Sunday, March 6, 2011

Pangirawan Ra Pahun Pasisimpungan Kg.Loboh Baru,Nabawan.

Lagu Pensiangan dari Ketua Penerangan PBRS Nabawan, Robert Sanaron.

Antara persembahan sempena perasmian balai budaya kg.Loboh Baru.


Rasmi...YB Tan Sri memotong tutuluk tanda rasmi. Turut mengiringi Pegawai Daerah,Bubudan Majalu.



YB Tan Sri disambut penduduk kampung



oleh Rozie Jumat
Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM1,520,000 di kawasan DUN N.38 Nabawan dalam Kawasan Parlimen Pensiangan bagi melaksanakan Projek Insfrastruktur Awam & Asas(PIA) dan Projek Infrastuktur Asas (PIAS).

Ahli Parlimen 182 Pensiangan,YB Tan Sri Joseph Kurup berkata, melalui cabutan yang dilakukan baru-baru ini, Daerah Nabawan melaksanakan sebanyak 14 projek dengan kos bernilai RM1,020,000, sementara di Daerah Kecil Pagalungan, 8 projek dilaksanakan dengan kos Rm500,000. Jumlah keseluruhan projek PIA dan PIAS di kawasan itu ialah 22 buah projek.

Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia berkata, projek yang dilaksanakan itu adalah hasil perancangan Pelan Tindakan Pembangunan Pensiangan (Blue Print).

"Kesinambungan permintaan rakyat dan pembangunan memerlukan sokongan berterusan dari rakyat untuk terus memberi kekuatan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Kurup ketika merasmikan Balai Budaya Kg.Loboh Baru, Nabawan. Turut hadir Pegawai Daerah, Bubudan Majalu.

"Kami (wakil rakyat) adalah amanah rakyat dan kami sentiasa berkerja keras untuk memenuhi aspirasi rakyat," ujar Kurup.
Beliau turut menyampaikan rasa terima kasih beliau kepada Adun N.38 Nabawan, YB Datuk Bobbey Suan yang turut memberi projek penambahan bangunan tambahan di Balai Budaya itu.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu juga berkata, usaha untuk membasmi kemiskinan di kawasan itu terus dilakukan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Pada masa yang sama YB Tan Sri turut meninjau kawasan yang dilanda banjir di kampung Lima dan Kampung Enam. Beliau seterusnya mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menyertai mesyuarat bersama penduduk dan Pegawai Daerah bagi mengatasi masalah tersebut pada 7hb Mac ini di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Nabawan.

No comments: