Wednesday, October 28, 2009

Mercy Malaysia beri perkhidmatan percuma di Pegalungan

Beri manfaat kepada rakyat pedalaman ..Vincent
Keningau : Pejabat Perhubungan Parlimen 182 Pensiangan mengalu-alukan kedatangan rombongan Mercy Malaysia dalam rangka memberi perkhidmatan percuma kepada rakyat di Daerah Kecil Pagalungan. Seramai 56 rombongan dari Mercy Malaysia yang berpengkalan di Kuala Lumpur itu akan membawa bersama 13 orang doctor pakar yang antaranya pakar sakit puan dan doctor gigi.
Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen 182 Pensiangan, Vincent Lee berkata, rombongan Mercy Malaysia itu akan bertolak pada 30hb Oktober jam 10.00 pagi dari Keningau dan dijangka akan tiba di Pekan Pagalungan, dalam Daerah Kecil Pagalungan pada jam 3.00 petang. Rombongan itu akan memberi perkhidmatan mereka pada 31hb ini bermula seawal pagi dan kembali ke Kota Kinabalu pada 1hb November ini.
“ Kami amat berterima kasih kepada Mercy Malaysia kerana memberi perhatian kepada rakyat di pedalaman seperti Mukim Pegalungan dan Mukim Pensiangan dalam memberikan perkhidmatan perubatan. Ini satu berita baik kepada mereka yang tinggal di sekitarnya kerana dapat memanfaatkan program ini,” kata Vincent.
Sempena program itu juga kata Vincent, pihak Jabatan Pendaftaran Negara akan memberi perkhidmatan pendaftaran lewat lahir , manakala Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am akan membuka kaunter untuk pendaftaran E-Kasih dan Projek Cari. Program itu juga dimanfaatkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dengan membuka kaunter pendaftaran bagi pemilih baru.
" Penganjur iaitu Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan dan Pejabat Daerah Kecil Pagalungan amat mengalu-alukan program seumpama ini kerana ianya memberi perkhidmatan kepada rakyat serta meringankan bebanan yang ditanggung terutamanya berkaitan dengan tambang untuk ke Bandar,” kata Vincent.
Turut hadir sempena program itu ialah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar , Tan Sri Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.
Satu penyerahan sumbangan bantuan kepada penduduk Rumah Panjang Kg.Mangkam yang diterbangkan angin akan turut dilaksana sempena program itu, dan penyerahan bantuan kewangan Bantuan Orang Tua hasil dari Ops Klien Projek Cari sebelum ini.
Oleh itu kata Vincent , rakyat di sekitarnya adalah diminta untuk memanfaatkan program tersebut.

Monday, October 26, 2009

Adun Sook berang rumah dibuat 'cincai'

Ellron dan Charles di rumah En. Amon Layau yang diperbuat daripada papan lapis.

Ellron berbual dengan Pn.Mondodoi Angga, Kg.Mempisas
Rumah berdinding dan berlantaikan papan lapis di Kg.Mempisas, Sook

KENINGAU : Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron melahirkan rasa kesal dan dukacitanya kerana dua buah rumah bagi Projek Bantuan Rumah (PBR) di kawasan beliau dibina dengan menggunakan plywood. Beliau yang melakukan pemantauan hasil aduan orang ramai melalui Pejabat Unit Kemajuan Rakyat N.37 Sook, mahu tindakan tegas dilakukan agar perkara seumpama itu tidak berlaku di masa yang akan datang.

Ellron yang juga merupakan Wakil Rakyat Sook berkata, dua penerima PBR di Mukim Lanas iaitu Puan Mondodoi Angga di Kg.Mempisas dan Encik Amon Layau di Kg.Kilo, adalah golongan yang memerlukan rumah namun apa yang mendukacitakan rumah yang dibina untuk kedua mereka tidak mengikut spek kerja malahan telah lari dari konsep sebenar PBR.

Menurut Ellron , kawasan N.37 Sook menerima sebanyak 51 buah rumah PBR untuk dilaksana pada tahun 2009. Namun kesemua projek itu berjalan dengan lancar dan sebahagiannya telah didiami oleh penerimanya.

“ Saya amat kesal dengan apa yang berlaku ini , dan saya ingin beri jaminan disini bahawa masalah ini akan dibawa ke mesyuarat tindakan daerah untuk tindakan seterusnya,” kata Ellron.

Menurut sumber projek PBR itu dilaksana pada tahun 2008. Seorang penerima PBR itu berkata, kontraktor itu memberitahu mereka mendapat PBR dan membantu membina rumah itu.

Menurut Ellron , kerajaan mahu keutamaan rakyat diutamakan , dan golongan sasar mendapat manfaat dari projek yang diusahakan oleh kerajaan.

Namun katanya, sikap kontraktor yang membuat kerja sambil lewa itu harus diambil tindakan dan disenaraihitamkan dari melaksana projek kerajaaan seumpamanya terutama di kawasan Sook.Sebagai rujukan peruntukan seunit rumah PBR ialah RM40 ribu di Daerah Kecil Sook. Terdapat dua pilihan untuk projek rumah itu iaitu rumah kayu dan konkrit.


Tuesday, October 20, 2009

Bangunan Rumah Panjang Baru dicadangkan Untuk Kg Mangkam , Pagalungan

Simpil (bertopi) bersama dengan PJKKK Kg.Mangkam, Panawari Alim.

Nabawan : Sebuah bangunan rumah panjang yang baru akan dicadangan untuk 20 keluarga di Kampung Mangkam, Daerah Kecil Pagalungan yang terjejas akibat ditiup angin minggu lalu.
Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen Pensiangan Mukim Pegalungan, Simpil Andigos berkata, beliau telah mengemukakan cadangan kepada Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkenan dengan perkara tersebut. Namun buat sementara waktu ini kata Simpil , penduduk rumah panjang itu akan dibantu dengan keperluan lain bagi meringankan bebanan yang ditanggung.
Minggu lalu bangunan rumah panjang Kg Mangkam telah diterbangkan angin sekaligus menyebabkan seramai 20 keluarga terjejas dan tidak mempunyai tempat tinggal. Ada diantara mereka terpaksa membuat khemah sebagai tempat berteduh.
Kata Simpil, bangunan rumah panjang itu sebelum kejadian juga sebenarnya telah uzur dan telah mendapat perhatian dari Wakil Parlimen untuk diperbaiki.
“ Kejadian ini sememangnya amat malang bagi penduduk kerana mereka tidak ada tempat untuk berteduh. Namun kita tidak akan mengabaikan sama sekali kebajikan mereka,” kata Simpil yang membuat lawatan ke kampung berkenan.
Kata Simpil yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) , Ahli Parlimen Pensiangan akan melawat ke kampung itu untuk menyampaikan bantuan hujung bulan ini bersama dengan Wakil Rakyat Nabawan.

Monday, October 19, 2009

PBRS akan terus bersama dengan rakyat : Kurup

Ahli baru PBRS dari Kundasang
Kurup disambut oleh ahli PBRS di Kundasang

Ranau : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) terus mendapat sambutan di kalangan rakyat di negeri ini kerana perjuangannya yang ikhlas, mendengar serta menjaga kepentingan rakyat.
Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup berkata, meskipun melalui pelbagai liku serta cabarannya , PBRS terus menjadi pilihan rakyat di kawasan luar Bandar kerana parti itu memperjuangkan nasib dan masa depan rakyat.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBRS N.29 Kundasang di Rumah Rehat disini.
Katanya, PBRS telah melalui pelbagai liku serta krisis sebelum ini namun kerana perjuangannya yang ikhlas kepada rakyat, parti ini terus meningkat dan terus disokong oleh rakyat.
Beliau berkata pemimpin dan penyokong PBRS di peringkat akar umbi dan bahagian harus memahami istilah perjuangan dan pengorbanan yang harus mereka lakukan.
“ Apabila kita berjuang mesti ada pengorbanan, dan harus berani menyuarakan suara ramai dan meneliti luahan rakyat,” kata Kurup..
Seorang pemimpin kata Kurup mempunyai tanggungjawab yang besar, dan harus komited dan dedikasi terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat.
“ Dengan peranan seorang pemimpin , suara rakyat dapat didengar . Inilah komitmen dan peranan yang harus dilakukan seorang pemimpin,” ujar Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Turut hadir di majlis itu ialah Naib Presiden PBRS, Datuk Kadoh Agundong , Ahli MAjlis Tertinggi PBRS dan Exco Wanita.
Kurup juga meminta agar parti itu terus meningkatkan peranan dan kekuatan mereka di peringkat akar umbi sebagai keutamaan.
Di majlis itu Kurup turut menerima boring penyertaan ahli PBRS seramai 40 orang dari Kg.Timbua dan 30 orang ahli dari Kg Dantayon Nalumad.
Kurup juga berkata, PBRS harus mengambil pendekatan rajin turun padang dan mendekati ahli-ahlinya. Beliau turut memuji semangat kesetiaan ahli-ahli PBRS di kawasan itu yang sabar dan tabah dalam perjuangan mereka, meskipun tersisih selepas pilihanraya umum yang lalu.

Wednesday, September 23, 2009

Katherdal St Farncis Xavier , Keningau dapat 2 buah motor
















Keningau : Katherdal St Francis Xavier disini menerima dua buah motorsikal jenis Modenas sumbangan dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) melalui Presidennya Tan Sri Joseph Kurup yang juga merupakan Ahli Parlimen Pensiangan dan juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar .
Di majlis penyerahan , Kurup berkata sumbangan dua buah motor itu akan digunakan untuk tujuan pelayanan gereja itu.
Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata, kerajaan sentiasa memberikan bantuan kepada badan bukan Islam seperti gereja Katolik. Bagaimanapun katanya, setiap peruntukan itu ada proses dan mengambil masa.
“ Sebagai umat inilah tanggungjawab kita kepada pelayanan gereja, membantu orang kita,” kata Kurup merujuk kepada ketikis-ketikis di kawasan luar Bandar yang memerlukan pengangkutan bagi tujuan berkhidmat kepada rakyat.
Sumbangan itu diterima oleh Uskup Datuk Cornelius Piong dan dihadiri oleh ahli Majlis Pastoral yang diketuai oleh Maria Kuntiou , Timbalannya Mathius Manang.

( kelihatan dalam gambar ) Bishop Keningau, Datuk Cornelius Piong melihat motorsikal yang disumbangkan oleh Kurup terhadap Katherdal St Franxis Xavies disini.

Komitmen di Persekutuan Tidak Ganggu Prestasi Saya di kawasan : Kurup

Keningau : Komitmen kerja di Persekutuan tidak menghalang dan mengganggu wakil rakyat untuk menemui dan menjalankan tanggungjawab kepada rakyat di kawasan, sebaliknya merupakan agenda utama kerajaan.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, setiap hujung minggu beliau memperuntukkan masa melawat dan menemui rakyat di kawasan Pensiangan, selain menghadiri majlis atau mesyuarat rasmi yang menjadi keutamaannya seperti mesyuarat mengenai tanah dan tindakan daerah.
“ Dengan kawasan Pensiangan yang cukup luas , sudah tentulah saya harus membahagikan masa untuk menemui rakyat, namun komitmen terhadap rakyat adalah keutamaan saya,” kata Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Kurup berkata demikian di Majlis Perasmian Program Info Bestari bersempena Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Magatang dalam Mukim Pegalan disini. Turut hadir Pemimpin Kemajuan Rakyat Sook, Charles Ikang. Di majlis itu seramai 100 ketua keluarga diberikan bantuan zink.
Kata Kurup , rakyat Pensiangan juga mempunyai kedudukan yang baik di peringkat Persekutuan kerana wakil rakyat mereka dilantik sebagai timbalan menteri yang boleh membawa masalah rakyat di peringkat atasan secara terus.
“ Memang terdapat menteri atau timbalan menteri yang tidak dapat melawat rakyat dan kawasan mereka kerana tuntutan kerja di peringkat Persekutuan. Tetapi bagi saya komitmen saya di kementerian tidak mengganggu prestasi saya di kawasan…ada atau tiada pilihanraya kita akan tetap melihat rakyat,” kata Kurup.
Katanya beliau sentiasa merindukan rakyat di kawasan Pensiangan, dan bukan sahaja mahu membawa perubahan serta kemudahan, tetapi berusaha mencari jalan penyelesaian terutamanya kedudukan penduduk di kawasan hutan simpan.

Saturday, August 1, 2009

PBRS sensitif kepada rakyat







Keningau : Parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili suku kaum KDM harus diberi keutamaan untuk menjaga dan melindungi suku itu sekiranya terdapat kawasan baru diwujudkan dalam persempadanan baru yang sedang dijalankan pada ketika ini melibatkan kawasan-kawasan KDM.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup berkata , rakyat KDM juga harus bersatu padu dan memberikan sokongan yang kuat kepada parti KDM yang selama ini berjuang untuk pembangunan , menghormati budaya serta melindungi agama.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Syumber Asli dan Alam Sekitar berkata, terdapat parti komponen yang menuntut kawasan baru di pedalaman, dan mahu kawasan itu diberikan kepada parti mereka.

“ Ini bukan satu tindakan yang baik oleh rakan kita , tetapi satu bentuk penindasan, oleh itu permintaan mereka (parti) haruslah munasabah dan sepatutnya kita duduk bersama untuk membincangkan mengenai soal tersebut,” kata Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.
Menurutnya dalam pelan persempadanan baru itu Mukim Trans Pegalan dalam kawasan DUN Sook akan terlibat dan terletak dalam kawasan baru di masa yang akan datang.
Kata Kurup, rakyat juga harus sedar bahawa sokongan mereka adalah sokongan yang sangat berkualiti , dan mereka harus mengelak dari dijadikan alat untuk mereka yang mahukan kuasa kemudiannya tidak dapat berbuat apa-apa apabila ianya menyentuh mengenai budaya dan agama KDM.

Oleh itu katanya, rakyat KDM harus bersatu padu dengan memberikan sokongan padu kepada parti-parti KDM dalam BN seperti PBRS.

Beliau berkata demikian di majis pemimpin bersama rakyat di kampong Merapok. Turut hadir Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Angin yang juga Wakil Rakyat Sook, Ketua Pemuda PBRS, Vincent Lee dan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sook, Charles Ikang.

Kurup yang juga Pengerusi BN Pensiangan berkata, PBRS tidak akan berdiam diri dalam soal tersebut.