Friday, July 22, 2011

Usaha berterusan majukan kawasan pedalaman : Ahli Parlimen































Nabawan : Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutamakan keperluan rakyat dan prihatin kepada mereka meskipun jauh di ulu pedalaman.
Ahli Parlimen Pensiangan , Tan Sri Joseph Kurup berkata, beliau bersama sama dengan wakil-wakil rakyat Adun di kawasan itu sentiasa turun padang melihat rakyat.
“Kami prihatin dengan permintaan penduduk di kawasang terpencil, meskipun jauh tidak pernah ketinggalan dan kita berusaha memenuhi permintaan mereka ,” kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.
Kurup berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Perasmian Rumah Budaya Kg.Salinatan, Pensiangan.
Turut sama dalam majlis itu ialah Adun Nabawan, Datuk Bobbey Suan yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Ellron Angin yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Mantan Menteri Kebudayaan , Belia dan Sukan Sabah, Datuk Kadoh Agundong.
Kata Kurup banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan terutamannya mengenai keperluan asas penduduk. Beliau turut memuji hasil kerja pembinaan Rumah Budaya yang cantik dan terjaga.
Beliau yang juga Presiden PBRS berkata usaha bersungguh-sungguh Barisan Nasional memajukan kawasan Pensiangan itu adalah dengan adanya Pelan Tindakan Pembangunan selari dengan RMK9 yang antara lainnya bertujuan mengeluarkan rakyat dari kemiskinan.
“Kita mahu membangun ekonomi rakyat dan pelbagai usaha kita lakukan untuk mencapai matlamat ini.
Semasa lawatan itu beliau turut meninjau masalah jambatan rosak yang disebabkan oleh banjir. Semasa lawatan beliau sebelum ini Kurup telah meluluskan pembinaan Rumah Budaya dan memberikan gilingan padi kepada kaum ibu.
Sementara itu Adun Nabawan, Datuk Bobbey Suan berkata beliau berbangga dengan pencapaian kampong tersebut, yang meskipun jauh ke ulu tetapi merupakan sebuah perkampungan yang terkenal kerana usaha sekolah tersebut yang menjaga alam sekitar dan dikenali sebagai Sekolah Pelancongan.

No comments: