Wednesday, May 4, 2011

Kurup menerima cenderahati dari pihak penganjur , Penatua Lingkungan Sarah berupa alat sumpitan sambil diperhatikan oleh Ketua KAwasan Gereja SIB Sook, Sokilim Andamat.



Keningau : Pembubaran status Hutan Simpan Mandalom yang melibatkan Kg.Sanang dalam Mukim Dalit membuktikan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata, Kg.Sanang adalah diantara kampung-kampung di kawasan Hutan Simpan Mandalom yang dibubarkan dan bakal diberikan geran komunal.

“Kita bersyukur kerana sebelum ini kita berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuklah notis pengusiran oleh Jabatan Hutan yang kita selesaikan dengan cara baik,” kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Gereja SIB Kg.Sanang disini. Sebelum itu beliau turut menyertai acara kebaktian di gereja itu bersama penduduk kampong sempena Kebaktian Pansaliluman Kali Ke-10.

Kurup berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa bersama dengan rakyat dan sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk rakyat.

Dalam pada itu beliau juga menekankan betapa pentingnya hormat menghormati antara satu sama dengan yang lain.

“Setiap agama mengajar kita kearah kebaikan dan kita diajar untuk menghormati yang lain,” kata Kurup. Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Kawasan Gereja SIB Kawasan Sook, Sokilim Andamat.

No comments: