Saturday, May 21, 2011

Unduk Ngadau Sook 2011



Percubaan kali kedua untuk melangkah masuk pentas Dewan Hongkod Koisaan sempena pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Negeri hujung Mei ini tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai Unduk Ngadau Pesta Kaamatan 2011 peringkat Deaerah Kecil Sook disini. Bekas Naib Johan Unduk Ngadau Sook 2011, Cik Suzilia Amik, 19 dari Kg.Tulid Station diumum sebagai Ratu Unduk Ngadau mengenepikan 12 peserta yang lain untuk meraih gelaran "Ratu Unduk Ngadau".
Sementara itu Naib Juara disandang oleh Cik Wendy Inggu,18 dari Kg.Kawakahan dan Ketiga Avylah Venceslaus, 19 dari Kg.Kepayan. Pemenang lain yang mara ke pusingan akhir ialah Flora Longpin, Celviana John, Marie Catherine Robert dan Aemmy Fabian. Hadiah-hadiah disampaikan oleh isteri kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, Puan Sri Melinda Kurup dan Datin Maria Angin, isteri kepada wakil rakyat Sook yang juga Pembantu Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar.
Hadiah-hadiah lumayan itu disumbangkan oleh isteri wakil rakyat tersebut, penaja Nescafe dan Gaharu Asia sdn.bhd.

No comments: