Monday, July 11, 2011



AJK penganjur pertandingan Sukan perpaduan dan AJK PBRS Matunggong bersama dengan pemenang dari pasukan Piston dan kedua pasukan Kg.Gambizau. Turut kelihatan Richard dan Rosnie.



Matunggong (Kudat) : Usaha menonjolkan bakat dikalangan belia dalam lapangan sukan harus diperhebat terutama di kawasan luar bandar oleh semua pihak.
Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Richard Kastum berkata, banyak cara untuk mengesan dan menonjolkan bakat mereka melalui aktiviti sukan termasuk penganjuran pertandingan.
Richard berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya sempena majlis penutupan Sukan Perpaduan Pertandingan Bola Tampar Campuran anjuran PBRS N.4 Matunggong di Tindakon Dazang Beach disini.
Richard yang juga Timbalan Ketua Bahagian PBRS Matunggong berkata, program yang dianjurkan oleh PBRS Matunggong adalah usaha mendekatkan pemimpin dan golongan belia melalui aktiviti bersukan.
“Kita tahu di kawasan Matunggong ramai yang mempunyai potensi besar dalam bidang kesukanan. Maka inilah antara inisiatif kita untuk memperkembang dan mengesan bakat mereka,” kata Richard.
Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Wanita PBRS Pusat, Rosnie Manain, Naib Ketua Wanita PBRS Pusat, Zainon Hj.Kayum , Ketua Bahagian PBRS Matunggong, Henry Marajam dan AJK Bahagian PBRS Bahagian.
“Program ini juga bertujuan untuk memupuk perpaduan dikalangan belia di kawasan Matunggong,” kata Richard.
Pertandingan tersebut disertai 13 buah pasukan dari kawasan sekitar Matunggong dan Kudat. Menarik perhatian para pengunjung ke pertandingan tersebut kerana ia melibatkan pasukan campuran selain melihat keindahan pantai Tindakon Dazang.

No comments: