meneruskan perjalanan kerana jalan raya teruk.
Kata Kurup beliau datang jauh ke Pengaraan kerana beliau mendengar masalah rakyat di kawasan itu dan mahu melihat sendiri keadaan rakyat di kawasan itu.
Rombongan Ahli Parlimen itu bertolak dari Keningau pada jam 9.30 pagi dan tiba di Kg.Pengaraan, Nabawan pada jam 5.00 petang kerana jalan raya yang teruk.
Semasa di pertengahan jalan di laluan balak itu, Kurup dan rombongan juga turut membantu menolak sebuah lori yang terkandas semalaman menggunakan tiga buah kereta berkuasa besar.
“Sememangnya inilah tujuan saya datang ke kampong ini untuk melihat keadaan jalan raya,” kata Kurup yang turut mengambil gambar beberapa buah jambatan merbahaya dan jalan raya yang teruk untuk diserahkan kepada YAB Perdana Menteri.
“Beri saya masa untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Kurup memberitahu laporan lawatan dan tinjauan itu akan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri.
Sempena majlis itu juga Kurup turut menyampaikan 1000 keping zink dan menerima penambahan keahlian baru PBRS.

No comments: