Wednesday, May 4, 2011

Hargai warisan budaya : Kurup‏



Nabawan : Warisan budaya masyarakat Bumiputera harus terus dipertahankan kerana ia adalah identiti bangsa. Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata, upacara perkahwinan suku kaum Murut mempunyai keunikan tersendiri, dan melambangkan kekayaan adat dan budaya kaum itu.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata demikian ketika menghadiri dan meraikan majlis ansakoi ( penghantaran berian terakhir) di Kg.Balaron, Sepulut disini melibatkan Penolong Setiausaha PBRS Nabawan, Stephen Lewin dan isterinya, Andios.
Kata Kurup, amalan adat istiadat di Pensiangan juga masih kukuh dan mencerminkan betapa tingginya kekuatan pegangan bangsa KDM di kawasan itu terhadap warisan mereka.
"Kita mahu ini terus dipertahankan demi maruah dan imej bangsa kita ," kata Kurup.
Kelihatan dalam gambar Kurup yang juga Presiden PBRS diberi penerangan untuk memecahkan batang tutuluk dari seorang pengamal adat sebagai tanda perasmian upacara ansakoi.

No comments: