Saturday, May 21, 2011

PBRS telah bawa banyak perubahan di Pensiangan : Ketua Bahagian PBRS Nabawan

Barisan AJK PBRS N.38 Nabawan bersama Ketua Bahagiannya, Paul Yambak (baju kuning).


Nabawan : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian N.38 Nabawan mendakwa parti itu masih releven di kawasan Parlimen Pensiangan dan telah membawa banyak kemajuan serta pembangunan kepada rakyat.
Ketua Bahagian Paul Yambak berkata, dengan kerja keras parti itu di kawasan itu banyak perubahan berlaku dan parti itu juga mempunyai Pelan Tindakan Pembangunan yang menjurus kepada usaha berterusan pembangunan di kawasan tersebut.
Sehubungan dengan itu kata Paul, parti itu tetap akan mempertahankan kawasan Pensiangan pada masa akan datang.
“PBRS tetap akan mempertahankan kawasan ini dan kami juga menyokong kenyataan Presiden ,” kata Paul yang ditemui di sini. Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sempena perasmian mesyuarat perwakilan Umno P 182 Pensiangan.
Sementara itu, Simpil Andingos, Timbalan Ketua Penerangan PBRS berkata, PBRS selama ini tidak pernah melatah meskipun hanya diberi dua kuota kerusi DUN dan Parlimen.
“Kita meminta kepada rakan rakan komponen kita untuk menghormati kuota yang ada dan berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan,” ujar Simpil.
Kata Simpil, mungkin sesetengah pemimpin Umno mahu memancing undi untuk mempertahankan kedudukan mereka , tetapi mereka haruslah sensitive dengan kenyataan yang mereka keluarkan.

No comments: