Saturday, March 12, 2011

Keprihatinan orang ramai bantu padam api dihargai‏

KK Ilik

Keningau : Semangat berkerjasama dan prihatin penduduk di Kampung Nandangan, Sook berjaya menyelamatkan harta benda seorang pemilik rumah kedai disini. Kebakaran yang berlaku bermula dari tingkat atas rumah kedai itu tidak disedari oleh pemiliknya kerana sibuk melayan pelanggan sementara anak-anak telah pun beredar ke sekolah.
Namun atas keperihatinan penduduk yang melihat asap tebal dari tingkat atas rumah itu, mereka telah bergotong royong memadamkan api tersebut dari terus merebak.
Pemilik rumah, KK Ilik Ukim berkata ketika kejadian itu berlaku hanya isteri , bapa serta kakaknya berada di rumah, tetapi sibuk menjalankan urusniaga seperti kebiasaannya. Rumah kedai milik KK Ilik Ukim itu adalah diantara kedai yang berniaga berhampiran dengan Skim Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) , dan merupakan kawasan yang sentiasa sibuk di kawasan luar Bandar terutamanya di Bahagian Mukim Lanas, Daerah Kecil Sook.
KK Ilik berkata, beliau sangat berterima kasih di atas bantuan orang ramai yang memadamkan api tersebut sekaligus berjaya menyelamatkan harta benda.
Kata KK Ilik, kejadian kebakaran itu mengingatkan mereka kepada satu kebakaran dahsyat di sekitar kawasan itu yang menyebabkan kehilangan nyawa satu ketika dahulu.
“Saya sangat berterima kasih kepada orang ramai yang membantu keluarga saya semasa kejadian itu. Dan saya juga sangat bersyukur kerana anggota keluarga saya juga selamat,” kata KK Ilik Ukim yang menyatakan ketika kejadian itu berlaku beliau tidak berada di rumah kerana ada urusan.
Malahan kata KK Ilik Ukim, masyarakat prihatin yang membantu memadamkan api itu ada yang mendapagt luka sehingga mendapatkan rawatan jahitan.
Anggaran kerosakan akibat kebakaran itu dianggar RM10 ribu. Namun kata KK Ilik Ukim, yang penting keluarganya selamat dalam kejadian itu.
Sementara itu Pemaju Masyarakat , Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) N.37 Sook , Ramian Ayub berkata, kampung-kampung di DUN Sook diminta untuk menubuhkan pasukan bomba sukarelawan bagi menghadapi situasi yang tidak dijangka seperti yang berlaku di Kampung Nandagan.
“Pengetahuan asas menangani kebakaran sangat penting kepada penduduk di kawasan luar bandar,” kata Ramian .

PBRS terima keahlian 500 orang di Merotai


Tawau : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kini terus melebarkan pengaruhnya di kawasan Pantai Timur dengan penubuhan sebuah lagi Bahagian parti itu di N.58 Merotai.
Pegawai Perhubungan PBRS Pantai Timur, Yunus Sampe berkata, Bahagian Merotai itu diketuai oleh seorang Pastor yang juga bekas tentera bernama Thomas Majunga, 53 tahun.
Penyerahan borang keahlian dan perasmian Bahagian Merotai itu akan diadakan pada 28hb Mac ini dalam satu upacara yang akan dihadiri oleh Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup.
Yunus yang juga Ketua Bahagian N.60 Sebatik berkata, penyertaan itu menandakan sokongan yang kuat kepada PBRS dan memantapkan lagi kekuatan Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.
Yunus berkata kehadiran PBRS di kawasan itu bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana parti komponen BN di kawasan itu, sebaliknya adalah bertujuan untuk menambahkan lagi kekuatan BN dan sama –sama menyelesaikan masalah-masalah rakyat bersama dengan pemimpin –pemimpin di kawasan itu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Bahagian N.58 Merotai, Thomas Majunga berkata, penyertaan ahli-ahli itu ke PBRS adalah bertujuan untuk memperjuangkan nasib rakyat tempatan di kawasan itu.
“Banyak masalah yang perlu diambil serius terutamanya yang melibatkan kebajikan masyarakat disini, seperti masalah tanah yang direbut oleh syarikat-syarikat , sedangkan peneroka ini adalah kebanyakannya pesara kerajaan yang telah banyak berjasa kepada kerajaan dan juga masalah dokumen yang telah memakan masa yang lama untuk diselesaikan seperti kad merah,” ujar Thomas.
Selain dari itu kata Thomas, mereka memilih PBRS kerana mereka tidak mahu bermusuhan dengan kerajaan.
“Kami terpikat dengan cara Presiden PBRS mengurus masalah rakyat berkaitan dengan tanah, kami mahu berjuang untuk tanah yang telah di duduki sejak 30-40 tahun, dan sememangnya konsep dan perjuangan PBRS telah memikat kami, dan inilah saluran kami kerana kami tidak berminat dengan parti pembangkang,” kata Thomas.
Thomas berkata seramai 500 keahlian PBRS akan diserahkan pada satu majlis bersama Presiden hujung Mac ini.

Sunday, March 6, 2011

Pangirawan Ra Pahun Pasisimpungan Kg.Loboh Baru,Nabawan.

Lagu Pensiangan dari Ketua Penerangan PBRS Nabawan, Robert Sanaron.

Antara persembahan sempena perasmian balai budaya kg.Loboh Baru.


Rasmi...YB Tan Sri memotong tutuluk tanda rasmi. Turut mengiringi Pegawai Daerah,Bubudan Majalu.



YB Tan Sri disambut penduduk kampung



oleh Rozie Jumat
Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM1,520,000 di kawasan DUN N.38 Nabawan dalam Kawasan Parlimen Pensiangan bagi melaksanakan Projek Insfrastruktur Awam & Asas(PIA) dan Projek Infrastuktur Asas (PIAS).

Ahli Parlimen 182 Pensiangan,YB Tan Sri Joseph Kurup berkata, melalui cabutan yang dilakukan baru-baru ini, Daerah Nabawan melaksanakan sebanyak 14 projek dengan kos bernilai RM1,020,000, sementara di Daerah Kecil Pagalungan, 8 projek dilaksanakan dengan kos Rm500,000. Jumlah keseluruhan projek PIA dan PIAS di kawasan itu ialah 22 buah projek.

Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia berkata, projek yang dilaksanakan itu adalah hasil perancangan Pelan Tindakan Pembangunan Pensiangan (Blue Print).

"Kesinambungan permintaan rakyat dan pembangunan memerlukan sokongan berterusan dari rakyat untuk terus memberi kekuatan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Kurup ketika merasmikan Balai Budaya Kg.Loboh Baru, Nabawan. Turut hadir Pegawai Daerah, Bubudan Majalu.

"Kami (wakil rakyat) adalah amanah rakyat dan kami sentiasa berkerja keras untuk memenuhi aspirasi rakyat," ujar Kurup.
Beliau turut menyampaikan rasa terima kasih beliau kepada Adun N.38 Nabawan, YB Datuk Bobbey Suan yang turut memberi projek penambahan bangunan tambahan di Balai Budaya itu.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu juga berkata, usaha untuk membasmi kemiskinan di kawasan itu terus dilakukan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Pada masa yang sama YB Tan Sri turut meninjau kawasan yang dilanda banjir di kampung Lima dan Kampung Enam. Beliau seterusnya mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menyertai mesyuarat bersama penduduk dan Pegawai Daerah bagi mengatasi masalah tersebut pada 7hb Mac ini di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Nabawan.

9th Session of The United Nations Forum on Forests (UNFF9), 31 Jan-7 February 2011

EXCERPTS OF STATEMENT BY
THE HON. MR. JOSEPH KURUP
DEPUTY MINISTER OF NATURAL RESOURCES AND ENVIRONMENT MALAYSIA
9TH SESSION OF THE UNITED NATIONS FORUM ON FORESTS (UNFF9), 31 Jan-7 February 2011


1. I am pleased to highlight that Malaysia is bestowed with relatively large tracts of natural tropical forest which covers about 56.4 percent of our total land area. Malaysia has managed its forests in accordance with sustainable forest management (SFM) practices. While focusing on economic growth and development, Malaysia will continue to give equal attention to promote conservation of its natural resources and environmental protection, and to utilize forest resources sustainably particularly for the benefit of the people dependent on it.
2. In Malaysia, forests play a significant role in the socio-economic development of the country. In this regard, Malaysia strongly upholds its commitment to bring development to the local and forest dependent communities, particularly in fulfilling its obligation towards poverty eradication through their involvement in the various government development programs. This is to ensure that they will not be left behind and enjoy the benefit of the country’s development and prosperity.

3. The Malaysian government is committed to ensure that the interest and the welfare of the local and forest dependent communities are protected through the creation of employment opportunities, skills and entrepreneurship training in forestry related small and medium scale industries. In addition, priorities are given for the local and forest dependent communities to actively involve and participate in various projects under the Five Year Malaysia Development Plan such as the national mangrove and coastline tree planting programs by local communities and non-governmental organizations (NGO); community forestry projects and involvement of local communities in ecotourism activities.

4. Malaysia is pleased to inform the meeting on the growing involvement of the private sectors and multinational corporations through their corporate social responsibility (CSR) programs in supporting SFM activities with the participation of local communities. Some examples of this innovative financial mechanism are reflected in the 26 Million Tree Planting Campaign, the Heart of Borneo Initiative, the Central Forest Spine Project, the Forest Rehabilitation and Management Programs as well as the Voluntary Carbon Offset Scheme (VCOS) Project.

5. Malaysia would like to stress that one of the pertinent issues in the implementation of SFM particularly in developing countries are insufficient financial resources and lack of environmentally sound technologies. Due to the immense cost involved, Malaysia believes that financing of SFM cannot be discussed within the context of national boundaries alone. There is an urgent need to mobilize increased, new and additional financial resources to enhance capacity development and transfer of environmentally sound technologies to developing countries in order to support efforts in implementing SFM that contribute to sustainable development and poverty eradication. Therefore, Malaysia strongly supports the proposal to establish the voluntary Global Forest Fund (GFF) for SFM to be considered at the 10th Session of the United Nations Forum on Forests in 2013.

6. Malaysia reiterates our commitment to the implementation of sustainable forest management. Realizing the importance of forest for economy, social and environmental stability, Malaysia is committed to maintain a minimum of 50 percent of its land area under forests and tree cover. Currently, about 56.4 percent of our land area is covered by forests.

7. Malaysia places great emphasis in the conservation and management of our forest resources on a sustainable manner which is costly, technically high and complex. We strongly uphold our commitment to improve the livelihood of our people and to fulfill our obligation in eradicating poverty. As a developing country, we are committed to mainstream the conservation and sustainable management of our biodiversity and forests in our socio-economic development agenda.
8. Malaysia welcomes Forests 2011 as an opportunity to highlight the importance of forests to all Malaysian, especially to strengthen our political commitment in achieving SFM as well as to increase awareness of the contribution of forests towards sustainable development. As the focal point, the Ministry of Natural Resources and Environment Malaysia will coordinate activities with the involvement of various government agencies, private sectors, local communities, children and NGOs, and the International Year of Forests will be officially launched on 21st March 2011, in conjunction with the World Forestry Day and World Wetland Day celebration. The week of 21st to 29th March 2011 will be declared as “Forests 2011 Week of Malaysia”. The events for Forests 2011 are being incorporated with the existing “26 Million Trees Planting Campaign” under the theme “Greening the Earth: One Malaysian One Tree”.

9. On that note, in the spirit of the Forests 2011 celebration, Malaysia would like to reiterate the urgent need to develop an effective approach for forest financing from all sources, capacity building and the transfer of environmentally sound technology to support the efforts of developing countries to manage their forest resources sustainably.




Sekitar lawatan ke Kg.Pengaraan, Nabawan.

YB Tan Sri bantu angkat barang dari lori bagi mengurangkan bebanan sebelum ditarik dari terkandas dalam lumpur.
YB berbual dengan guru-guru di Sk.Pengaraan yang memberi tumpang tinggal YB dan rombongan di sebuah rumah guru di kampung tersebut.
Beginilah keadaan jalan raya yang kami lalui menggunakan laluan kayu balak (logging).
antara cabaran ke Kg.Pengaraan.
Kg.Pengaraan,Nabawan.

Nabawan : Rakyat di kawasan yang terlibat dengan masalah tanah hutan simpan dan sistem pengangkutan bermasalah diminta untuk bersabar kerana tindakan telah diambil untuk mengatasi masalah mereka.
Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pengaraan disini.
Kurup berkata beliau faham kedudukan kampong itu yang sangat jauh di pedalaman. Namun beliau memuji ketabahan rakyat yang tetap menerima keadaan mereka dan tetap setia di perkampungan itu.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, rakyat tidak perlu bimbang dengan kedudukan mereka di kawasan itu kerana mereka tidak akan diganggu (Jabatan Hutan) selagi mereka mematuhi polisi kerajaan mengenai Tanah Hutan Simpan.
“Tanah ini memang milik kamu dan tidak akan diganggu. Begitu juga dengan tanah yang diusahakan Cuma patuhilah syarat jangan besarkan lagi,” kata Kurup. Beliau juga memberi jaminan geran komunal bakal diberikan juga akhirnya.
Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang sepatutnya diiringi oleh beberapa pegawai dari jabatan kerajaan , terpaksa meneruskan rombongannya sendiri apabila jabatan-jabatan kerajaan yang berkenan berpatah balik kerana tidak sanggup meneruskan perjalanan kerana jalan raya teruk.
Kata Kurup beliau datang jauh ke Pengaraan kerana beliau mendengar masalah rakyat di kawasan itu dan mahu melihat sendiri keadaan rakyat di kawasan itu.
Rombongan Ahli Parlimen itu bertolak dari Keningau pada jam 9.30 pagi dan tiba di Kg.Pengaraan, Nabawan pada jam 5.00 petang kerana jalan raya yang teruk.
Semasa di pertengahan jalan di laluan balak itu, Kurup dan rombongan juga turut membantu menolak sebuah lori yang terkandas semalaman menggunakan tiga buah kereta berkuasa besar.
“Sememangnya inilah tujuan saya datang ke kampong ini untuk melihat keadaan jalan raya,” kata Kurup yang turut mengambil gambar beberapa buah jambatan merbahaya dan jalan raya yang teruk untuk diserahkan kepada YAB Perdana Menteri.
“Beri saya masa untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Kurup memberitahu laporan lawatan dan tinjauan itu akan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri.
Sempena majlis itu juga Kurup turut menyampaikan 1000 keping zink dan menerima penambahan keahlian baru PBRS.

Sebuah lagi asrama desa dibina di Kawasan Pensiangan

Rasmilah sudah...
YB Tan Sri Joseph Kurup disambut penduduk kampung Bonor.

Bakal dihuni tidak lama lagi


Papan tanda ke Kg.Bonor



Dapur asrama desa




Asrama Desa SK.Bonor





Keningau : Bertembung dengan pelajar yang berjalan kaki semasa membuat lawatan ke kawasan-kawasan terpencil di Mukim Dalit. Ahli Parlimen Pensiangan, YB Tan Sri Joseph Kurup, kemudiannya menyelidiki latar belakang pelajar tersebut. Dan mendapati para pelajar yang berjalan kaki tersebut berjalan seawal pagi untuk bersekolah ke SK.Bonor. Kebanyakan pelajar ini berjalan kaki awal ke sekolah kerana kedudukan tempat tinggal mereka yang jauh dari sekolah yang berdekatan.

Atas keprihatinan Ahli Parlimen, beliau telah memberikan satu projek khas menggunakan peruntukan khas beliau untuk membina sebuah asrama desa di SK.Bonor. Pembinaan asrama itu kini telah siap sepenuhnya dan telah dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen pada 26 Februari 2011 yang lalu.

YB.Ahli Parlimen yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia berkata, keperluan asrama itu akan beliau usahakan.
Beliau berkata bahawa pendidikan adalah sangat penting , oleh itu beliau mahu dengan adanya asrama itu, para pelajar dari kawasan Pensiangan mampu bersaing dengan pelajar yang lain di luar kawasan.
"Jika mereka berjalan kaki begitu jauh, dan tiba di sekolah dalam keadaan penat, sudah tentu mereka (pelajar) sukar menerima pembelajaran mereka. Saya sangat berharap agar dengan adanya kemudahan ini akan dapat melahirkan generasi dan pelajar yang bijak dan cergas," kata Kurup.
Turut hadir, Wakil Rakyat Sook, YB Datuk Ellron Angin.







Sambutan Tahun Baru Cina julung kali diadakan di P182 Pensiangan







Keningau : Masyarakat Tiounghua dalam kawasan Parlimen 182 Pensiangan mencipta sejarah tersendiri buat pertama kalinya mengadakan sambutan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Satu-satunya perkampungan Cina di kawasan itu ialah Kampung Ansip Tengah, dengan kebanyakan penduduknya adalah pekebun dan penternak, meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama Ahli Parlimen Pensiangan dan Wakil Rakyat N.37 Sook.

Pengerusi Penganjur majlis pemimpin bersama rakyat sempena sambutan Tahun Cina , Chong Nyuk Phing berkata, sambutan itu yang dianjurkan bersama Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan, membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak meminggirkan golongan minoriti dalam sesuatu kawasan seperti perkampungan Kg.Ansip.

Menurut Chong, sambutan perayaan di peringkat kampung tidak pernah diadakan di kampung itu, dan majlis rumah terbuka yang diadakan adalah julung kali diadakan.
"Dalam sejarah kampung ini tidak pernah ada pemimpin datang dan makan bersama-sama kami apatah lagi menyambutnya secara besar besaran ," kata Chong.
Katanya kehadiran pemimpin di kawasan itu dalam majlis seumpama itu ibarat seorang saudara atau anak yang berkumpul bersama keluarga sempena perayaan tersebut.
Kata Chong, kampung itu juga berterima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi projek kepada kampung itu terutamanya membaiki sistem perparitan bagi mengatasi masalah banjir.
Penduduk kampung juga meminta agar jalan ke kuil tapikung dan sekolah Cina di kampung itu diberi perhatian kerajaan.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Tan Sri Joseph Kurup berkata, walaupun masyarakat Cina di kawasan P182 Pensiangan adalah sedikit tetapi masyarakat itu juga telah memberi sokongan dan kerajaan sangat menghargai sumbangan mereka.
"Seperti kaum-kaum yang lain, masyarakat Cina di kawasan ini tetap merupakan penyokong kuat kepada BN meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti isu-isu kenaikan harga barang, kerana mereka berkeyakinan terhadap keupayaan BN menangani isu-isu semasa," kata Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan. Turut hadir, Wakil Rakyat Sook, Datuk Ellron Angin, ketua ketua masyarakat Cina Keningau, dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan, Vincent Lee.
mengenai majlis rumah terbuka itu, Kurup berkata, perpaduan dapat ditingkatkan melalui kefahaman melalui budaya suku kaum lain.
"Ini adalah satu aktiviti yang meningkatkan kefahamam toleransi di kalangan masyarakat kita yang pelbagai kaum," kata Kurup.
Dalam pada itu Kurup juga berkata akan meraikan semua perayaan masyarakat Pensiangan pada tahun ini.