Wednesday, November 25, 2009

PERANAN DAN SUMBANGAN WANITA DI IKTIRAF



Nabawan : Golongan wanita masakini semakin menyerlah dan menonjol dari segi prestasi bahkan menguasai kerjaya yang dahulunya biasa dipelopori oleh golongan lelaki.


Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, tanggapan wanita adalah golongan lemah adalah tanggapan orang lama, kerana pada hakikatnya wanita masa kini telah membuktikan mereka mampu dan setaraf dengan golongan lelaki.


Kurup berkata demikian di Majlis Perasmian Penutupan Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita Peringkat P.182 Pensiangan disini. Seminar itu dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.


Katanya, di sekolah ramai pelajar perempuan mempunyai prestasi akademik yang lebih baik, manakala di perusahaan serta kakitangan kerajaan golongan itu juga mempunyai kedudukan dan jawatan yang tinggi. Keadaan itu kata Kurup membanggakan golongan wanita dan menjadi sumber inspirasi kepada yang lain.


Dalam pada itu Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, keganasan wanita berkait rapat dengan perspektif gender dimana melalui tanggapan adat resam dalam sesuatu masyarakat yang melabelkan golongan itu sebagai lemah , tidak berfikiran rasional dan tidak setaraf dengan seorang lelaki.


Kata Kurup, dengan perubahan dan peredaran zaman yang berlaku , peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara semakin besar. Maka selayaknya wanita pada hari ini mendapat pembelaan dan perhatian masyarakat seterusnya mengiktiraf mereka sebagai satu elemen yang mempunyai keupayaan dan kebolehan yang sama rata kea rah pembangunan social dan ekonomi Negara.


Turut hadir di majlis itu ialah Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah , Imran Kamali Ahmad Nadzirin.

Monday, November 23, 2009

RUMAH PPRT GUNA PLYWOOD DIGANTI DENGAN PAPAN KAYU

rumah plywood sebelum ini
diganti dengan papan kayu

Keningau : Rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diperbuat daripada papan lapis di Daerah Kecil Sook yang didedahkan di Daily Express baru-baru ini kini telah diganti dengan papan. Hasil tinjauan di Kg.Mempisas, Sook mendapati rumah bernilai RM25ribu itu telah ditukar dengan papan kayu.
Puan Mondodoi Angga, penerima rumah PPRT itu memberitahu pegawai-pegawai kerajaan telah datang memantau rumah itu termasuklah dari Pegawai PPRT.
" Saya diberitahu sepatutnya ada dapur dan tandas...wakil rakyat pun ada melawat, apa pun saya berterima kasih dengan rumah yang diberikan kerajaan ini" kata Mondodoi.
Dalam pada itu Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook, Peter Beaty berkata projek itu adalah bernilai RM25 dibawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
PPRT kini dikenali sebagai Program Bantuan Rumah (PBR) dengan nilai kos sebuah rumah ialah RM40 ribu.

Tidak mahu lagi jadi pembangkang : Johnny Sipit

Johnny Sipit naikkan bendera PBRS tanda menyertai Barisan Nasional (BN) dihadapan
Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup

Keningau : Saya tidak mahu lagi kekalkan status pembangkang , saya sudah lama berada di dalam parti pembangkang tetapi sehingga kini tidak mampu berbuat apa –apa kepada, sebaliknya menimbulkan perpecahan luah seorang pemimpin veteran pembangkang , Johnny Sipit, 54 dari Mukim Lanas.


Beliau merupakan ahli parti pembangkang sejak 1999 mengakui tidak mahu menjadi ahli pembangkang seumur hidup dengan kini mengambil keputusan untuk Barisan Nasional (BN) melalui Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Turut bersamanya seramai 70 orang ahli.


"Perjuangan menentang kerajaan, kita tidak akan mendapat perubahan. Malahan terpinggir dan jauh ketinggalan. Lebih ramai lagi yang akan menyertai BN melalui PBRS," kata Johnny dalam satu penyerahan borang keahlian kepada Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg.Seselungon, Mukim Lanas disini.


"Saya terfikir sampai bila saya menentang dan menjadi pembangkang. Saya tidak mahu menjadi pembangkang seumur hidup kerana saya melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan," kata Johnny yang merupakan penyokong kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihanraya umum yang lalu dan telah menentang kerajaan sejak 1999.


Kata Johnny, Jawatan yang tinggi dalam parti tidak bermanfaat kepada penduduk dan penyokong pembangkang di peringkat akar umbi.


" Saya tertarik hati dengan PBRS dan menyertainya kerana wakil rakyat PBRS telah bekerja dengan baik," kata Johnny.


Turut hadir di majlis itu ialah Wakil Rakyat N.37 Sook, Datuk Ellron Angin yang juga Timbalan Presiden PBRS.

Rakyat Sabah bertuah miliki sumber semulajadi

Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup terima borang dari John Mondolok


Rozie Jumat

Tenom : Rakyat di negeri ini cukup bertuah kerana mempunyai alam sekitar yang indah dan dianugerahi dengan sumber semulajadi seperti sungai, berbanding negera lain yang terpaksa menggunakan teknologi tinggi bagi mendapatkan air laut untuk tujuan keperluan harian.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph kurup berkata, lawatan ke Mesir baru-baru ini memberikan kesedaran dalam dirinya bahawa Sabah merupakan sebuah tempat yang cukup bertuah kerana memiliki sumber alam semulajadi berbanding negara Mesir yang lebih banyak batu dan pasir.

Berucap ketika Merasmikan majlis penutupan Mesyuarat Tahunan Gabungan Bahagian PBRS N.35 Melalap dan N.36 Kemabong, Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata, oleh itu penduduk di negeri ini harus memelihara alam sekitar mereka dan mengelakkan pencemaran di sungai yang menjadi sumber minuman.

Menurut Kurup, penduduk Mesir menggunakan air laut yang ditapis sebagai kegunaan harian, oleh itu katanya rakyat harus mengambil iktibar dari rakyat Mesir yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan air.

Dalam pada itu Kurup turut mengalu-alukan permohonan kemasukan keahlian seramai 760 orang ahli baru Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dengan penambahan 24 cawangan baru bagi N.36 Kemabong dalam satu majlis penyerahan disini.

Mewakili ahli -ahli baru itu , John Mondolok berkata, setelah mereka membuat penilaian dan penelitian mereka mendapati PBRS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Bumiputera seperti suku kaum Murut.

" Kami mahu meneruskan perjuangan kami melalui PBRS ," kata John.

Windows Live Hotmail

Windows Live Hotmail: "Keningau : Jabatan Kesihatan Nabawan dengan kerjasama Biro Kebajikan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akan mengadakan Kem Kesihatan pada 21 November 2009 (Sabtu) ini di Sook. Kem Kesihatan itu terbuka kepada penduduk di sekitar Daerah Kecil Sook bertempat di Dewan Masyarakat Pekan Sook .

Setiausaha Ahli Jawatan Kuasa Penganjur, Cik Noemi Dulau berkata, perkhidmatan yang akan diadakan itu adalah percuma dan penduduk yang berhampiran adalah dialu-alukan untuk mendapatkan rawatan kesihatan . Program itu bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 1 petang .

Kem Kesihatan itu antara lainnya mengadakan pemeriksaan payu dara, pemeriksaan dan cabut gigi, pemeriksaan darah /Kesihatan serta rawatan kesihatan kanak-kanak dan ubat cacing.

Menurut Noemi, bersempena dengan program itu juga Biro Kebajikan PBRS akan mendaftar nama bagi mereka yang mempunyai masalah mulut sumbing, dan akan dibantu untuk membuat rawatan secara percuma dalam satu projek biro itu dimasa akan datang.

Sehubungan dengan itu kata Noemi yang juga Pegawai Perhubungan Parlimen 182 Pensiangan, rakyat di sekitar daerah itu adalah dialu-alukan untuk memanfaatkan perkhidmatan tersebut yang dianjurkan khusus untuk penduduk di kawasan luar Bandar."

Friday, November 13, 2009

Hospital Nabawan bukan projek terbengkalai , tetapi tertangguh


Keningau : Tindakan telah dilakukan oleh Ahli Parlimen 182 Pensiangan untuk memastikan sebuah hospital dapat di dirikan di daerah Nabawan. Sehubungan dengan itu rakyat di kawasan Pensiangan khususnya di daerah Nabawan tidak perlu merasa keliru dengan isu serta propaganda yang dilakukan oleh pihak pembangkang mengenai status perancangan pembinaan Hospital Daerah Nabawan yang dikatakan terbengkalai.
Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan, Vincent Lee berkata, usaha serta tindakan telah dilakukan oleh YB Tan Sri Joseph Kurup sejak dari awal beliau mewakili kawasan Parlimen Pensiangan, termasuklah melakukan lawatan ke klinik kesihatan daerah dan mendengar taklimat dari Jabatan Kesihatan mengenai status hospital berkenan.
Oleh itu kata Vincent , Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mahu hospital itu dibina di daerah itu , kerana ia adalah satu keperluan yang sangat mendesak dan mustahak bagi penduduk di kawasan luar Bandar.
“ Wakil Rakyat dan Pejabat Perhubungan juga sentiasa bekerja keras agar setiap agenda pembangunan di kawasan ini mencapai kepada objektifnya, dan sudah tentu sama sekali hospital itu adalah keutamaan wakil rakyat yang melihat sendiri kesengsaraan rakyat,” kata Vincent.
Sehubungan dengan itu kata Vincent, kenyataan pihak pembangkang itu adalah semata-mata demi mengelirukan rakyat di kawasan luar Bandar dan adalah agenda parti berkenan untuk meraih simpati.
Vincent berkata bahawa Kurup yang merupakan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar juga mahu membawa Menteri Kesihatan ke kawasan itu untuk melihat daerah Nabawan dan mengapa daerah itu memerlukan hospital tersebut yang tertangguh pembinaannya sejak Rancangan Malaysia Ke-8.
“Rakyat Pensiangan amat bertuah kerana ahli parlimen mereka mempunyai hubungan yang baik dengan menteri-menteri kabinet persekutuan, dan masa inilah masa yang terbaik untuk wakil rakyat mereka untuk memastikan projek tertangguh itu dapat dilaksana dengan seberapa segera,” kata Vincent.
Pengumuman mengenai pembinaan hospital itu dibuat oleh Perdana Menteri yang ketika itu sebagai Menteri Pertahanan semasa berkempen bagi calon Barisan Nasional (BN) menentang pembangkang pada pilihanraya DUN Sabah 1994.

Tuesday, November 3, 2009

Projek terbengkalai rugikan rakyat : Kurup

Rumah kakitangan Pejabat Daerah Kecil Pagalungan yang terbengkalai


Nabawan : Projek-projek kerajaan yang terbengkalai rugikan rakykat dan membebankan kerajaan. Sehubungan dengan itu kerajaan adalah digesa untuk menyiasat kontraktor yang berkenan dan menyenarai hitamkan mereka di masa yang akan datang.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, apabila sesebuah projek ditinggalkan oleh kontraktor, maka kerajaan terpaksa membuka semula projek itu untuk ditender dan membuat penambahan kos.
" Jika projek itu ditinggalkan atau terbengkalai, tidak ada kontraktor yang sanggup melaksananya kerana kos telah berkurangan dan hanya merugikan mereka. Tetapi jika projek itu ditinggalkan sudah tentu ianya merugikan kerajaan dan penggunanya, " kata Kurup yang mengadakan pemantauan ke tapak projek-projek pembangunan di Daerah Kecil Pagalungan disini bersama Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan, Sukiang Ensing dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan, Vincent Lee.
oleh itu kata Kurup , untuk meneruskan projek itu kerajaan terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi memastikan projek kerajaan dapat dilaksana dan memberi manfaat kepada rakyat. "
Apabila ini berlaku sudah tentu wang rakyat digunakan untuk membiaya projek terbengkalai, dan ini adalah satu pembaziran wang rakyat , pembaziran cukai rakyat," ujar Kurup yang melawat pembinaan perumahan kakitangan kerajaan di daerah tersebut yang sepatutnya disiapkan pada awal tahun 2008.
Rumah 2 unit itu yang menempatkan rumah Penolong pegawai daerah dan kakitangan Daerah Kecil Pagalungan menelan belanja RM500 ribu, kini terbiar dan hanya mencapai 50 peratus pembinaannya. " Rakyat terpaksa membayar lebih untuk kos itu , ini tidak sepatutnya berlaku, dan kontraktor terbabit seharusnya menyiapkan projek ini mengikut masa yang ditetapkan dengan menggunakan kos yang telah diperuntukkan," kata Kurup.
oleh itu kata Kurup , kerajaan harus menyenarai hitamkan kontraktor yang gagal menyiapkan projek kerajaan. Sempena lawatan itu Kurup turut melawat tapak dewan masyarakat dan gerai yang bakal disiapkan tidak lama lagi. Manakala bangunan urusetia daerah kecil itu kini telah siap dan hanya menunggu masa untuk digunakan.
Sementara itu Kurup juga menyampaikan rasa terima kasih beliau terhadap Mercy Malaysia dan UMW yang melaksanakan satu projek perkhidmatan perubatan di daerah itu yang menarik lebih kurang 1000 orang untuk mendapatkan rawatan.
" Program seumpama ini amat penting kerana rakyat dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka untuk ke hospital besar di Keningau," kata Kurup.