Wednesday, May 4, 2011

Unduk Ngadau Sook sempena Pesta Kaamatan buka penyertaan

Keningau : Sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Sook pada 15 Mei 2011 ini. Ahli Jawatan Kuasa Pengelola Pertandingan Unduk Ngadau mempelawa beliawanis dari sekitar daerah ini untuk menyertai pertandingan unduk ngadau yang merupakan acara penting siginifikan kepada legenda Huminodun.
Setiausaha AJK Penganjur, Noemi Dulau berkata, pertandingan itu dibuka kepada beliawanis yang dilahirkan antara 1 Januari 1986 sehingga 31 Disember 1993.
Katanya, peserta haruslah telah menetap di kawasan pentadbiran Daerah Kecil Sook sekurang-kurangnya enam bulan dan berbangsa Kadazan/Dusun/Murut atau Sino atau bapa berbangsa KDM dan mestilah warganegara.Berketinggian 5' 2 " ( 5 kaki 2 inci)
Borang-borang penyertaan bolehlah diperolehi melalui Cik Noranizah Muhidin (Pekan Sook) No Tel : 0146741613, Cik Noemi Dulau Di Pejabat Perhubungan Parlimen Pensiangan No Tel 087-336908 dan Puan Stephanie Imon di Pejabat Daerah Kecil Sook No Tel : 087- 365911/ 087-365912.
Menurut Noemi, raptai penuh akan diadakan pada 9 Mei 2011 (Isnin) bermula jam 9.00 pagi-11 pagi (pendaftaran ) 11.00 pagi-1 petang (raptai) bertempat di Dewan Masyarakat Sook.
Sehubungan dengan itu kata Noemi, borang-borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum 9 Mei ini iaitu sebelum raptai penuh diadakan.

No comments: