Monday, July 11, 2011

Pemuda Umno Pensiangan sokong kepimpinan YB Tan Sri Joseph Kurup

Perlawanan persahabatan terus eratkan hubungan PBRS dan Umno Pensiangan.

Kelihatan Ketua Pemuda Umno Pensiangan, Mohd Shafiq Peter Tinggi dan Kahirin Bador


Keningau : Ikatan persahabatan diantara Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Pergerakan Pemuda Umno Pensiangan terus utuh dan bersemarak . Terbaru pergerakan itu mengadakan perlawanan futsal persahabatan bersama dan turut disertai oleh Ketua Pergerakan masing-masing.
Perlawanan persahabatan diantara dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu adalah bertujuan memperkuatkan lagi hubungan setia diantara dua parti ini.
Ketua Pemuda UMNO Pensiangan, Mohd Shafiq Peter Tinggi berkata, Pemuda Umno Pensiangan memberi sokongan penuh kepada parti PBRS dan beliau turut menyeru kepada semua ahli Umno Pensiangan memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup selaku Ahli Parlimen Pensiangan.
Sementara itu Ketua Pemuda PBRS Sook, Kahirin Bador menyatakan rasa terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno Pensiangan kerana sentiasa menyokong aktiviti anjuran Pergerakan Pemuda PBRS.

No comments: