Tuesday, July 12, 2011

Tagal Sungai Mempisas daya tarikan terbaru di kawasan Sook

Penduduk Kg Mempisas, Sook bersama dengan ADUN Sook, YB Datuk Ellron Angin semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di kawasan itu. Ellron yang juga Pembantu Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, memuji usaha kampung itu menagal sungai sehingga membuahkan kejayaan.

"Seperti yang selalu saya saran dan nasihatkan, tagal di kawasan ini mampu menarik pelancong datang ke kampung kita," kata Ellron yang berbangga dengan pencapaian tagal di kawasn Sook khususnya di Mukim Lanas yang terkenal dengan sungai jernih yang mengalir terus ke Sungai Kinabatangan.

Beliau juga memberitahu bahawa sungai-sungai di kawasan itu adalah yang terbersih di Keningau, dan tagal juga adalah satu cara pemuliharaan kualiti sungai.

"Percayalah bahawa penjagaan sungai melalui tagal ini sangat baik , kita dapat memelihara ikan dan hidupan sungai untuk generasi kita,"kata Ellron.

No comments: