Wednesday, May 4, 2011

Biro Kebajikan PBRS lawat ahli di hospital



Kota Kinabalu : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) melalui Biro Kebajikannya melawat seorang ahli yang telah ditahan di hospital. Lawatan tersebut bertujuan untuk memberi semangat serta sokongan moral kepada Jani Gambar, dari Kg.Kalampun Sook di Hospital Queen 1 disini yang akan menjalani pembedahan.
Rombongan itu diketuai oleh Dr.Florentius Epin Banik. Dalam pada itu rombongan itu juga turut menyampaikan bantuan untuk menampung kos rawatan beliau.
PBRS melalui Biro Kebajikannya bukan sahaja membuat lawatan kepada ahli-ahlinya juga turut menjalankan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan mengadakan program perkhidmatan perubatan secara percuma terutamanya di kawasan P.182 Pensiangan.
Dalam pada itu Ketua Biro Kebajikan PBRS, Dr.Florentius Banik juga menggesa kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia agar mengambil tindakan segera mengatasi masalah prestasi kerja pembinaan Klinik Kesihatan Nabawan yang perlahan dan terhenti sejak 3 bulan yang lalu.
"Klinik itu sangat diperlukan oleh masyarakat di Nabawan, kami ada pengalaman kebanjiran pesakit yang datang ke program perkhidmatan perubatan sebelum ini," kata Dr.Florentius.
Oleh itu kata Dr.Florentius, pelaksanaan projek yang perlahan itu harus diperhebat kerana kemudahan itu sangat-sangat diperlukan penduduk di kawasan pedalaman.
Kelihatan dalam gambar, isteri kepada Timbalan Presiden PBRS, Datin Maria Angin yang juga ahli Biro Kebajikan menyampaikan sumbangan kepada Jani Gambar bagi menampung kos rawatan di hospital berkenan.
Turut hadir sama ialah anggota Pergerakan Exco Wanita dan Pemuda

No comments: